dapat gaji bulan Ogos, saya beli hadiah utk syafiq. saya beli walker. w/pun murah jer, tapi tetap cantik. hehe...nak beli yang mahal-mahal tak mampu. tapi hati ni tetap heppi bila tengok syafiq heppi duduk dlm walker tu. mula-mula dulu plan dgn asben tak nak letak si comel ni dalam walker. tp, kesian plak bila dia asik meniarap jer. maklum la, lum pandai menjulur...mesti dia rasa boring. tu, yang tetiba leh bertukar fikiran tu.
bahagia....
bulan ni pun hb ada wat surprise. hari rabu lepas, waktu break utk mkn tengahari, hb ajak g selayang mall. mula2 alasan dia, nak hantar kasut saya yg patah tumit utk repair. so, saya just ikut la. bila sampai selayang mall, dia bawa saya ke kedai cermin mata. hb sponsor saya utk wat cermin mata baru!!!! sooooo nice. dah 3 tahun nak tukar cermin mata yg sekarang ni. asik bertangguh jer. paham2 la, makan gaji jer kan. so limited budget. kadang2 dah elok2 plan nak tukar, ada jer hal. jadi budget tu terpaksa guna utk benda lain. agaknya hb kesiankan saya kot. w/pun dia tak sponsor 100%, saya tetap heppi. at least, hb is caring about me. muahhhhh...sayang hb!!!
further study......
hari ni saya n 3 lagi member ofis, g uitm shah alam. tujuan: hantar application form utk sambung master. saya apply wat Msc IT, 100% course work. tak nak ler ambik yg ada disertasi. malas nak menulis, nak kena viva bagai. huhuhu....kengkawan, doakan semoga application saya tu berjaya. Bulan November nanti dapat result sama ada berjaya atau tak. intake Dec 2007.
lagi satu, saya apply juga diploma pendidikan anjuran KPT, intake January 2008. doakan moga saya dapat. maklum la, dah jadi pekerja kontrak kat sini, 3++ tahun. rasa rugi (tp tetap bersyukur). so, utk masa depan yg lebih baik utk saya, hb dan yg tersayang syafiq, saya perlu cari dan ambik inisiatif utk jaminan masa depan. pekerja kontrak ni xsecure. kalau duit abih, anytime leh kena terminate.
heppi birthday cik ah!!!!
hari ni besday kakak saya. tarikh lahir dia mmg cantik-7/9/79. senang nak ingat. tak plan lagi nak bg hadiah apa. semoga heppi dan ceria selalu. semoga panjang umur dan murah rezeki.
anak sedara baru...
lupa nak cakap, saya dapat sorang lagi anak sedara baru, perempuan pada 4/9/07. tahniah kak chik n bang chik. moga rezeki makin murah dan hidup bertambah ceria dengan kehadiran sorang lagi cahaya mata. dah ada 2 anak pun...tak sabar nak balik kg, nak tengok anak sedara baru nih.
No comments:
Post a Comment