Friday, October 2, 2009

Selamat Hari Raya

Walalupun dah dekat 2 minggu dah raya abis, aku apa dulik. tetap gak setia nak wish korang SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. Aku ni bz sokmo. tak sempat nak update blog nih. raya hari tu kat kedah. Hari Jumaat tengahari bertolak balik, then singgah kat rumah suami di kuala kangsar untuk berbuka puasa. pas berbuka aku terus bertolak balik ke kampung halaman tercinta ku. kak chik n family dah sampai, pasangan pengantin baru dah ada. tinggal lagi yang belum sampai chaq n family, juga cik ah. depa semua malam raya baru sampai. oooo...ini worang sumer curi tulang punya... balik lambat sebab nak ngelat masak yeeee...bocor rahsia...

jadinya, raya kali ni memang meriah la sebab semua adik beradik aku balik. syiok woooo... tapi agenda beraya tahun ni terhad sebab semua economoney. ada paham ka?? bonus tarak la. pe lagi. poket masing-masing bocor. hukksss... tenat babe... yang termasuk dalam kategori ni ialah tak lain dan tak bukan aku n hb!!!. hehehe.... kuih raya pun kami beli ala kadar jer. tapi takpe, yang penting emak heppi. yang lain, ada aku kesah???

raya ke-3 cam biasa balik rumah hb plak kat kuala. then hari sabtu balik KL. hari ahad, sibuk la mendobi baju n ngemas rumah. isnin dah sekolah. liat betul aku pepagi isnin nak g sekolah. almaklum, cuti seminggu, enjoy habis. tak ingat dunia punya. lupa habis sumer benda2 yang menaikkan darah aku. betul2 cuti rasanya. seolah-olah dunia ni aku yang punya. hahaha...yang paling kesian, of course ler anak aku. kena g nursery semula. apa nak buat kan....

ekceli hari ni pun aku malas jer nak menaip. akan tetapi, memandangkan dah sebulan blog ni sepi jer, walau takde pembaca, aku tetap nak tulis gak sepatah dua kata. janji aku puas... ada pembaca ker, takde ker, ada aku kesah...hiksss....

No comments: