Sunday, February 15, 2009

Penat lerrrr...


malam yang sunyi...

ni la kerja aku memalam sebelum tido

kena study math..hakssss...bosan sehhh

Esok keje. aku rasa baru jer cuti. hari sabtu kena g sekolah. Ganti cuti raya cina. Tup tup esok dah hari Isnin. Rutin aku bila nak ngajar, nak prepare benda yang nak di ajar. rumah pun dah sunyi. both father n son dah lena diulit mimpi. aku pun sebenarnya dah huwaaaaaa...... ngantuk beb... tapi sebab esok kelas math aku pepagi buta, lepas perhimpunan, kena la study skit. otak pun dah karat sebenarnya nak ajar math ni. lagi pun nak ajar bebudak tadika. Moga Allah beri aku kekuatan yang super xtra untuk berdepan dengan kanak-kanak yang belum matang mengikut usia nih...huhuhu....

hari ni baihaqi meragam jer. sebenarnya dia baru jer lepas demam hari khamis petang. lepas balik kejer, hb singgah nursery untuk ambik si baihaqi. waktu tu baru owner nursery tu perasan badan dia panas sangat. petang tu jugak kami bawa baihaqi g klinik kat bukit sentosa. lepas tu terus balik. malam tu, aku cam biasa, memang tak nyenyak tido. risau sebab si kecik ni kalau demam, memang suhu dia panas sangat. Tapi, Alhamdulillah, hari Jumaat malam, dia dah ok. Thank you to hb sebab sanggup ambik mc untuk jaga baihaqi. aku dah jadi cikgu ni, susah la skit pasal cuti2 nih. sebelum ni, kalau baihaqi demam, memang aku yang cuti. tapi sekarang ni, terpaksa minta tolong hb. cuti 7 hari untuk cikgu kena simpan untuk emergency... kalau tak boleh elak sangat, baru aku akan ambik cuti tu.

Thursday, February 12, 2009

sebenarnya u oulssss...aku tak tau nak update apa. habis-habis sangat wat masa ni banyak citer pasal sekolah la...semalam aku ada latihan rumah sukan. pukul 2.30 dah mula. so, aku sebagai guru yang patuh dan taat pun turun. tapi, malangnya bebudak ada la beberapa puluh orang daripada keseluruhan dekat2 200. disebabkan oleh pengetua yang super bengap ni, maka cikgu2 yang ramai2 turun, hampir berbelas orang cuma dok berlonggok kat padang sambil bergossip. orang2 ittew termasuklah aku, occayyyy!! masalahnya, aku memang tak tau nak wat apa sebab untuk perhati budak2 yang cuma sejemput jumlahnya itu, 2-3 orang guru dah memadai. dulu, sebelum pengetua ngok ngek ni masuk sekolah ni, guru2 wat giliran. means takde la kerap sangat guru2 kena turun padang. masa yang ada boleh guna wat kejer lain yang bertimbun2 cam kain baju busuk kayaknya.... very tidak efisyen...

kat padang aku bergosip dengan kak ros. dia guru pendidikan khas. banyak rupanya kisah pengetua ngok ngek ni yang aku tak tau. bila aku dengar menda2 camtu, hipotesis aku ialah: pengetua ni cam psiko and gila kuasa gittewwww... kena g rawatan psikiatri. kalau biar, nanti kena masuk tanjung rambutan....hahaha...ampun tok ketua, patik mengata..... hahaha..... kalau dia baca blog ni, aku laaaaaagi suka. u're most welcome tok ketua ngok ngek.... dari citer kak ros, rupanya si pengetua disingkirkan dari sekolah lama sebab semua guru dan parents tak suka...occay... diulangi tak suka atau dalam erti kata lain benci sama dia disebabkan kebodohan dalam mentadbir sekolah. bikin semua orang sengsara termasuklah PK pentadbiran dan PK HEM.

alaaaaa....benci la kan...bila tulis blog ni jer, mesti dok citer pasal si ngok ngek ittew....tak pe, kita stop di situ ek...

hari ni aku bz teramat kat sekolah. pegang kelas tingkatan 5, mak datok... banyak betul kejer... biasa bila balik rumah, badan aku flat habis. maklumla, penat fizikal n mental. ke hulu hilir berjalan, naik turun tangga lagi... ponat wehhhh.... kelas aku hari ni 5 waktu. 1 waktu pend sivik, 2 waktu math dan 2 waktu lagi ict. aku paling minat ngajar ict. itu option aku, tp the best part sebab student tak ramai, 14 orang jer... aku sukaaaa!!!! yehaaa!!! tak yah la aku nak melalak cam cikgu sekolah tadika. tapi, kelas matematik, ya ampunnnnn.... lepas kuar dari kelas tu, aku rasa penat sungguh. habis segala tenaga aku dikerahkan untuk ajar dan control budak2 dlm kelas tu... perangai sorang-sorang cam bebudak tadika. sabo je laaa....
kasut yang aku dok guna g ngajar dah patah tapak dia. 1st time dalam hidup aku, kasut terbelah tengah. hheheh...banyak sangat jalan kot... nak kena beli kasut baru la tu. pe lagi kan?

citer adik

ekceli aku nak upload gambar birthday si baihaqi. alaaaa...celebrate kat rumah je. just 3 of us. aku, hb n baihaqi.

kek birthday si kecik....


wat per tu? potong kek ke? nampak roti dalam pinggan tu? i wat sendiri tauuuu!!

bila aku mula ngajar ni, aku hantar adik ke nursery pkl 6.30 pagi. siaaannn anak mama. pepagi buta dah kena kejut, kena tinggal dengan orang. balik pulak pkl 5.30. 11 jam adik kat nursery tu. tapi, Alhamdulillah, baihaqi memang tak banyak ragam. pendek kata, aku tak la terlalu risau bila dia kena tinggal kat orang walau pun dalam hati sedih sesangat. ye la, mana ada ibu dalam dunia ni yang tak sedih kan. rasa tak puas bersama dengan dia. malam-malam dia tido awal. mungkin letih sangat kot main dengan kawan-kawan. aku pun kerap bawa balik kejer kat rumah. sebab terlalu banyak kejer. tak terkejar rasanya. so, aku tak boleh nak layan dia atau main-main dengan dia.... sedih sangat...hari sabtu pulak, aku kena g sekolah. bulan ni, 4 minggu berturut-turut aku kena ke sekolah. memang keje 6 hari seminggu. so, masa dengan baihaqi aku rasa sangat terhad. kadang-kadang aku rasa rindu kat dia, walaupun dia ada depan mata aku. nanti sedar tak sedar, dia dah besar. akan tinggalkan aku. huwaaaaa.....sedihnyerrrr...





Saturday, February 7, 2009

Mesyuarat PIBG....

hari ni pkl 7 lagi aku dah kuar dari rumah menuju ke sekolah. ada mesyuarat pibg. bila aku sampai lbh kurang pukul 7.30 pagi, xde sorang cikgu pun. kiranya, aku lone ranger lah... dkt2 pukul 8 pagi baru nampak cikgu-cikgu datang. ermmm... no big deal. biasa la tu.. pastu, aku minta tolong students untuk angkut hamper dari 1st floor ke dewan. perut aku dok berdondang sayang jer dari awal pagi lagi. so, aku g bekfes jap dengan kak mas kat kantin. aku just makan bihun goreng n secawan milo suam. kak mas belanja... thanks kak mas... bahagia ada orang belanja makan...

dekat pukul 9 pagi, ibu bapa mula sampai. tapi nampak gaya, penyertaan ibu bapa memang menyedihkan. student sekolah aku ni ada 2 ribu lebih. tapi, yang datang mesyuarat tak sampai 400 orang. nanti bila orang discuss macam-macam dan capai kata sepakat, mula la golongan yang xnampak batang hidung ni protes sana sini. rumah dah siap, baru pahat berbunyi. heran gak aku dengan perangai mak bapak zaman sekarang. mungkin kerajaan kena buat tindakan yang drastik kot baru diorang ni nak datang. contoh: kalau mak bapak tak datang mesyuarat atas sebab-sebab yang kukuh, ambil tindakan gantung sekolah anak mereka.

bila ada aktiviti sekolah, mak bapak xnak hadir. tak ambik port langsung tentang hal ehwal sekolah. tapi, bila ada isu skit, mula lah melenting tak tentu hala cam orang takde akal. nak kutip yuran untuk sekolah pun berkira. pasang astro bayar puluh-puluh tiap bulan tu tak kira plak. bila sekolah tak cukup bajet untuk fasiliti pelajar, salahkan sekolah. sedangkan citer sebenar, diorang tak tau pun....

bagi aku, media pun satu hal. suka sangat siarkan benda-benda karut pasal isu sekolah. bukan nak siasat dulu siapa betul, siapa salah. balik-balik yang jadi mangsa adalah golongan guru yang dok ajar budak-budak sampai pandai di sekolah. media memang berat sebelah. cuma fikir untung, bukan nak buat kebajikan sikit pun. fitnah orang, serah kat media... mulut jahat pun serah kat media...

hahaha...panjang aku membebel. bukan pe, geram aku dengan perangai mak bapak yang pentingkan diri ni. guru-guru sekolah bertungkus-lumus buat persiapan untuk mesyuarat ni. kelam kabut... tapi, mak bapak jarang yang menghargai....

Friday, February 6, 2009

citer jumaat

hari ni aku wat 1 mistake yg tak disengajakan. aku tertanya satu soalan yg aku risau menganggu fikiran orang lain. aku tertanya sorang kakak di sekolah aku pasal anak. ekceli, tak sengaja. ampun ye kak...jangan kecik hati tau. sharing is caring kannnn..... by the way, aku memang salute kat kakak ni sebab dia nampak so heppi wpun 9 tahun kawen, tapi masih belum dikurniakan zuriat. kalau aku kat tempat dia, ntahlah....aku tak pasti aku boleh strong macam dia....


aku ni kan peramah skit...huhuhu...bila jumpa org baru, aku nak gak la tau serba sikit latar belakang hidup dia. ye la, supaya kita tidak ulang kesilapan demi kesilapan lagi kan.... aku ada gak masuk blog cikgu2 sekolah aku ni, hihihi...malunya aku nak bagi alamat blog aku. bukan pe, diorang nyer blog bahasa dasat2 woooo... aku nyer blog, bahasa brutal and caca merba gitewww.... ahaksss...sabor je la...


Luahan perasaan


pengetua sekolah aku ni memang memang sah terencat skit. aku kata camtu bersebab tauuu.... ada ke patut, dia sound aku n 2 lagi kawan aku camni, "cuti sekolah hari tu, sapa ajar awak suruh cuti? sepatutnya awak kena bertugas." pastu dia cakap lagi, "awak balik sekolah hari2 pukul berapa?" selamba aku jawab, "macam biasa la 2.30 kalau xde latihan rumah sukan". pastu dia reply, "sapa ajar awak? patut awak balik pkl 4.30 petang". dengan memek muka yang menjijikkan dan memualkan. dahtu depan2 staf kat pejabat lak tu. memang dia ni gila kuasa. dah la xinform kami, tup..tup...marah kami xdatang sekolah. alasannya, kami guru baru masih dalam orientasi. so, tak boleh cuti. ntah peraturan negara mana dia pakai. jpn pun tak bagi syarat camtu. pepandai kepala hotak dia yang berkarat tu je wat keputusan. dah tua, nyanyuk la tu...huhuhu...laser kannnn...


sekian sesi luahan perasaan...


aktiviti sekolah


Esok hari sabtu, aku kena g sekolah. ada mesyuarat pibg. pagi2 buta dah kena ada sebab aku ajk cabutan bertuah. moga-moga aku salah sorang yang bertuah. aku nak cerek letrik la.... bleh ke??

Wednesday, January 28, 2009

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG MAMA....

Hari ni, 28 Januari 2009, tepat jam 7.40 pagi, genap umur anakku SYAFIQ BAIHAQI 2 tahun. aku snap pic dia pkl 7.40 pagi. masih tido lagi anak mama. mama wish hwppi birthday... tapi mesti sayang tak dengar kan... sedih, sebab baby mama dah besar. dah jadi kid pun. bangun lewat pulak sayang hari ni. dekat pukul 10 baru jaga. malam ni, aku n hb nak pegi celebrate birthday baihaqi.

lama sungguh aku tak update blog ni. macam2 perkara jadi dalam 2 bln ni. aku dah pun selamat berpindah rumah ke rawang. gambar kat bawah ni ialah view dari tingkap rumah aku. cantik kan?

aku mula posting ngajar di selangor, ppd gombak pd 12 jan. lepas. Alhamdulillah, jarak rumah n sek. tak jauh mana. 1st time jejakkan kaki ke sek. mmg menggerunkan. spt biasa, dah nama pun cikgu baru, aku kena ngajar f4 & f5 kls hujung. sek. ni ada 2 sesi. aku ngajar sesi pagi. bila jd cikgu ni, aku rs lbh letih n penat physically n mentally compared to bila aku kejer ofis dulu.
pengetua sek. ni plak lain macam skit perangai. dia xbg ank2 buah dia samb. blajar wpun part time. bg dia, jd cikgu xperlu ada master coz buang duit n masa jer. 3 suku gak mak cik tua ni. kementerian siap provide scholarship utk encourage cikgu2 samb. blajar, dia plak buat polisi yg menyerlahkan kebodohan dan kedengkian dia, mungkin takut ank2 buah dia lbh hebat dari dia. scr peribadi, aku rasa mak cik tua ni tak layak jadi pengetua. mcm2 lg yg dia buat di sek. tu utk pressure guru2. hmmm...ntah la...bila manusia yang busuk hati jadi pemimpin, macam ni lah akibatnya. yang jadi mangsa org2 bawah macam aku ni.
KORBAN DAN AKIKAH

Raya haji yang lepas (Dec 2008), majlis korban dan akikah selamat diadakan di kampung aku kat kedah. akikah ni aku buat share dengan 2 org lagi abg2 ku. aku buat utk baihaqi 2 bahagian, widad (anak chaq) 1 bahagian, dan bang chik buat 2 bhgian utk kedua2 ank perempuan dia iaitu izzah dan aqilah. selebihnya, mak buat korban utk arwah ayah. kiranya, seekor lembu tumbang. tapi, kenduri kami buat sikit jer. banyak yang kami sedekah. terima kasih bebanyak kat bang li n family sebab banyak membantu dan bersusah payah untuk keluarga kami. hari raya pertama, lepas zohor, sembelih lembu. raya kedua baru buat kenduri. ni ada sikit gambar yang aku snap. juga gambar di pagi raya. kalut punya pasal nak g kubur arwah ayah, langsung xsempat nak bergambar 1 family.

pastu, sempat gak aku, kak chaq organise party birthday. ekceli bukan birthday, tp saja nak buat acara makan2 utk semua anak2 sedara kat kampung. parti mengejut. heheheh...tapi best... kak chaq beli sebiji kek secret recipe besar untuk anak2 dia, aku plak beli kek kecik utk baihaqi. kak chik xbeli kek sbb dia baru sj sambut birthday anak dia. tapi, memang best. dalam dok sibuk2 prepare utk kenduri esk, kami bleh makan2 lagi. dah hbs makan, pastu masing2 pakat berjaga, siang daging untuk esok. hahaha...memang meriah bila sesekali sume ahli keluarga aku berkumpul. saat camni yang selalu aku rindu. memang xdapat beli kat mana2 pun. juga aku takkan jumpa kat mana2 pun. bila baihaqi besar skit nanti, dia pun mesti seronok balik kedah. maklum la, sepupu ramai, pastu bapa2 sedara pun mesra2 n ceria jer...havoc laaa....

Saturday, October 25, 2008

perjuangan selesai....

Alhamdulillah....perjuangan aku selama 10 bulan untuk bergelar seorang pendidik akhirnya telah tamat. Hari khamis lepas 23/10/08 merupakan hari terkahir aku di SMKTATAR, juga hari terakhir aku bertemu kawan2 yg sama2 berjuang iaitu salehha dan kak nina sejak dari jan. lagi. Aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada guru2 sekolah tu yg bnyk bagi tunjuk ajar terutamanya kak zulina. Juga kepada salehha dan kak nina.

Tamat waktu persekolahan, aku, salehha, kak nina dan zahirusalwa sama2 meraikan kejayaan kami di KFC, Jitra. ye la, pasni bukan senang nak jumpa. masing2 dah ada family sendiri dan mula bawa haluan masing2. Dahtu, posting plak tak tau nak kena campak mana. Ni gambar yang sempat aku snap waktu kat kfc tu.




yg lelaki tu juga budak dpli, harmizal nama dia. dia datang dengan tajol. saje nak borak2 utk terakhir kalinya. kami balik rumah masing2 lebih kurang pukul 5 ptg.

Hb juga dah sampai ke kedah pkl 1 pg tadi. Aku sekarang tengah sibuk2 nak kemas barang sebab insya-Allah esok kami akan bertolak balik. Tapi, destinasi kami bukan terus balik KL, aku nak singgah rumah kak chik n bang chik kat kulim. Rindu kat depa sekeluarga. Then tido kulim 1 malam, pastu singgah n tido satu malam kat kuala kangsar. Hb rindu mak dia...hehehehe.... maklum la anak kesayangan... hari selasa baru kami akan bertolak balik KL.



Pasni, lambat plak aku nak update blog ni. kat kl rumah aku xde internet. ingat nak pasang gak la. tapi, tak tau bulan berapa baru pasang sebab nak pindah rumah kan. rasa sesak nafas aku sebab xde internet kat rumah. hihihi...kat kedah siap pakai wireless lagi. not bad. aku mesti rindu kg aku nih bila balik sana, rindu arwah ayah, rindu suasana kat sini yang damai, makanan yang sedap, ikan2 dan ayam kat pasar segar2, jiran yang baik (kak bushra n abg usop), pendek kata semuanya.... segala yang di sini cukup menenangkan aku. aku heppi kat kedah ni. lagi aku rindu tok n tok wan... tiap kali cuti sekolah aku mesti akan balik. hujung tahun aku cakap kat hb, dia kena jadi orang bujang sebab aku dgn baihaqi nak balik lepak kat kedah. hati aku serasi kat sini. xbnyk masalah.... baihaqi juga bahagia kat sini. ada mak tok,mak njang n mak lang yang sentiasa melayan dia dan begitu ambil berat.

bye kampungku... aku rinduuuuuu...kalau la suami aku boleh balik n kerja di sini, aku akan jadi manusia dan isteri yang paling bahagia....kalau lah suami aku memahami hati ku...huhuhu....







.

Saturday, October 11, 2008

cerita weken

hari ni aku sibuk banget. awal2 pagi lagi aku dah bangun dan jemur baju kat ampaian. then, aku buat 1 mug air utk bekfes. menu pagi ni cuma teh dan roti saja. malas aku nak masak sebab semua org dalam rumah ni belum bangun. baaihaqi pun still tido lagi. semalam dia lena awal gak, pukul 12. what did i do then?
8.00 am - kemas dapur, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah dan mop lantai
9.30 am - nonton tv jap. xde citer menarik
10.00 am - mandikan si kecik.
10.30 am - basuh baju. 1 besen besar aku basuh. huhuhu...penat.
11.30 am - mandi
12.00 - masak makan tengahari. menu simple jer - peria goreng, ikan kembung goreng, sambal belacan
1.00 - my baby is sleeping, so aku depan pc update blog.


pasni, aku nak makan tengahari, then iron baju for the whole week. tak la memalam kelam kabut nak iron. last week nyer baju, hb dah iron. muahhhhh... love u hb. lagi, aku nak buat rancangan mengajar.
now let's take a look for all these pictures. aku ada snap gambar2 pokok kat rumah yang mak aku tanam, pic baihaqi tengah tido..nyenyak sangat....cumil. love u son..gambar curtain raya...purple colour...murah tapi cantik. mak aku yang jahit sendiri, pic menu hari ni. layanzzz.....