Wednesday, August 8, 2007

gambar baru syafiq dan mak tok






semalam saya pegi hantar mak ke rumah abang. esok dia nak kena gi UH. ada gak ambik gambar syafiq dan mak tok dia. teringat waktu syafiq masih dalam pantang dulu, mak saya yang jaga dia. syafiq meragam waktu dalam pantang dulu. malam tak tido. asyik nangis jer. jadi saya dan mak pun tak boleh lena. mak pulak dah la ada darah tinggi. risau jugak darah dia naik sebab tiap-tiap malam tak cukup tidur. syafiq cuma tidur sekejap jer waktu siang. memang meragam habis. "harap-harap, bila syafiq besar esok, jangan sesekali lupa kat mak tok...pengorbanan mak tok jaga mama dengan syafiq jangan lupa. bukan semua orang sanggup bersusah payah cam tu. kalau syafiq tak meragam tu, lain cerita". hmmm...saya tulis ni sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga syafiq. mana tau bila syafiq dah besar esok, syafiq jadi peminat blog mama ni...jadi syafiq tau siapa yang selalu ambik berat pasal syafiq.


Ni pula gambar syafiq yang lain.




juga gambar dengan 2 orang anak sedara (anak abang). yang perempuan tu nama wardatul najah, 2 tahun. yang lelaki tu nama Ahmad Fakhri Ibrahim. Ibrahim tu sempena nama arwah ayah saya.




Abang saya letak nama tu sebagai ingata untuk arwah. Arwah ayah tak sempat jumpa sorang pun cucu dia. Kakak ipar tengah mengandung cucu yang sulung diorang enam bulan waktu arwah pergi menghadap Ilahi. Al-Fatihah.....



No comments: