Wednesday, September 19, 2007

menu berbuka semalam: pizza, nasi putih, tempe dan kentang goreng cili, kobis goreng, ikan cencaru sumbat bakar dan sambal kicap. setakat beberapa hari berpuasa ni, maintain lagik la memasak. balik kerja, terus bersilat kat dapur. fuhhh...boleh tahan penat sebab terkejar2 wat kerja. maklum, maghrib pun awal. balik kerja n sampai rumah pun dah pukul 5.30 lebih. kadang2 dekat pukul 6 baru sampai rumah. nak beli selalu, mahal... bila g bazar ramadhan, tengok org jual kuih, 3 ketul RM1. tu pun, seketul kecik jer saiz dia. makan pun tak kenyang. dulu roti john yg panjang n besar, sebiji RM3. tapi tahun ni dah jadi RM4. huishhh....bankrupt kalau hari2 beli untuk berbuka. kadang-kadang tu tak pe la... so, nak jimat punya pasal, terpaksa hari-hari bersilat kat dapur. kena bersusah sikit.

AKTIVITI MEMASAK


nak update, hari kedua puasa, saya masak shepherd's pie. keputusan memasak: fail.... punca, kentang tu terlebih susu. jd lembik. huhuhu...sedeyyyy. tenguk rupa luar cam cantik jer. pastu rasa lemak kentang tu saya tak suka. ye la, kentang+butter+susu. seblm buat ingat sedap, tp bila dah try makan...uwaaaaa...tekak tak boleh terima. kalau org yg suka susu n makanan lemak2 mungkin suka kot. tapi, kalau keras kentang tu mesti sedap rasanya. ni, alahaiiii...silap sendiri gak. tak pandai nak adjust sama ada kentang tu keras ke lembik seblm bakar lam oven.

No comments: