Monday, August 20, 2007

aktiviti memasak

Last week tak sempat nak update blog ni. Saya sempat try buat cinnamon roll. 2 malam berturut. tiap-tiap hari saya n hb bawa g opis. kejap jer dah clear. resepi saya cari kat internet jugak.


gambar sebelum dibakar:

gambar selepas dibakar:ni resepi yang saya guna:

300g high protein flour

2 tsp instant yis

1/8 tsp salt

40g caster sugar

1 egg

50ml whipping cream -yg ni saya tak masukkan pun, sebab xde jual ka pasaraya.

100ml full cream milk (UHT)

1 tsp bread improver

50g butter


Filling

200g brown sugar
1 tsp cinnamon powder
1 egg (glaze)

Masukkan semua bahan kecuali butter dalam mixer, mix dengan medium speed until to be dough Masukkan butter, pukul lagi dengan high speed sehingga lembut dan elastic.Tutup bowl dengan kain, biarkan doh naik seganda Tekan doh, masukkan doh dalam peti sejuk selama 30 min Keluarkan doh, dengan rolling pin, gelekkan menjadi segiempat yb besar dengan ketebalan 1 1/2cm. Glaze dengan telur yg dipukul, taburkan campuran cinnamon dan brown sugar Rollkan doh, potong kecil2 (ikut suka, anggaran 2 1/2 inci). Arrange dalam pan, biarkan naik seganda, baru bakar dengan suhu 190'C selama 15 minit.

Oleh sebab vitamin R masih ada, sabtu lepas saya buat plak pizza. Hb pun cakap sedap. pagi2 hb dah kuar g main tenis. bila dia balik, taraaaaaa....pizza dah siap. resepi cari kat internet. resepi kak haniliza rasanya. thanks kak liza sebab sudi share resepi yang sedap ni.

PIZZA

Bahan

500 tepung gandum

1 paket yeast mauripan

1 s/k gula

1 s/k garam

1 s/b majerin/spry

1 cawan air suam

1/2 cawan minyak

cara:


1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZ
bahan
2 ketul dada ayam atau 250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara:
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya.


KISAH SYAFIQ PULAK


tak banyak perubahan kat syafiq. berat dia dah naik jadi 7kg, tinggi dah 70cm. heheh....cepat membesar anak mama nih. sekarang dah nampak perangai dia yang lasak. walaupun belum pandai merangkak, kalau tidur tu, memang kena lentak bantal kiri kanan atas bawah. kalau ada benda depan mata, cepat jer dia capai.bila pegi jenjalan, dalam kereta pun sibuk nak suruh pegang, nak berdiri. tak nak duduk atas riba jer. dah tu, syafiq pun dah mula pandai melompat. aduhhh...lenguh tangan. berpeluh badan.
macam mana penat sekali pun, syafiq tetap penawar hati mama. tak jumpa sehari, tak tengok syafiq senyum sehari, tak nampak lesung pipit yang manis tu, boleh demam kot mama nih. demam rindu. heheheh.....

No comments: