Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru 1431H....

Alhamdulillah...aku masih bernafas sampai hari ni. hehehe...boleh sambut tahun baru lagik. sihat tubuh badan, murah rezeki, apa lagi nak kan? pagi ni aku masak bekfes cucur fav. hb. Cucur bawang!!! hehe...simple je hb ai tu. suka cucur bawang, ketayap, kari. nasib la ai tau masak sumer tu. kat tv nanti mesti ada perhimpunan Maal Hijrah. himpun tu himpun jugak, tapi apa faedah yang kita dapat ek? aku rasa lebih kepada mengabih bores dan duit kerajaan jer. pendapat aku la kan, lebih baik buat majlis solat hajat minta supaya Malaysia ni bebas dari bala, sujud syukur, baca Yassin...lebih berfaedah dan berkat.

korang tak risau ke tgk Malaysia ni dah mula bergegar. aku? serius aku takut. ye la, selama ni kita dok bangga negara kita bebas dari lingkaran gempa bumi.. kita mudah lupa kan... kita lupa dengan kuasa yang di atas sana. kalau dia nak tunjuk, sekejap je jadi. tambah2 negara kita yg maksiat dah berleluasa, pemimpin yang jahil agama... huh..bila tulis menyampah aku sebab terbayangkan muka bijan dan si katik...

waa... n3 aku ni kira ada pekdah gak la ni ye. nanti sambung lagi. nak siang ayam & ikan, kemas rumah. banyaknye keje aku... plus budak kecik ni dok kacau aku. memang jeles budak ni bila tengok aku ngadap komputer..

Thursday, December 17, 2009

Apa azam korang sempena tahun baru ni??

Yang aku maksudkan ialah tahun baru hijriah. hari ni kan hari terakhir kita berada pada 1430H, dan esok kita akan sambut tahun baru 1431H. hmmm...makin tua nampak gayanya. bertambah umo lagi setahun kan? ni aku senaraikan antara azam aku:
  1. jadi hamba Allah yang baik dan solehah
  2. tambah amal ibadah dan amal jariah
  3. jadi isteri yang lebih taat dan rajin (erkk...sebelum ni aku kan kurang rajin)
  4. makin rajin update blog..hehehe...sesi luahan perasaan gittewww...
  5. lebih berdisiplin dalam hidup
  6. menghargai apa yang aku ada
  7. lebih bersyukur dengan kurniaan Ilahi
  8. tambah anak...hiksss
semoga azam aku ni tercapai...Aminnn...

tahun baru hijrah ni juga amat bermakna untuk aku dan suami sebab esok merupakan ulangtahun ke-5 perkhwinan kami. tak sangka kan, masa cepat betul berlalu... rasa masih macam pengantin baru (huhuhu...aku perasan lagi). lagi satu tahun baru ni jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. pendek citer, inilah sambutan anniversary ke-5 aku yang paling hebat dan berkat aku rasa...

ni hadiah anniversary aku tahun 2007.


tahun 2008 xde hadiah sebab kami waktu masing2 tengah sengkek giler. aku kan tengah blajar time tu. jadinya kami cuma kuar makan bersama.kita tunggu apa lak hadiah untuk tahun ni dari hb...jeng...jeng... hikss..kasi korang suspen skit.


ni kad yg aku plan nak bg kat hb. sebenarnya, aku dah cari kad anniversari kat selayang mall hari tu. tapi pilihan terhad + xcantik. yang banyak pilihan dari suami kepada isteri. huh..geram ler aku. last2 aku g bookworm kat bukit sentosa. pun sebenarnya xde pilihan. jadinya, aku terpaksa rela pilih kad ni. nak wat camne kan.. janji jgn xde.

esok gak aku n hb plan nak g celebrate anniversary kami. cuma xplan lagi ar nak g mana. nak makan2 je kot. lagi pun mak aku dari kedah ada kat KL nih. mak aku mai untuk wat check up kat UH. esok dia datang rumah aku. hari Sabtu plak abang aku yang sulong, aku panggil dia 'chaq' akan pindah kat sini gak. yuhuuu!!! best..best... dia pun dah beli rumah kat sini. nanti aku ada la geng nak g merayap. kak chaq aku la, menjadi mangsa... tu pun kalau dia xbz lerr...mana la aku nih layak nak nyusahkan hidup dorang yg mmg sedia bz tu..hiksss...

pesanan penaja: jangan lupa baca doa akhir tahun pas solat asar nanti, dan doa awal tahun pas solat maghrib ye. lagi, baca yassin kebetulan malam ni malam jumaat sebagai tanda kesyukuran sebab Allah masih panjangkan umo kita...bye..bye..

jom kita layanzzzz..











asik bocor jer...

semalam si kecik tu tido, sampai 3 kali aku kena tukar pampers n baju dia. asyik bocor jer. adehhh... naik letih aku. dah tu ngantuk sebab tido xcukup. aku pun heran, sekarang ni dia banyak betul minum susu. memalam tu, aku macam ada baby kecik plak. ye la, jaga 3-4 kali kena bancuh susu...huhuhu......anak orang lain kalau dah umo 2yrs+ mana ada jaga malam lagi. mak bapak leh lena dari malam sampai ke pagi. ermmm...tp tu la kan, lain budak lain cara. aku redha...janji dia sihat pun dah cukup baik.


pagi ni aku xtau nak masak apa utk bekfes. Baihaqi pun bukan makan. habis2 aku syok sendiri. kekonon masak bagai kot2 la member nak makan. sudahnya, hmmm... wat ponat ajo. nak masak tengahari pun lum ada idea lagi. ehehe.... but kena masak juga. kang hb ai balik lapor, aaa sape nak jawab tu? sian plak kat dia kan?

esok hari gaji semalaysia utk kakitangan gomen. walau dpt duit bonus kekononnnya dari Pak Bijan, kete aku tu dah booking RM350. huhuhu...sedey.. baru aku plan nak joli katak. hampehhh...xmerasa aku. dah la hujung tahun banyak sale. aku g parkson selayang hari senin hari tu, mak aiii.... sale cadar yg memang gila2 banyak. 50%, 70%, 80%...tercabar iman aku weiii..maklum aku manusia biasa jer....


nasi lemak bekfes semalam

matahari terbit kat belakang rumah

pikir apa tu sayang?


lampu kat laman depan



Wednesday, December 16, 2009

telatah Baihaqi

hari ni aku xde idea nak merapu apa. juz nak letak gambar yg aku snap semalam, suka2... macam xde kejer kan?
member dok tepuk2 doraemon kononnya nak suh doraemon tido sambil dok sebut "lailahaillallah"..hehe..sweet

PROSES MEMAKAIKAN PAMPERS KAT DORAEMON
ahaha..lawak siot but then cumilll sangat... ;)
yang kelakar lagi, siap cakap dengan doraemon suh pakai pampers. then pujuk, ambik helicopter dia kasi kat doraemon. bila dah doraemon tu xleh nak pegang heli, dia cakap, "tak nak sudah...simpan tau!!... nanti pakai pampers tau!" ahahaha....... scene yg cuma sekejap, tapi aku terhiburr... ramah hero aku sorang ni.

kat bawah ni plak gambar lain yg aku snap...

view dari tepi rumah aku. rumah aku end lot. so, view leh tahan

basikal Baihaqi...tercatok kat depan rumah

kat dalam FRIM, g jemput hb, hujan renyai2 waktu ni


dalam kete on the way ke FRIM, dah la hujan, jem lak tu. sabo jer la

Saturday, December 12, 2009

jenuh dah cuba

sebenarnya aku nak tukar background n layout blog aku nih. tapi, xbleh la. pesal ntah.. dah banyak kali try pun. huhuhu....aku jeles tengok blog org lain lawa, jadi aku pun ambik la kesempatan cuti sekolah ni utk update blog aku. tapi, jenuh dah aku try, but still 'ketegaq' gak. geram aku. macam mana nak wat ni? bhgian atas tu xmo hilang bg dia. masih yg lama....

17/12/09- alhamdulillah syukurrr.... akhirnya aku berjaya. wellawei...korang tengok blog aku nih. dah lawa kan?

Friday, December 11, 2009

minggu ni baru aku rasa relaks skit sebab tak perlu g sekolah. baru merasa sebenar2 cuti. hari isnin jer g sekolah. selain wat keje rumah, keje lain aku ialah surf tenet. jadi cam gian plak. kalau sehari tak ngadap tenet memang tak sah. dalam dok ngadap2 tu, ntah macam mana leh timbul idea nak g melancong obersea. terpengaruh sebenarnya baca pengalaman orang lain. best la plak walau terpaksa melabur duit skit. memula plan nak g oz. tapi, bila check currency derang, mak aiii punya la tinggi. AUD1~RM3.13 camtu. adeh... last year baru 2 lebih. tahun ni agaknya MYR jatuh teruk kot. tu pasal jadik camni. last2, bincang dgn hb, dia suggest gi HK dulu la. tunggu currency oz ok dulu baru g sana. bkn apa, rugi banyak tu...

then, keje aku pastu ialah kuar masuk air asia nyer website la. cari tiket murah ke HK. maklum la, aku kan budget traveller. tak kisah la naik AA pun. bkn lama sangat. 4 jam jer dah sampai HK dari LCCT. tup..tup.. 8 dec. hari tu, aku tengok tiket KL-Macau-KL. murah beb. pegi balik tiket saja RM108/person. pegi RM54, balik RM54. pe lagi terus aku ngap jer la. total aku kena bayar RM914 (all in-tax, meal, luggage, shuttle bas pergi n balik KL Central-LCCT, insurans, seat, pek keselesaan, convinience fee) utk 3 orang return. Macau tak jauh dari HK. naik boat lebih kurang 1 jam dah sampai. boat dia lak 30 minit sekali. tambang lebih kurang RM77/person untuk 1 way.

flight aku bulan jun 2010. lambat lagi sehhh.. pegi 11/06/2010 ~ 18/06/2010. jadi aku budget sumer kos RM6k jer termasuk shopping. hehehe...dah nama pon pompuan kan, mana leh lari dari terapi nih. lagi plak, kat sana derang cakap brg2 murah banyak dari sini. aku plan nak g Shenzen 1 nite. kat sana pun syurga sopping gak. hiksss... abes la duit haku camnih. oleh itu, from today aku memang kena jimat belanja kat sini. simpan duit utk g macau-HK-Shenzen. moga2 Allah izinkan dan permudahkan segala urusan seperti yang dirancang. Aminnnnn......

ni gambar baihaqi tengah chewiiii melayan ben10. sampai tak mo makan nasik... pe la..hehehe...beli tiruan punya jer. beli yg mahal pun xguna, nanti sekali dia lambung menatang tu, nangis bapaknyerrr... ehehe...