Sunday, September 28, 2008

Salam Aidilfitri!!!!

Sepatutnya aku post ni seblm raya, tapi tenet prob. So, aku post hari ni la...

Hari ni last day aku berbuka puasa dengan family aku. esok lepas zohor, aku, hb n baihaqi akan bertolak ke kuala kangsar. huhuhu...sedih tinggal kan mak. menu berbuka hari ni ialah popia, murtabak dan nasi. hari ni hb ajak aku pegi jitra. beli kasut raya si kecik n baju raya aku. mula2 memang tak plan pun nak beli baju raya, tapi hb kesiankan aku kot. hehehe...jadi dia beli gak la. walau pun harga baju murah jer, aku tetap heppi. ye la, pemberian dari suami kan...sape yang tak suka. kasut untuk si kecik plak kami beli 2 pasang. heppi si kecik tu, sibuk usung kasut dia ke hulu ke hilir. semalam dia cewi sebab ayah dia beli songkok. asik buang, pakai jer. terhibur kami sekeluarga tengok gelagat dia. mak aku mesti rasa sunyi giler bila kami balik kuala esok. mana tak nya, si kecik tu hari2 sibuk di dapur time masak dan time berbuka. walau penat layan dia, tapi besttt....waktu kat jitra tadi, kami singgah pasar malam beli daun palas. 1 ikat harga RM4. pendek2 daun tu. mak nak buat ketupat esok pagi untuk kami bawa ke kuala. thank you mak...muahhh!!!! susah-susah jer dok kalut nak bagi bekal. kami tak kisah pun kalau takde bekal.

Mak dah seminggu dah tido kat rumah kawan dia kat tanah merah sebab dekat dengan masjid. tiap-tiap malam diorang g qiamullail kat masjid tanah merah. sahur pun kat situ gak. aku kagum dengan mak, dia sanggup naik motor sorang2 awal2 pagi kalau dia nak g masjid sembahyang subuh. dulu, waktu arwah ayah ada, memang diorang rajin ke masjid untuk sembahyang subuh, maghrib dan isyak. hari jumaat pulak, diorang berdua ngaji agama. kuliah2 agama memang kerap la dioarang pegi. tapi sejak ayah dah takde, mak memang lonely. takde teman nak ke masjid dan kuliah agama. mak dah takde tempat nak merujuk hukum hakam agama. bila baca kitab, mak tak boleh nak tanya ayah macam2...kehilangan ayah merupakan satu kerugian dan kehilangan besar buat aku dan keluarga aku. aku memang simpati dekat mak. kesian mak...

Rindu ayah...

Pagi tadi lepas subuh, aku drive keter dengan Cik Ah menuju ke Derang; ziarah kubur arwah ayah. Aku dan Cik Ah hadiahkan bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah..Allah saja yang tahu betapa dalam rindu aku pada dia. Kalau aku duduk sorang-sorang, aku kerap terfikir kan ayah terutama time2 lepas solat. Setiap kali aku teringatkan arwah, hati aku jadi pilu sangat, rindu....rindu yang teramat dalam. Kadang-kadang menitis gak air mata.

Aku sebenarnya tak puas bermanja dengan arwah ayah. Bila aku rindu, badan dan hati aku jadi lemah, rasa tak berdaya nak buat apa pun. Sebab tu, aku tak boleh fikir lama pasal arwah. Semangat aku serasa terbang melayang...hilanggg....dia ayah yang terhebat, anugerah Allah untuk kami sekeluarga. Dia mendidik kami cukup sempurna dari segi semua aspek, agama, akademik, sosial etc. Dia ajar kami berjemaah, dia ajar kami baca al-Quran, dia jadikan dirinya contoh teladan terbaik buat aku dan keluarga aku. Kehilangan arwah menemui Ilahi memang tidak akan ada gantinya...Ayah... aku sayannnggggggg sangat kat ayah...aku rinduuuuuuuu sangat kat ayah. Kalau lah kita boleh berjumpa lagi, aku lah manusia yang paling bahagia di atas muka bumi ni...Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan dimasukkan bersama golongan para solihin, para syuhada dan para anbiya.... Al-Fatihah...


Ni gambar si kecik chewi dapat songkok... huhuhu...



Untuk muslimin dan muslimat,

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

No comments: