Hari ni tetiba jer aku rasa rajin nak update blog nih. Walaupun sebenarnya aku tak tau nak tulis apa, aku nak update gak. Hari khamis aku kena ngajar 6 waktu. huhuhu...penat wei bulan2 posa ni. bukan apa, kalau pensyarah tu tak pe lagik, sebab cakap pakai mikrofon. then ngajar budak2 besar, tak yah nak jerit2 utk bagi budak2 pay attention. cikgu....kes haru sebab suara kena super duper power. kena makan power root nih! bukan mudah nak bagi budak2 pay attention. diorang suka sembang, n wat menda lain especially bila ngajar subjek computer.
bab kejer rumah plak, tok sah cakap la. kalau 1 kelas tu 40 budak, nak dapat separuh siapkan kejer n hantar kat kita pun seksa. Aku dah tak larat membebel dah. haruuuu!!! budak2 sekarang tak heran kat cikgu. no respect at all! aku ngamuk sakan kelas matematik hari isnin lepas. memang waktu tu aku marah giler sebab 9 orang je budak yg siapkan homework. yang lain tu sumer...ermmm.tak tau la aku nak cakap. kejer dah la sikit jer aku bagi. pun tak siap. ada yg tak bawa buku. huh...tinggal kat rumah suruh nenek diorang baca kot! tengah aku marah tu, ada la pulak sorang budak ni, of course boy dok ngajuk aku. apa lagi, aku kata kat budak tu, "awak memang biadap dan kurang ajar. tak belajar budi bahasa ke? awak tak respect cikgu awak langsung!!" suara aku waktu tu memang tinggi habis. aku rasa muka aku pun dah merah padam; tahan marah. kalau la budak tu anak aku ke, adik aku ke, memang dia dah makan penampar aku. cara dia tu sangat biadap.
patut la cikgu cepat dapat darah tinggi n jantung. asyik marah2 jer. macam mana tak marah? takkan nak biar diorang tu tak buat kejer. aku tak reti nak tengok saja. takkan tak tegur bila diorang berperangai buruk. kan tugas guru tu mengajar, mendidik dan membimbing. phewwww!!! memang tugas guru ni begitu berat dan mencabar. bila aku dah masuk dalam profesion ni baru aku tau dan faham naper guru selalu fight untuk mintak itu ini. kalau compare dengan pegawai kerajaan lain, dari segi fasiliti, cikgu lah yg paling kesian. aku kan dulu keje pegawai kerajaan gak. so, memang terasa sangat kekurangan fasiliti nih. kesian cikgu.... tempat duduk kat sekolah pun kongsi2 meja jer, bilik guru takde aircond...sedangkan pegawai kerajaan lain bergred 41 gak duduk dalam bilik sorang2, ada aircond, telefon, computer, printer, transport jabatan.....cikgu apa pun takde. even aku nak fotostat nota budak pun, boleh orang kat pejabat tu mintak duit. saborrrrr je la....
jadi, aku memang tak pelik bila NUTP mintak macam2 utk cikgu... bukan bermakna cikgu ni demand. tapi, ye la kemudahan tu penting untuk keselesaan cikgu nak buat kerja. aku dulu pun kata cikgu ngada2 mintak itu ini. tapi, bila aku dah jadi cikgu, baru aku faham situasi sebenar macam mana. perittttt!!!!
hehehe...rupa-rupanya aku nak update blog hari ni utk luahan rasa hati...
aku suka gambar ni. tapi sayang...kaburrrrrr....
mak aku n baihaqi kat rumah aku di kepong
No comments:
Post a Comment