Wednesday, August 1, 2007

Tak de mood...

minggu ni saya takde menda nak report kat blog ni. tu yang malas jer nak bukak blog. heeeee.... takde peristiwa menarik berlaku. nak update pasal aktiviti masak yang saya buat, gambar plak tertinggal kat rumah. terlupa jer nak bawa. gambar choc moist cake yang saya buat. sedap dan lazat...nyummy..... boleh buat bisnes hari raya nanti (perasan)...... macam la saya ni banyak masa sangat nak wat kek banyak2. dah la kek tu bukan tahan lama. kalau orang order pun, 1-2 hari lagi nak balik kg utk raya, baru boleh buat. kecuali kalau letak ubat tahan. tapi kalau saya, saya tak berapa kek yang letak ubat sebab kita masih boleh rasa perbezaannya. kek lembap, kaya dengan choc. sedap sangat. hb saya suka, dia memang hantu kek coklat. kalau kek lain, tak offer kat dia pun tak pe. tapi kalau kek coklat, tak offer kang, kecik hati. keskeskes.....macam2 perangai manusia ni kan. nanti la, bila saya teringat saya letak gambar choc moist cake tu kat sini. kot-kot ada yang berkenan, kalau ada masa saya boleh ambik upah buatkan. hahaha...tp masa pack jer. kalau nak buat bisnes bakar-membakar ni, alamat nyer urusan rumah tangga lain terbengkalai ler. kengkadang saya terpikir gak, macam mana la sorang perempuan tu, bekerja opis, tapi sempat lagi wat kek yang orang tempah, and dalam masa yang sama sempat masak untuk mkn malam keluarga, uruskan rumah tangga, kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, kain baju lagi, urus anak-anak....phewwwwww!!!! penat nyer. tak boleh nak imagine. pukul berapa diorang bangun pagi dan tido malam. kecuali kalau ada pembantu rumah, lain cerita. tapi, kalau semua kena buat sendiri, macam mana erk? korang takde opinian ker?

No comments: