Tuesday, July 13, 2010

HK MFM - Last Day

Hari ni merupakan hari terakhir aku berada di Macau. Flight ke Malaysia jam 10.45 pagi. sedihnyaaa nak balik. entah bila agaknya dapat dtg lagi ke sini. Kami bangun seawal pukul 5.00 pagi untuk solat dan berkemas. Pukul 7 pagi kami dah check out. Hb panggilkan teksi untuk menghantar kami ke airport. Tambang cab MOP60. Anak aku xmandi wei. kami angkat dia letak dlm stroller tak jaga2 sampai la kat airport masih lagi lena. Letih sgt tu... Dari hotel nak ke airport lebih kurang 15 minit jer. 



 Airport Macau

tengok la anak aku masih tido...

Airport macau ni kecik jer. Even tandas pun kecik dan cuma ada 2 toilet saja. Kalau nak mandi pun xde tempat. So, anak aku memang ler tak mandi sampai Malaysia. Sian dia, mesti xselesa. Kedai2 sobenir pun tarak. untuk check in luggage kena beratur panjang, n sangat lambat. Then, kastam dia agak cerewat. Nak bawa susu anak naik flight pun xkasi. Kata mereka, cuma dibenarkan kalau anak tu umur 2 thn ke bawah. So, kami terpaksa buang semua air panas yang dibawa dalam termos. Diorang siap check badan kita lagi. Hihihi...cam penjenayah plak rasanya. Make sure korang ke toilet dulu sblm masuk boarding area sbb dalam tu xde toilet. Flight kami delay lebih kurang 45 minit. 

  landasan airport di tambak atas laut..


Kami bertolak pulang ke Malaysia lebih kurang jam 11.30 pagi dan sampai KLCC jam 3.15 petang. Perjlanan lebih kurang 3jam 45 minit.

bye..bye...HK Macau

Semoga lepas ni aku diberi peluang untuk ke HK lagi. Aku sangat bersyukur sebab sepanjang berada di sana cuaca sangat baik, xde typhoon bagai, hujan pun sikit sangat dan langsung tidak mengganggu perancangan kami. Alhamdulillah, kesihatan pun baik. Xde demam2 ke hapa... Memang aku sangat2 bersyukur kerana Allah mempermudahkan setiap urusan kami di sana.

Insya-Allah, next entry aku akan letak budget kami sewaktu di sana. Mungkin boleh jadi guide untuk korang ke sana nanti. 

No comments: