sejak aku mula posting kat sekolah ni (12 jan. 09), setiap hari sabtu ada je aktiviti yang sekolah buat. hairan gak aku. PPD gombak, JPN selangor tak penah monitor ke aktiviti-aktiviti yang sekolah buat. is it possible for the principal utk arahkan guru2 dtg sekolah every saturday. korang bayangkan ek, SETIAP SABTU!! occayyy..... yang terbaru ni mesyuarat agung unit beruniform dan program perkembangan staf. pkl 1 lebih baru habis program. minggu sebelum tu ada acara merentas desa. aku rasa, cam tak rehat langsung. cuti sehari jer tiap minggu. aku pun ada family gak, ada anak n hb yang aku nak luangkan masa bersama. nak gak g jalan sana sini bersama2 family.
takkan laaaaa takde peraturan yang JPN or PPD keluarkan untuk halang benda2 camni. at least, sebulan 2 kali sabtu kena pegi sekolah tu, reasonable la... orang lain pun keje gak. tapi tak ler teruk camni. dah jadi 6 hari bekerja plak. yang tok ketua plak, suka hati mak bapak dia jer. kengkadang hari sabtu datang, kengkadang tak. dia pun xsanggup nak korbankan weken dia. sedangkan dia tu tok ketua, gaji besauuu... hhhhhiiiiii...tak paham aku.... suka suki dia jer arahkan orang bawah dia wat aktiviti during the weken. aku minta sangat2 pihak2 yang berkenaan tolong la pantau tok ketua2 yang 3 suku camni. melepek sumer cikgu sebab penat sangat. please laaaa...
kalau tak sebab cikgu2 dah riuh berbunyi, this coming saturday pun ada aktiviti (7/3/09), sukan tahunan sekolah. next coming saturday, kelas tambahan untuk bebudak spm dan pmr. can u imagine guysss.... gila arrr tok ketua nih. dengki kot kat cikgu2 sebab boleh cuti. memang tak boleh tengok cikgu2 heppi skit, mula la darjah kedengkian ittew meningkat. huk alohhh....
pesanan utk tok ketua... hang p ngaji agama lagi baik. belajar bab hukum hakam... at least hang tau gak la apa hukumnya menjadi seorang pemimpin yang zalim dan bongkak. kalau hang baca kisah para anbiya dan khulafak, pemimpin yang baik tu sedia ditegur. depa siap offer, kalau aku ikut hukum Allah, kamu kena/wajib bantu aku, tapi kalau aku salah, betulkan aku. hang tak penah belajar agama ke tok ketua oiii... suka sangat menyakiti orang.
so, apa pandangan korang tentang isu nih??
habis citer sekolah.
Perkembangan baihaqi..
anak aku sekarang makin rancak bercakap. tapi, bahasa dia, aku n hb sama-sama tak faham. haksss.... mulut tak berenti berbunyi... tot tet tot tet... jenuh melayan. tapi bila dia tido, aku rasa sunyi. selera makan dia pun makin bertambah. balik dari nursery jer, mula la dia sibuk ulang alik ke dapur. kejap nak itu, kejap nak ini. hukkk...sabo je la... so, sekarang ni aku bagi bekal biskut untuk dia bawa ke nursery sebab owner nursery tu kata, dia pow biskut orang. adehhh.. anak mama. u know that is not good dear. don't do that again haaa.... nanti orang kata mama tak penah bagi adik makan...
pepagi lagi, seawal 6.30 pagi, aku dah hantar dia ke nursery. tapi baihaqi memang anak yang baik. setakat ni tak penah dia buat hal lagi. tapi aku sedih occayyy... sebab terpaksa biar orang lain jaga dia. hopefully you understand the situation my dear son. mama tak sengaja tau. tapi mama boleh rasa that u are not heppi enuff to stay with someone else instead of mama or ayah. but, we have no choice dear. please forgive mama n ayah, ok. kalau ada pilihan, mama will never let somebody else to take care of u. mama n ayah love u so much. huhuhu...tiba2 aku teremosional plak...
No comments:
Post a Comment