Puasa dah, raya pun sudah. pejam celik, pejam celik...sedar tak sedar tinggal lagi 2 minggu saja aku akan praktikal kat tunku anum ni. minggu depan, hari khamis lecturer akan turun untuk observe untuk kali ke-3; kali terakhir. kalau dah lepas, aku memang lega gilerrr... hehehe...aku ekceli dah tak sabar2 nak habis. bukan apa, aku terlebih excited nak balik kl, nak pindah rumah la katakan. tapi bila fikir2 aku kena tinggalkan mak, sedih gak. mesti mak sunyi sebab baihaqi dah takde. tapi, itu lah hidup kan. setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.
DPLI ni banyak mengajar aku tentang hidup. aku lebih tahu untuk menghargai orang especially suami aku. bukan lah dulu aku tak hargai, cuma kali ni aku dapat merasakan susahnya seorang ibu itu membesarkan anak tanpa suami, dan betapa perlunya bantuan suami untuk besarkan anak. sedangkan seorang anak pun aku rasa sukar terutama bila anak tak sihat, aku memang tabik habis pada ibu2 tunggal di luar sana yang berupaya membesarkan anak sehingga menjadi insan berjaya dunia dan akhirat. Juga aku belajar bahawa untuk dapatkan sesuatu kita perlu korbankan sesuatu. Satu lagi, aku lebih menghargai mak, cik ah, kakak dan semua ahli keluarga aku sebab tanpa bantuan dan sokongan mereka, pasti perjalanan yang aku tempuh ni akan lebih sukar; dan besar kemungkinan akan terkandas di tengah jalan. Jadi, aku faham betapa pentingnya saudara-mara dan sokongan moral. Aku juga tahu peranan kawan itu juga penting. Macam salehha, dia dan aku serupa, berjauhan dengan suami. Dengan adanya dia, aku juga turut kuat untuk menghadapi setiap cabaran. Aku lebih berdikari, dari seorang yang tidak tahu memandu, aku dah pandai memandu. Dari seorang yang lemah, aku jadi kuat.
Aku pun tak pernah expect yang aku boleh go through semua ni sampai akhir. It's not easy man! That's what can i said. If we are not strong enuff, memang masalah. Huru-hara hidup! But for me, sebab aku terima full support from hb, my mother especially, aku boleh habiskan DPLI ni. Thank you to all for your kindness and cooperation.
Cerita rumah
Rumah aku dah siap renovate. Yehaaaaa!!!!! best banget. Ni ada pic yg hb snap pakai handphone. Sebab tu tak clear sangat.
Dari atas kiri: extend dapur (konon2 wet kitchen merangkap stor la kot), luar rumah yang dicat semula.
Bawah kiri: bahagian depan rumah, bilik air ketiga tanpa tandas.
No comments:
Post a Comment