Hari isnin aku ke bank islam untuk terminate credit card. yeay!!! satu lagi kad berjaya dilupuskan. sebenarnya dah lama nak tamatkan, tapi dek kerana sebelum ni, insurans aku dipotong guna cc nih, so bertangguh2 jadinya. start, bln depan, insurans aku akan dipotong menggunakan cc bank rakyat. sebab aku guna cc bank rakyat ialah tak kena GST. xkuasa aku nak bagi duit free kat kerajaan. sedangkan aku bkn pengguna tegar cc. cc yg aku guna pun cuma shell citibank untuk petrol je. tak berbaloi kena byr gst.
sebelum gi bank tu, kat laman rumah ada sekor kumbang besar terlentang dengan kaki naik ke atas. bila along tengok je, dia sound kumbang tu "bangun...kumbang bangun laaa..." hehe...lawak budak ni. pastu siap cakap, "awak duduk rumah. kita nak g jalan dua orang dengan mama. awak tak boleh ikut". then dia cakap kat aku "mama, kumbang tu ngantuk. dia nak tido"...ehehehe.... tergelak aku. petah dan becok mulut dia. sampaikan ada sorang kakak kat bank islam tu cakap, "eiiiii...petahnya awak ni". mana taknya, pot pet pot pet tak berenti. kadang sampai mama pun pening...
kakak: abang umur berapa tahun?
along: tunjuk jari 4 batang
kakak: datang sini naik apa?
along: naik kete mama
kakak: mama bawa kete apa?
along: kete lumba...
kehkehkeh...tergelak aku n kakak tu kat situ. hampeh budak, cam mama dia banyak sangat duit nak beli dan bawak kete lumba.
selesai urusan kat bank islam, aku ajak dia balik. tapi siap cakap tak nak balik. katanya nak pegi tesco. dush!!! waaaa dah pandai ber'tesco' plak anak aku nih. oleh sebab aku pun memang ada nak beli something, singgah gak la kat tesco. merengek dia nak makan aiskrim. walhal along ni ada masalah tonsil. so, doc memang tak berapa bg dia makan aiskrim or ais. aku pujuk macam mana pun tak makan saman. adehhh.... korangpun mesti penah kena camni kan? kan?
balik dari tesco, terlena dalam kereta sampai la ke rumah. letih sangat la tu.
then hari ni pulak aku ke bukit sentosa. nak g beli barang juga. sambil2 tu bawa along makan roti canai kat restoran di situ. memang fav. dia roti canai. anak bapak la katakan. lepas makan g beli barang, pastu singgah kat bookworm. kedai buku kat situ. aku suka gak pegi situ sebab ada banyak buku. kedai dia pun 2 tingkat. selesa la. last2 aku terbeli buku "Teknik Urus Wang Individu Berkesan" karya Zulnaidi Yaacob, dan juga aku beli buku ABC untuk along.
Sampai je rumah, aku dah xsempat2 terus buka buku dan baca. hehehe...excited ngalahkan hape je. along pun sibuk dengan buku ABC dia. apa citer dalam buku tu? nanti bila aku free aku tulis sinopsis dia ek. sape yang minat boleh beli. tak rugi baca buku2 camni. Harga RM18, berbaloi dari beli buku hiburan yang takde faedah tu kan... aku pulak dalam proses nak restructure kewangan aku...
No comments:
Post a Comment