weken lepas merupakan weken yang paling best dlm hidup aku sejak bergelar guru. apa taknya, cuti 3 hari beb...hari isnin, cuti umum sempena Maulidur-Rasul. Rasa best gilerrr... apa aktiviti aku buat? hehehe...jalan sakan la. hari sabtu, kuar rumah pukul 11.30 pagi, balik semula ke rumah pukul 11 malam. tambah 2 tetamu iaitu kakak aku n sepupu aku. diorang saja datang bertandang. aku n hb jemput diorang kat stesen komuter rawang.
Pagi ahad tu plak, aku bangun awal masak agar2 cocktail. bekal untuk pegi family day ofis hb kat tiara bay resort, PD. saja pilih tempat tu sebab masing-masing nak bawa anak main air kat sana. dan oleh sebab suite yang dibooking tu untuk family nyer ada 2 bilik , so hb bermurah hati ajak cik ah n adila join kami kat sana. dalam pukul 10 kami sumer bertolak ke frim dan terus ke PD. sampai terus check in. petang, hb bawa baihaqi main air kat kolam. siap beli pelampung untuk pasang kat tangan dia. huhuhu...cumil gitewww anak mama... malam sumer family g makan, balik terus tido. hari Isnin tu, sempat lagi bawa Baihaqi mandi, then terus siap2 barang dan check-out pukul 12 thari.
On the way ke KL, cik ah ajak aku, hb n adila g makan satay kajang kat samuri. dia volunteer nak belanjaaaa.... huhuhu...bestnyaaaa... syok woooo ada orang belanja makan. tapi yang tak best kat situ, pekerja dia punya la malas. masing-masing nampak liat jerrrr.. nak amik order pun jenuh kena panggil baru datang. pastu, bila kita order air lain, yang sampai air lain. bila suruh bawa semula langsung tak sampai-sampai dah air tu. tak sure sesat kat mana. dahla muka mencuka jer. macam mana rezeki nak masuk. patut pun kat gerai lama samuri tak ramai orang pegi. macam kami dah kena camtu, memang takkan pegi lagi la situ. mayb tokei kedai sate tu, hj samuri kena buat spot check pekerja2 dia yang malas.
Usai makan sate, sempat lagi singgah shopping kat jusco kajang. aku sambar sepasang kasut n handbag untuk konvo DPLI 28 Mac nanti. murah jer sebab jusco tengah sale. both baru RM50. dalam pukul 5.30 camtu, hb hantar adila naik komuter kat stesen serdang. dia balik ke Uitm shah alam. pastu, g presint 11 hantar cik ah balik rumah sewa. dahtu, kami terus balik Rawang. tapi sebelum tu, singgah selayang mall untuk solat maghrib. singgah plak KFC beli makanan, sampai rumah dekat pukul 12 tmalam. ahaksss.... letih siottt... esok masing2 keje. letissss.....letiss.... mujur la sekolah tengah buat ujian mac untuk bebudak. jadi save skit energy sebab tak yah ngajar.
Basikal sebagai hadiah
Aku beli basikal untuk hadiah besday adik. walau dah lepas, aku peduli apa. maklum la, sebelum ni bz manjang. so tak sempat nak beli hadiah. hb plak bagi keter racing remote control. tapi, dah lama dah dia bagi kat baihaqi. seminggu sebelum besday baihaqi lagi. nanti aku letak pic kedua2 hadiah tu ek. tapi hari ni malas jek. mula2 dapat basikal tu, dia nampak cuak jer nak naik. tapi lama2, dia dah mula seronok. kaki dia pun dah sampai untuk kayuh. tenaga plak tak cukup utk push pedals tu. hahaha.....harga basikal tu pun reasonable, siap ada 1 year warranty lagi.
Baihaqi dah makin sakan bercakap. dah bunyi butir tu. dah pandai mintak kalau nak makan itu ini yang dia nampak. dah pandai puji sedap kalau dia suka makan sesuatu. keletah dia makin best. hehehe.... kadang-kadang dia nyanyi sorang2. fav. nasyid dia, "satu..satu.. saya sayang Allah. Dua.. dua... sayang Rasulullah. Tiga..tiga...sayang mama ayah. 1,2, 3...sayang semuanya...". kalau dia nak nonton kartun ipin upin, dia akan cakap, "nak butu..butu.." (betul..betul.. la tu maksudnya). kiut sangat. i like, occay!!!! kalau mood baihaqi baik, aku suruh dia kutip sumer toys dia masuk dalam basket, dia paham n buat. pastu, aku suruh dia simpan buku yang dia baca kat rak buku, pun dia buat. ohhh.... sejuk hati mama baihaqi ni.
ada masanya plak, dia suka ambil handphone aku atau ayahnya, then dia pura2 mendail. pastu, apa lagi, sakan dia dok borak sorang2 sambil jalan sana sini, seolah sedang bercakap dengan somebody. terhibur hati aku bila tengok macam-macam gelagat dia. hilang stress... yang aku geram, dia tak nak makan ubat. dah la selsema n batuk. langsung tak nak buka mulut. kalau kami pegang baihaqi, paksa dia buka mulut n masukkan ubat, dia akan ludah balik. hiiii...risau aku. macam mana lagi ek yang patut aku buat?? mati akal aku dibuat dek budak sorang nih. campur dengan susu pun, dia bole tau. siap sebut lagi, susu tu sebagai ubat... uihhh..saborrrr je laa...
Cuti sekolah
Minggu ni dah mula cuti sekolah pertengahan penggal pertama. Hari sabtu dan isnin, aku kena pegi sekolah sebab ada kelas tambahan math untuk bebudak PMR dan SPM. Awal pagi dah pegi coz kelas mula pukul 7.30 pg sampai 4 petang. Honestly, bila balik rumah, aku flat habis. penat sungguh. hari sabtu hari tu kelas untuk PMR, esok untuk SPM plak. aku tengok bebudak pun tension. mana taknya, dari pagi sampai petang belajar math jer. mau muntah diorang. aku pun kering tekak n lenguh kaki sebab bercakap dan berdiri lama. hadoiiii.... untuk sabarkan dan meningkatkan semangat dalam diri, aku cuma niat apa yang aku buat ni kerana Allah. semoga aku dapat ganjaran di Sana. Cuma kadang-kadang, sbagai manusia biasa aku kalah gak la melawan perasaan untuk ikhlas 100%. Tapi tu normal kan?
No comments:
Post a Comment