Saturday, April 9, 2011

Aku suka buku

Tiba-tiba aku teringat nak menulis tentang diri aku. Sejak kecil lagi, aku memang sangat suka membaca. Waktu aku sekolah rendah, darjah 4 aku dah mula rabun. Bukan sebab tengok tv atau komputer, tapi sebab suka sangat membaca tak kira waktu. sampaikan waktu senja pun membaca. Kalau aku balik rumah tok aku di Tokai, aku memang takde keje lain. Kebetulan mak sedara aku melanggan majalah wanita, jadi aku akan ambik satu demi satu majalah wanita tu baca sampai habis satu bundle. hehehe...memang betul2 gila membaca. 


Kalau waktu sekolah rendah, ada orang datang jual buku di sekolah dia bagi kupon or diskaun untuk beli buku di kedai dia, mesti aku akan ajak ayah aku pegi. bila beli, xsempat sampai rumah, dalam kereta je aku dah mula membaca. Cuma yang xbestnya, aku ni xboleh membaca dalam kenderaan yang bergerak. kalau tidak aku akan pening sampai muntah. Rugi sungguh aku rasa sebab masa di universiti aku kan balik kg jauh. Dari KL-alor setar naik bas, berapa jam tu? tido je la. nak membaca xboleh. 

Di Universiti, aku gila novel. Sampai pukul 4-5 pagi aku boleh berjaga baca novel. hehehe...kronik tak?? Sampai sekarang hobi ni memang ada dalam diri aku. Cuma masa tu agak terhad sebab dah ada tanggungjawab kerjaya dan keluarga. Majalah boleh dikatakan setiap bulan aku beli. Tapi aku memang tak minat majalah or bahan bacaan hiburan... bagi aku buang masa dan duit. Takde faedah pun. Kalau nak keluar duit beli majalah camtu, aku akan pikir 10000 kali. Ntah, dari dulu camtu. aku memang tak minat. Even konsert2 hiburan ke hapa ke, rancangan realiti ke, aku tak interested pun nak tengok. Tapi aku bersyukur sangat dengan sikap aku yg satu nih....

aku minat jugak nak berniaga. tapi kata orang kalau nak berniaga, biar la sesuatu yang kita minat. cuma sebab aku minat buku, jadi aku tak tahu macam mana nak tukar jadi bisnes... mungkin belum sampai masa lagi kot aku nak berniaga. ilmu pun kosong lagi. apa yang aku boleh buat, teruskan hobi aku yang satu nih, membaca, membaca dan membaca... 

Friday, April 1, 2011

Perbualan pendek dalam kereta

Tadi petang aku jemput along dari nursery dia. Then singgah kedai dobi ambik toto yg aku hantar cuci minggu lepas. Sambil drive tu aku nasihatkan along suruh jaga barang dia baik2 sebab dia lupa bawa balik beg sekolah dia dari tadika. Buleh lagu tu?? huhuhu... aku cakap kat dia, mama dgn ayah bukan gaji besar. duit pun sikit je. kalau along bagi hilang barang, mama nak beli ganti pakai apa. jawapan yang buat aku terkedu sekejap, "mama guna la kad".... huhuhuhu...biar betoi anak aku ni. baru umor 4 tahun dah kenal kad kredit. terdiam aku...kehkehkeh... agaknya mesti dia ingat guna kad tu tak yah kuar duit. kalau la camtu kan along, mama dah jadi kaya-raya... 

Monday, March 28, 2011

Langkah-langkah merancang kewangan

1) Buat pelan jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek - pelan jangka pendek lebih kepada perancangan kewangan bulanan, jangka sederhana mungkin untuk tempoh setahun, manakal jangka panjang mungkin untuk tempoh 5 tahun. Dari situ anda boleh rancang perbelanjaan dan membuat simpanan.

2) Fikir dan rancang pendidikan anak-anak - Contohnya kenal pasti perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak. Buat bajet yang sepatutnya agar semua urusan pendidikan tidak diabaikan.

3) Bezakan antara keperluan dan kemahuan - setiap orang berbeza kemahuan dan kehendaknya. Kenali kehendak dan keperluan anda. Dengan cara itu anda boleh seiring dengan pendapatan. Senang cerita, ukur baju di badan sendri. Jangan ikut orang. Mungkin orang lain perlukan kereta besar, rumah besar kerana keperluan keluarganya tetapi mungkin anda tidak.

4) Cuba elakkan hutang - Seboleh mungkin cuba elakkan hutang yang tidak perlu. Beli barang secara tunai dan jangan berhutang. Kecuali yang besar seperti pinjaman rumah dan kereta. Elakkan hutang tidak perlu seperti kad kredit.

5) Simpan dulu baru belanja - Sepatutnya apabila dapat gaji, sebahagian daripadanya kita terus simpan. Ini tidak, kira bayar hutang dan belanja dulu baru simpan. Cara itu tidak betul kerana selalunya kalau ada duit di tangan macam-macam fikir nak beli.

Sumber: Majalah Nur, Januari 2011


Aku sebenarnya hutang n3 la dgn korang. Ingat tak buku Teknik Urus Wang Individu Berkesan oleh Zulnaidi Yaacob yang aku beli sebelum ni? bila aku nak tulis sinopsis buku tu ek? hehehe...dah mula sekolah ni, angin malas pun mula la melanda.. 

Friday, March 18, 2011

Zakat emas dan perak - Part 2

Sambungan dari n3 lepas. aku tunjukkan pengiraan zakat emas perhiasan wanita. So this n3 kita tengok pula emas yang disimpan.

2) Emas yang disimpan - selain daripada emas perhiasan wanita yg dipakai pada badan sama ada dalam bentuk mata wang, galian, perhiasan rumah dsbnya. Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% drpd jumlah yg ada sekiranya kadar yg dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya 85gm.

Contoh pengiraan: Nilaia kadar emas yang dimiliki ialah 90gm.
90gm emas x harga emas (RM100) x 2.5% = RM225

Jumlah zakat yg wajib RM225.00 sahaja.

3) Zakat perak - pengiraan logam perak sama ada sbg perhiasan atau disimpan adalah berdasarkan nilai barangan tersebut. Nisab logam perak ialah 595gm atau lebih.




Contoh pengiraan: Nilaia kadar perak yang dimiliki ialah 800gm.
800gm perak x harga perak (RM0.90) x 2.5% = RM18 


Jumlah zakat yg wajib RM18.00

Thursday, March 17, 2011

Zakat emas dan perak - Part 1

Aku tulis entry ni sebab aku rasa sekarang ni ramai yang mula sedar tentang kepentingan emas dan perak. Tapi, sebelum jdkan emas dan perak tu sebagai hiasan atau pelaburan, kena juga ambil tahu tentang kadar bayaran zakat bagi kedua2 jenis perhiasan ini. Artikel ni aku ambil dari majalah Nur keluaran Januari 2011. Harap boleh jadi panduan untuk semua muslim tentang kewajipan mengeluarkan zakat perhiasan.

Credit to en. google for the images.



Syarat-syarat wajib zakat emas:
1. Pemilik Islam
2. Cukup nisab
3. Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan hijrah
4. Milik yang sempurna

Kewajipan zakat emas dan perak

1) Emas perhiasan wanita - emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan iaitu emas yang dipakai. Ia mengambil kira kadar uruf atau kebiasaan emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian tidak mencapai kadar uruf atau kebiasaan maka tidaklah wajib membayar zakat perhiasan tersebut. 

Kadar uruf emas perhiasan yang dipakai mengikut negeri:

Kedah & Perlis - 170gm
P. Pinang - 165 gm
Melaka - 120 gm
Johor - 850 gm
N. Sembilan - 200 gm
Kelantan - 85 gm
Terengganu - 150 gm
Pahang - 200 gm
Perak - 500 gm
Sabah - 120 gm
Sarawak - 775 gm
Selangor - 800 gm
WP - 150 gm

Kaedah pengiraan

Contoh pengiraan: Nilai dan kadar emas yang dimiliki 900gm
(Timbangan emas x harga emas semasa x 2.5%)
(900gm x RM100) x 2.5%
= RM90,000 x 2.5% = RM2,250

Jadi, jumlah zakat yang wajib di bayar oleh pemilik emas perhiasan ini ialah RM2,250.

Wednesday, March 16, 2011

Makan kek


Selamat pagi semua.... hari ni jemput makan kek choc moist ye. baru siap bakar pagi tadi. lawan berebut masa nan layan along. dah lama aku tinggalkan hobi yg satu nih. rasa cam nak start  balik je. harap2 tak hangat2 taik ayam...kehkehkeh....ni kira kek malas, xde topping bagai. tp memang sedap, lembap gitu. cam kek kukus jek.  kalau jual ni kena wat topping. dulu aku jual RM25 je. kalau sekarang aku rasa dah jadi RM30 utk 1 kg termasuk topping coklat sekali. harga bahan mahal betul sekarang. nak2 coklat, butter, gula. pendek kata semua la dah naik harga...haishh.... macam mana nak jual murah2 camni. patut la kedai kek jual sebiji sampai RM50++ sampai la RM70. 

pagi ni jugak penat melayan along. asyik suruh aku lukis dinasour je. macam-macam jenis dinasour kena lukis. dinasour merah, dinasour hijau, dinasour kanggaroo, dinasour kambing, dinasour badak la....macam-macam... hihihi... bila aku suruh dia main sorang, mula la cakap nak mama teman. adoiii... anak sorang la katakan. 

Tuesday, March 15, 2011

Gelagat Along

Hari isnin aku ke bank islam untuk terminate credit card. yeay!!! satu lagi kad berjaya dilupuskan. sebenarnya dah lama nak tamatkan, tapi dek kerana sebelum ni, insurans aku dipotong guna cc nih, so bertangguh2  jadinya. start, bln depan, insurans aku akan dipotong menggunakan cc bank rakyat. sebab aku guna cc bank rakyat ialah tak kena GST. xkuasa aku nak bagi duit free kat kerajaan. sedangkan aku bkn pengguna tegar cc. cc yg aku guna pun cuma shell citibank untuk petrol je. tak berbaloi kena byr gst. 

sebelum gi bank tu, kat laman rumah ada sekor kumbang besar terlentang dengan kaki naik ke atas. bila along tengok je, dia sound kumbang tu "bangun...kumbang bangun laaa..." hehe...lawak budak ni. pastu siap cakap, "awak duduk rumah. kita nak g jalan dua orang dengan mama. awak tak boleh ikut". then dia cakap kat aku "mama, kumbang tu ngantuk. dia nak tido"...ehehehe.... tergelak aku. petah dan becok mulut dia. sampaikan ada sorang kakak kat bank islam tu cakap, "eiiiii...petahnya awak ni". mana taknya, pot pet pot pet tak berenti. kadang sampai mama pun pening... 

kakak: abang umur berapa tahun?
along: tunjuk jari 4 batang
kakak: datang sini naik apa?
along: naik kete mama
kakak: mama bawa kete apa?
along: kete lumba...

kehkehkeh...tergelak aku n kakak tu kat situ. hampeh budak, cam mama dia banyak sangat duit nak beli dan bawak kete lumba.

selesai urusan kat bank islam, aku ajak dia balik. tapi siap cakap tak nak balik. katanya nak pegi tesco. dush!!! waaaa dah pandai ber'tesco' plak anak aku nih. oleh sebab aku pun memang ada nak beli something, singgah gak la kat tesco. merengek dia nak makan aiskrim. walhal along ni ada masalah tonsil. so, doc memang tak berapa bg dia makan aiskrim or ais. aku pujuk macam mana pun tak makan saman. adehhh.... korangpun mesti penah  kena camni kan? kan? 




balik dari tesco, terlena dalam kereta sampai la ke rumah. letih sangat la tu. 

then hari ni pulak aku ke bukit sentosa. nak g beli barang juga. sambil2 tu bawa along makan roti canai kat restoran di situ. memang fav. dia roti canai. anak bapak la katakan. lepas makan g beli barang, pastu singgah kat bookworm. kedai buku kat situ. aku suka gak pegi situ sebab ada banyak buku. kedai dia pun 2 tingkat. selesa la. last2 aku terbeli buku "Teknik Urus Wang Individu Berkesan" karya Zulnaidi Yaacob, dan juga aku beli buku ABC untuk along. 



Sampai je rumah, aku dah xsempat2 terus buka buku dan baca. hehehe...excited ngalahkan hape je. along pun sibuk dengan buku ABC dia. apa citer dalam buku tu? nanti bila aku free aku tulis sinopsis dia ek. sape yang minat boleh beli. tak rugi baca buku2 camni. Harga RM18, berbaloi dari beli buku hiburan yang takde faedah tu kan... aku pulak dalam proses nak restructure kewangan aku...