Monday, March 2, 2009

apa pendapat korang??

sejak aku mula posting kat sekolah ni (12 jan. 09), setiap hari sabtu ada je aktiviti yang sekolah buat. hairan gak aku. PPD gombak, JPN selangor tak penah monitor ke aktiviti-aktiviti yang sekolah buat. is it possible for the principal utk arahkan guru2 dtg sekolah every saturday. korang bayangkan ek, SETIAP SABTU!! occayyy..... yang terbaru ni mesyuarat agung unit beruniform dan program perkembangan staf. pkl 1 lebih baru habis program. minggu sebelum tu ada acara merentas desa. aku rasa, cam tak rehat langsung. cuti sehari jer tiap minggu. aku pun ada family gak, ada anak n hb yang aku nak luangkan masa bersama. nak gak g jalan sana sini bersama2 family.

takkan laaaaa takde peraturan yang JPN or PPD keluarkan untuk halang benda2 camni. at least, sebulan 2 kali sabtu kena pegi sekolah tu, reasonable la... orang lain pun keje gak. tapi tak ler teruk camni. dah jadi 6 hari bekerja plak. yang tok ketua plak, suka hati mak bapak dia jer. kengkadang hari sabtu datang, kengkadang tak. dia pun xsanggup nak korbankan weken dia. sedangkan dia tu tok ketua, gaji besauuu... hhhhhiiiiii...tak paham aku.... suka suki dia jer arahkan orang bawah dia wat aktiviti during the weken. aku minta sangat2 pihak2 yang berkenaan tolong la pantau tok ketua2 yang 3 suku camni. melepek sumer cikgu sebab penat sangat. please laaaa...

kalau tak sebab cikgu2 dah riuh berbunyi, this coming saturday pun ada aktiviti (7/3/09), sukan tahunan sekolah. next coming saturday, kelas tambahan untuk bebudak spm dan pmr. can u imagine guysss.... gila arrr tok ketua nih. dengki kot kat cikgu2 sebab boleh cuti. memang tak boleh tengok cikgu2 heppi skit, mula la darjah kedengkian ittew meningkat. huk alohhh....

pesanan utk tok ketua... hang p ngaji agama lagi baik. belajar bab hukum hakam... at least hang tau gak la apa hukumnya menjadi seorang pemimpin yang zalim dan bongkak. kalau hang baca kisah para anbiya dan khulafak, pemimpin yang baik tu sedia ditegur. depa siap offer, kalau aku ikut hukum Allah, kamu kena/wajib bantu aku, tapi kalau aku salah, betulkan aku. hang tak penah belajar agama ke tok ketua oiii... suka sangat menyakiti orang.

so, apa pandangan korang tentang isu nih??

habis citer sekolah.

Perkembangan baihaqi..

anak aku sekarang makin rancak bercakap. tapi, bahasa dia, aku n hb sama-sama tak faham. haksss.... mulut tak berenti berbunyi... tot tet tot tet... jenuh melayan. tapi bila dia tido, aku rasa sunyi. selera makan dia pun makin bertambah. balik dari nursery jer, mula la dia sibuk ulang alik ke dapur. kejap nak itu, kejap nak ini. hukkk...sabo je la... so, sekarang ni aku bagi bekal biskut untuk dia bawa ke nursery sebab owner nursery tu kata, dia pow biskut orang. adehhh.. anak mama. u know that is not good dear. don't do that again haaa.... nanti orang kata mama tak penah bagi adik makan...

pepagi lagi, seawal 6.30 pagi, aku dah hantar dia ke nursery. tapi baihaqi memang anak yang baik. setakat ni tak penah dia buat hal lagi. tapi aku sedih occayyy... sebab terpaksa biar orang lain jaga dia. hopefully you understand the situation my dear son. mama tak sengaja tau. tapi mama boleh rasa that u are not heppi enuff to stay with someone else instead of mama or ayah. but, we have no choice dear. please forgive mama n ayah, ok. kalau ada pilihan, mama will never let somebody else to take care of u. mama n ayah love u so much. huhuhu...tiba2 aku teremosional plak...

Friday, February 20, 2009

Gerammmmmm....

Hari ni lepas habis kelas, aku ada meeting untuk guru yg ngajar science dan math. depa dah tetapkan hari sabtu dan isnin, cuti sekolah bulan 3 nanti akan ada kelas tambahan intensif subjek matematik untuk pelajar-pelajar f3 dan f5. geram gak aku sebenarnya. ye la, aku dah plan nak g johor sebab abang aku nak bertunang. aku pun tak tau camne nak escape. bukan apa, kesian lak kat cikgu lain kalau kena ganti aku. dah la mula dari 8 pagi -4 petang. aku rasa budak-budak pun tension. dari pagi sampai petang belajar math jer.

lagi aku dengar, cuti sekolah bulan 5/6 ni pun ada program gak. ni yang wat aku risau sebab kenduri kawen abang aku memang dijadualkan time tu. minggu pertama cuti sekolah kenduri sebelah pompuan, next week tu kat rumah aku kat kedah plak. asbestos betul la pentadbir sekolah camni. orang lain pun keje gak, tapi tak la sampai kena korban kuarga bagai.

aku tak kira, apa pun nak jadi, aku tetap akan pegi kenduri kedua2 pihak. lantak ko la tok ketua, ko nak wat apa pun kat aku. kalau hang jadi aku pun, mesti hang buat cam aku. tak payah nak tipu lerrr.... kalau hang nak suruh aku buat surat tunjuk sebab pun, apa aku dulik. aku boleh buat anytime jer. nak bagi kat ppd ke, jpn pun, i dun care mak cik. aku tak takut la kat hang....
kalau pun aku pegi sekolah, sebab kesian kat cikgu lain. cam tak fair la plak sebab diorang kena tugas. so, untuk majlis tunang abang aku ni, memang aku pejam mata. terpaksa wat tak tau walau pun hati ni memang teringin nak join sekali. sakit sungguh hati akuuu!!!! tapi, untuk kenduri kawen nanti, mak cik tua bagi ke, tak bagi ke, sape la ko nak halang aku. cuti sekolah.... sukati haku la nak wat pe pun. hang pun kalau anak hang kawen (tu pun kalau laku laaaa), takkan hang sanggup nyer datang sekolah just untuk buat xtra class for the students. aku berani gerenti mak cik tua that u won't come. eksen jer lebih...huhh.... panas aku. sama panas cam dok kat bilik guru tadi sebab xde letrik. asik xcukup letrik jer. yang tu hang tak plak put as 1st priority. yang lain2 hang kalut giler. tapi, untuk this one, nape tak kalut sama. sedangkan bila letrik xde, p&p pun terganggu. tambah2 kalau subjek yang nak guna komputer dan lcd.

ahakssss...mak cik, kalau ko masuk blog haku ni, mesti terus pengsan sebab kena heart attack. kayak arwah bapa tok t. tapi kalau hang kena camtu, gerenti xde sape kisahhh...hahahaha.... jangen mare aaa mak cik. nanti bertambah tua plak. sape nak jawab tu!!!!!

Takziah tok T

sebut pasal tok t, takziah aku ucapkan pada dia. aku bukan fans dia. tapi aku tau, seksanya hati bila kehilangan orang kesayangan. tak terucap dengan kata-kata. sebab aku juga pernah melalui saat pedih tu tahun 2005. lagi satu, gambar bawah tu, nampak tok t sweet sangat pakai tudung litup camtu. kan elok kalau terus kekal camtu. manis jer.... oittt tok k, hang suruh la bini hang maintain camni. aku gerenti, makin ramai yang akan suka. hang tak dapat dosa, bini hang pun tak dapat dosa sebab buka aurat. amacam???


sweet kan??? kan???

Sunday, February 15, 2009

Penat lerrrr...


malam yang sunyi...

ni la kerja aku memalam sebelum tido

kena study math..hakssss...bosan sehhh

Esok keje. aku rasa baru jer cuti. hari sabtu kena g sekolah. Ganti cuti raya cina. Tup tup esok dah hari Isnin. Rutin aku bila nak ngajar, nak prepare benda yang nak di ajar. rumah pun dah sunyi. both father n son dah lena diulit mimpi. aku pun sebenarnya dah huwaaaaaa...... ngantuk beb... tapi sebab esok kelas math aku pepagi buta, lepas perhimpunan, kena la study skit. otak pun dah karat sebenarnya nak ajar math ni. lagi pun nak ajar bebudak tadika. Moga Allah beri aku kekuatan yang super xtra untuk berdepan dengan kanak-kanak yang belum matang mengikut usia nih...huhuhu....

hari ni baihaqi meragam jer. sebenarnya dia baru jer lepas demam hari khamis petang. lepas balik kejer, hb singgah nursery untuk ambik si baihaqi. waktu tu baru owner nursery tu perasan badan dia panas sangat. petang tu jugak kami bawa baihaqi g klinik kat bukit sentosa. lepas tu terus balik. malam tu, aku cam biasa, memang tak nyenyak tido. risau sebab si kecik ni kalau demam, memang suhu dia panas sangat. Tapi, Alhamdulillah, hari Jumaat malam, dia dah ok. Thank you to hb sebab sanggup ambik mc untuk jaga baihaqi. aku dah jadi cikgu ni, susah la skit pasal cuti2 nih. sebelum ni, kalau baihaqi demam, memang aku yang cuti. tapi sekarang ni, terpaksa minta tolong hb. cuti 7 hari untuk cikgu kena simpan untuk emergency... kalau tak boleh elak sangat, baru aku akan ambik cuti tu.

Thursday, February 12, 2009

sebenarnya u oulssss...aku tak tau nak update apa. habis-habis sangat wat masa ni banyak citer pasal sekolah la...semalam aku ada latihan rumah sukan. pukul 2.30 dah mula. so, aku sebagai guru yang patuh dan taat pun turun. tapi, malangnya bebudak ada la beberapa puluh orang daripada keseluruhan dekat2 200. disebabkan oleh pengetua yang super bengap ni, maka cikgu2 yang ramai2 turun, hampir berbelas orang cuma dok berlonggok kat padang sambil bergossip. orang2 ittew termasuklah aku, occayyyy!! masalahnya, aku memang tak tau nak wat apa sebab untuk perhati budak2 yang cuma sejemput jumlahnya itu, 2-3 orang guru dah memadai. dulu, sebelum pengetua ngok ngek ni masuk sekolah ni, guru2 wat giliran. means takde la kerap sangat guru2 kena turun padang. masa yang ada boleh guna wat kejer lain yang bertimbun2 cam kain baju busuk kayaknya.... very tidak efisyen...

kat padang aku bergosip dengan kak ros. dia guru pendidikan khas. banyak rupanya kisah pengetua ngok ngek ni yang aku tak tau. bila aku dengar menda2 camtu, hipotesis aku ialah: pengetua ni cam psiko and gila kuasa gittewwww... kena g rawatan psikiatri. kalau biar, nanti kena masuk tanjung rambutan....hahaha...ampun tok ketua, patik mengata..... hahaha..... kalau dia baca blog ni, aku laaaaaagi suka. u're most welcome tok ketua ngok ngek.... dari citer kak ros, rupanya si pengetua disingkirkan dari sekolah lama sebab semua guru dan parents tak suka...occay... diulangi tak suka atau dalam erti kata lain benci sama dia disebabkan kebodohan dalam mentadbir sekolah. bikin semua orang sengsara termasuklah PK pentadbiran dan PK HEM.

alaaaaa....benci la kan...bila tulis blog ni jer, mesti dok citer pasal si ngok ngek ittew....tak pe, kita stop di situ ek...

hari ni aku bz teramat kat sekolah. pegang kelas tingkatan 5, mak datok... banyak betul kejer... biasa bila balik rumah, badan aku flat habis. maklumla, penat fizikal n mental. ke hulu hilir berjalan, naik turun tangga lagi... ponat wehhhh.... kelas aku hari ni 5 waktu. 1 waktu pend sivik, 2 waktu math dan 2 waktu lagi ict. aku paling minat ngajar ict. itu option aku, tp the best part sebab student tak ramai, 14 orang jer... aku sukaaaa!!!! yehaaa!!! tak yah la aku nak melalak cam cikgu sekolah tadika. tapi, kelas matematik, ya ampunnnnn.... lepas kuar dari kelas tu, aku rasa penat sungguh. habis segala tenaga aku dikerahkan untuk ajar dan control budak2 dlm kelas tu... perangai sorang-sorang cam bebudak tadika. sabo je laaa....
kasut yang aku dok guna g ngajar dah patah tapak dia. 1st time dalam hidup aku, kasut terbelah tengah. hheheh...banyak sangat jalan kot... nak kena beli kasut baru la tu. pe lagi kan?

citer adik

ekceli aku nak upload gambar birthday si baihaqi. alaaaa...celebrate kat rumah je. just 3 of us. aku, hb n baihaqi.

kek birthday si kecik....


wat per tu? potong kek ke? nampak roti dalam pinggan tu? i wat sendiri tauuuu!!

bila aku mula ngajar ni, aku hantar adik ke nursery pkl 6.30 pagi. siaaannn anak mama. pepagi buta dah kena kejut, kena tinggal dengan orang. balik pulak pkl 5.30. 11 jam adik kat nursery tu. tapi, Alhamdulillah, baihaqi memang tak banyak ragam. pendek kata, aku tak la terlalu risau bila dia kena tinggal kat orang walau pun dalam hati sedih sesangat. ye la, mana ada ibu dalam dunia ni yang tak sedih kan. rasa tak puas bersama dengan dia. malam-malam dia tido awal. mungkin letih sangat kot main dengan kawan-kawan. aku pun kerap bawa balik kejer kat rumah. sebab terlalu banyak kejer. tak terkejar rasanya. so, aku tak boleh nak layan dia atau main-main dengan dia.... sedih sangat...hari sabtu pulak, aku kena g sekolah. bulan ni, 4 minggu berturut-turut aku kena ke sekolah. memang keje 6 hari seminggu. so, masa dengan baihaqi aku rasa sangat terhad. kadang-kadang aku rasa rindu kat dia, walaupun dia ada depan mata aku. nanti sedar tak sedar, dia dah besar. akan tinggalkan aku. huwaaaaa.....sedihnyerrrr...





Saturday, February 7, 2009

Mesyuarat PIBG....

hari ni pkl 7 lagi aku dah kuar dari rumah menuju ke sekolah. ada mesyuarat pibg. bila aku sampai lbh kurang pukul 7.30 pagi, xde sorang cikgu pun. kiranya, aku lone ranger lah... dkt2 pukul 8 pagi baru nampak cikgu-cikgu datang. ermmm... no big deal. biasa la tu.. pastu, aku minta tolong students untuk angkut hamper dari 1st floor ke dewan. perut aku dok berdondang sayang jer dari awal pagi lagi. so, aku g bekfes jap dengan kak mas kat kantin. aku just makan bihun goreng n secawan milo suam. kak mas belanja... thanks kak mas... bahagia ada orang belanja makan...

dekat pukul 9 pagi, ibu bapa mula sampai. tapi nampak gaya, penyertaan ibu bapa memang menyedihkan. student sekolah aku ni ada 2 ribu lebih. tapi, yang datang mesyuarat tak sampai 400 orang. nanti bila orang discuss macam-macam dan capai kata sepakat, mula la golongan yang xnampak batang hidung ni protes sana sini. rumah dah siap, baru pahat berbunyi. heran gak aku dengan perangai mak bapak zaman sekarang. mungkin kerajaan kena buat tindakan yang drastik kot baru diorang ni nak datang. contoh: kalau mak bapak tak datang mesyuarat atas sebab-sebab yang kukuh, ambil tindakan gantung sekolah anak mereka.

bila ada aktiviti sekolah, mak bapak xnak hadir. tak ambik port langsung tentang hal ehwal sekolah. tapi, bila ada isu skit, mula lah melenting tak tentu hala cam orang takde akal. nak kutip yuran untuk sekolah pun berkira. pasang astro bayar puluh-puluh tiap bulan tu tak kira plak. bila sekolah tak cukup bajet untuk fasiliti pelajar, salahkan sekolah. sedangkan citer sebenar, diorang tak tau pun....

bagi aku, media pun satu hal. suka sangat siarkan benda-benda karut pasal isu sekolah. bukan nak siasat dulu siapa betul, siapa salah. balik-balik yang jadi mangsa adalah golongan guru yang dok ajar budak-budak sampai pandai di sekolah. media memang berat sebelah. cuma fikir untung, bukan nak buat kebajikan sikit pun. fitnah orang, serah kat media... mulut jahat pun serah kat media...

hahaha...panjang aku membebel. bukan pe, geram aku dengan perangai mak bapak yang pentingkan diri ni. guru-guru sekolah bertungkus-lumus buat persiapan untuk mesyuarat ni. kelam kabut... tapi, mak bapak jarang yang menghargai....

Friday, February 6, 2009

citer jumaat

hari ni aku wat 1 mistake yg tak disengajakan. aku tertanya satu soalan yg aku risau menganggu fikiran orang lain. aku tertanya sorang kakak di sekolah aku pasal anak. ekceli, tak sengaja. ampun ye kak...jangan kecik hati tau. sharing is caring kannnn..... by the way, aku memang salute kat kakak ni sebab dia nampak so heppi wpun 9 tahun kawen, tapi masih belum dikurniakan zuriat. kalau aku kat tempat dia, ntahlah....aku tak pasti aku boleh strong macam dia....


aku ni kan peramah skit...huhuhu...bila jumpa org baru, aku nak gak la tau serba sikit latar belakang hidup dia. ye la, supaya kita tidak ulang kesilapan demi kesilapan lagi kan.... aku ada gak masuk blog cikgu2 sekolah aku ni, hihihi...malunya aku nak bagi alamat blog aku. bukan pe, diorang nyer blog bahasa dasat2 woooo... aku nyer blog, bahasa brutal and caca merba gitewww.... ahaksss...sabor je la...


Luahan perasaan


pengetua sekolah aku ni memang memang sah terencat skit. aku kata camtu bersebab tauuu.... ada ke patut, dia sound aku n 2 lagi kawan aku camni, "cuti sekolah hari tu, sapa ajar awak suruh cuti? sepatutnya awak kena bertugas." pastu dia cakap lagi, "awak balik sekolah hari2 pukul berapa?" selamba aku jawab, "macam biasa la 2.30 kalau xde latihan rumah sukan". pastu dia reply, "sapa ajar awak? patut awak balik pkl 4.30 petang". dengan memek muka yang menjijikkan dan memualkan. dahtu depan2 staf kat pejabat lak tu. memang dia ni gila kuasa. dah la xinform kami, tup..tup...marah kami xdatang sekolah. alasannya, kami guru baru masih dalam orientasi. so, tak boleh cuti. ntah peraturan negara mana dia pakai. jpn pun tak bagi syarat camtu. pepandai kepala hotak dia yang berkarat tu je wat keputusan. dah tua, nyanyuk la tu...huhuhu...laser kannnn...


sekian sesi luahan perasaan...


aktiviti sekolah


Esok hari sabtu, aku kena g sekolah. ada mesyuarat pibg. pagi2 buta dah kena ada sebab aku ajk cabutan bertuah. moga-moga aku salah sorang yang bertuah. aku nak cerek letrik la.... bleh ke??

Wednesday, January 28, 2009

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG MAMA....

Hari ni, 28 Januari 2009, tepat jam 7.40 pagi, genap umur anakku SYAFIQ BAIHAQI 2 tahun. aku snap pic dia pkl 7.40 pagi. masih tido lagi anak mama. mama wish hwppi birthday... tapi mesti sayang tak dengar kan... sedih, sebab baby mama dah besar. dah jadi kid pun. bangun lewat pulak sayang hari ni. dekat pukul 10 baru jaga. malam ni, aku n hb nak pegi celebrate birthday baihaqi.

lama sungguh aku tak update blog ni. macam2 perkara jadi dalam 2 bln ni. aku dah pun selamat berpindah rumah ke rawang. gambar kat bawah ni ialah view dari tingkap rumah aku. cantik kan?

aku mula posting ngajar di selangor, ppd gombak pd 12 jan. lepas. Alhamdulillah, jarak rumah n sek. tak jauh mana. 1st time jejakkan kaki ke sek. mmg menggerunkan. spt biasa, dah nama pun cikgu baru, aku kena ngajar f4 & f5 kls hujung. sek. ni ada 2 sesi. aku ngajar sesi pagi. bila jd cikgu ni, aku rs lbh letih n penat physically n mentally compared to bila aku kejer ofis dulu.
pengetua sek. ni plak lain macam skit perangai. dia xbg ank2 buah dia samb. blajar wpun part time. bg dia, jd cikgu xperlu ada master coz buang duit n masa jer. 3 suku gak mak cik tua ni. kementerian siap provide scholarship utk encourage cikgu2 samb. blajar, dia plak buat polisi yg menyerlahkan kebodohan dan kedengkian dia, mungkin takut ank2 buah dia lbh hebat dari dia. scr peribadi, aku rasa mak cik tua ni tak layak jadi pengetua. mcm2 lg yg dia buat di sek. tu utk pressure guru2. hmmm...ntah la...bila manusia yang busuk hati jadi pemimpin, macam ni lah akibatnya. yang jadi mangsa org2 bawah macam aku ni.
KORBAN DAN AKIKAH

Raya haji yang lepas (Dec 2008), majlis korban dan akikah selamat diadakan di kampung aku kat kedah. akikah ni aku buat share dengan 2 org lagi abg2 ku. aku buat utk baihaqi 2 bahagian, widad (anak chaq) 1 bahagian, dan bang chik buat 2 bhgian utk kedua2 ank perempuan dia iaitu izzah dan aqilah. selebihnya, mak buat korban utk arwah ayah. kiranya, seekor lembu tumbang. tapi, kenduri kami buat sikit jer. banyak yang kami sedekah. terima kasih bebanyak kat bang li n family sebab banyak membantu dan bersusah payah untuk keluarga kami. hari raya pertama, lepas zohor, sembelih lembu. raya kedua baru buat kenduri. ni ada sikit gambar yang aku snap. juga gambar di pagi raya. kalut punya pasal nak g kubur arwah ayah, langsung xsempat nak bergambar 1 family.

pastu, sempat gak aku, kak chaq organise party birthday. ekceli bukan birthday, tp saja nak buat acara makan2 utk semua anak2 sedara kat kampung. parti mengejut. heheheh...tapi best... kak chaq beli sebiji kek secret recipe besar untuk anak2 dia, aku plak beli kek kecik utk baihaqi. kak chik xbeli kek sbb dia baru sj sambut birthday anak dia. tapi, memang best. dalam dok sibuk2 prepare utk kenduri esk, kami bleh makan2 lagi. dah hbs makan, pastu masing2 pakat berjaga, siang daging untuk esok. hahaha...memang meriah bila sesekali sume ahli keluarga aku berkumpul. saat camni yang selalu aku rindu. memang xdapat beli kat mana2 pun. juga aku takkan jumpa kat mana2 pun. bila baihaqi besar skit nanti, dia pun mesti seronok balik kedah. maklum la, sepupu ramai, pastu bapa2 sedara pun mesra2 n ceria jer...havoc laaa....