Saturday, October 3, 2009

Nak jalan-jalan raya

Pagi tadi dapat jemputan dari Ayah Mat, bapa sedara sebelah suami. Dia buat open hause. Majlis mula pas zohor. Jadi, alang-alang dah ke sana, hb plan nak g rumah kawan dia. After that, nak terus ke rumah chaq kat PJ. aku belum pun call chaq lagi, nak tanya dia ada ke tak di rumah. Takut dia balik Seremban. Esok palk nak ke rumah member di Damansara Damai, nak tengok baby baru dia. Dah sebulan dah jenguk dunia, esok insya-Allah aku singgah. Then ada open house rumah member hb di Sungai Buloh. Kata hb lagi, nak singgah rumah Fuad kat Paya Jaras... hiksss kiranya jalan sakan la aku 2 hari ni. Tiap tahun gini la rutin raya aku kat KL. Ada je jemputan g open house. cuma kengkadang tu sempat ke tidak jer nak g. well...sibuk la sangat kan...hiksss

Hari khamis lepas, aku ada terima parcel dari Robin Walker dari US. Dia merupakan Elementary Teacher di sana. dia ngajar bebudak computer. Aku kenal dia sebab aku join http://elementarytechteachers.ning.com. aku masuk forum untuk discuss few issues related dengan sekolah. aku interested coz nak dapatkan idea to decorate my computer lab. korang nak tau apa dalam parcel tu? poster-poster yang aku boleh guna untuk decorate makmal kat sekolah, stationery...banyak!!! then ada pita2 untuk hiasan, kad2 yang cantik untuk tampal kat notice board. terkujat aku. ingatkan dia nak kasi 5-6 helai poster jer untuk aku. rupanya sekotak besar bahan, dia juz bagi aku for free. thanks Robin. Really appreciate it. aku tengok kos untuk penghantaran jer dah USD68.25. uiksss...mahalnya... cuba korang convert kan ke RM. dah berapa ratus tu. memang la dia ni tak berkira... i likeee occay!!!

korang rasa aku ni dikira cikgi berdedikasi ke tak?? chewaahhh... nak eksen gak tu. ye la kan, sanggup cari bahan for free tuk sekolah. dah...sekolah nak computer lab lawa. tapi duit tarak kasi. bajet yang ada pun ciput ya amat. takat lekat celah gigi ...mana cukup!! dah ada orang kasi free, aku tibai jek... hehe... apa aku dulik orang cakap apa kan.. janji aku bahagia. tak per...korang tak puji aku pun tak per...ada aku kisah...ahaksss... lagi pun dengan perangai pengetua autokratik tu, aku ni leh kira baik la sanggup wat sumthing tuk sekolah pada zaman pemerintahan beliau... kalau wat bodo jerr??? haaa.... sapa yang rugi... mereka dan keluarga mereka.. kan? kan?

cukup la aku merapu hari ni. heheh...esok gue sambung lagik. banyak gak idea aku nak nulis hari ni. tapi takde masa plak nak ngarang. ni pun curi-curi jer sementara si kecik tu tengah layan tidooo...

No comments: