Saturday, October 25, 2008

perjuangan selesai....

Alhamdulillah....perjuangan aku selama 10 bulan untuk bergelar seorang pendidik akhirnya telah tamat. Hari khamis lepas 23/10/08 merupakan hari terkahir aku di SMKTATAR, juga hari terakhir aku bertemu kawan2 yg sama2 berjuang iaitu salehha dan kak nina sejak dari jan. lagi. Aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada guru2 sekolah tu yg bnyk bagi tunjuk ajar terutamanya kak zulina. Juga kepada salehha dan kak nina.

Tamat waktu persekolahan, aku, salehha, kak nina dan zahirusalwa sama2 meraikan kejayaan kami di KFC, Jitra. ye la, pasni bukan senang nak jumpa. masing2 dah ada family sendiri dan mula bawa haluan masing2. Dahtu, posting plak tak tau nak kena campak mana. Ni gambar yang sempat aku snap waktu kat kfc tu.




yg lelaki tu juga budak dpli, harmizal nama dia. dia datang dengan tajol. saje nak borak2 utk terakhir kalinya. kami balik rumah masing2 lebih kurang pukul 5 ptg.

Hb juga dah sampai ke kedah pkl 1 pg tadi. Aku sekarang tengah sibuk2 nak kemas barang sebab insya-Allah esok kami akan bertolak balik. Tapi, destinasi kami bukan terus balik KL, aku nak singgah rumah kak chik n bang chik kat kulim. Rindu kat depa sekeluarga. Then tido kulim 1 malam, pastu singgah n tido satu malam kat kuala kangsar. Hb rindu mak dia...hehehehe.... maklum la anak kesayangan... hari selasa baru kami akan bertolak balik KL.



Pasni, lambat plak aku nak update blog ni. kat kl rumah aku xde internet. ingat nak pasang gak la. tapi, tak tau bulan berapa baru pasang sebab nak pindah rumah kan. rasa sesak nafas aku sebab xde internet kat rumah. hihihi...kat kedah siap pakai wireless lagi. not bad. aku mesti rindu kg aku nih bila balik sana, rindu arwah ayah, rindu suasana kat sini yang damai, makanan yang sedap, ikan2 dan ayam kat pasar segar2, jiran yang baik (kak bushra n abg usop), pendek kata semuanya.... segala yang di sini cukup menenangkan aku. aku heppi kat kedah ni. lagi aku rindu tok n tok wan... tiap kali cuti sekolah aku mesti akan balik. hujung tahun aku cakap kat hb, dia kena jadi orang bujang sebab aku dgn baihaqi nak balik lepak kat kedah. hati aku serasi kat sini. xbnyk masalah.... baihaqi juga bahagia kat sini. ada mak tok,mak njang n mak lang yang sentiasa melayan dia dan begitu ambil berat.

bye kampungku... aku rinduuuuuu...kalau la suami aku boleh balik n kerja di sini, aku akan jadi manusia dan isteri yang paling bahagia....kalau lah suami aku memahami hati ku...huhuhu....







.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.