Tuesday, July 6, 2010

HK MFM - Day 5

Hari ni memang kami letih giler. tak berdaya nak kuar awal g jenjln. sudahnya, dlm pkl 12 t/hari baru kuar dari hotel. destinasi seterusnya ialah Ngong Ping Cable Car. Kami ambit mtr dari stesen TST - stesen Lai King - stesen Tung Chung. Dari situ juz jln kaki ke stesen cable car. Beratur pun kejap saja. Kami ambik standar cabin Total utk 2A 1C = HKD268 = RM114.20. Perjlanan untuk sampai ke atas hampir setengah jam. panjang cable car tu 5.7km. pemandangan dari atas cable car memang superb!!! cantik banget. Nampak airport HK, nampak kapal terbang naik... dengan laut luasnya, bukitnya, bandarnya....memang rugi kalau tak datang sini. Sampai area yang atas skit, kabus tebal n angin pun kuat. Berdengung gak la bunyi angin...... kami turun kat stesen atas sekali, ronda2 ambik gambar. pastu terus beratur untuk naik cable car turun ke bawah. ok, tak yah citer pepanjang, kita layanz gambar...




kabus tebal...



 nampak HK airport?

 kapal terbang MAS berlepas....

Sampai bawah, kami jalan2 ke Citygate Factory outlet kat situ. betul2 sebelah cable car stesen tu. kalau korang pegi, mesti nampak. sginboard pun bersepah. Kami tengok2 brg2 branded kat situ. macam2 brand ada. tapi, oleh kerana kami bukanlah org branded, hehehe....so kami tak beli pun. lagi pun kami tak tahu reger brg2 tu kat sini. kalau beza setakat rm20-30 camtu, baik tak yah. buat berat beg nak kena usung.

selesai, kami balik hotel utk solat. lps maghrib kuar semula ke Mongkok utk shopping kononnya. Tp, anak aku buat perangai betul. Asyik nak berdokong jer. mana tahan wehhh.... bukannya ringan, dah berbelas kilo. sudahnya, kami sempat beli t-shirt, 6 helai=HKD100, key-chain 10 biji = HKD100, fridge magnet 10 biji= HKD100. lain2 tu tak larat nak beli sebab letih gila dokong anak aku...uwaaaaa....sedih...sedih.... dah la ramai org. dari hotel lagi, anak aku xnak dok bawah. kami plak masing2 pun letih...memang arrr tak tahan...

No comments: