Thursday, January 6, 2011

Hari pertama along di tadika

3 Januari 2011 - hari pertama along jejakkan kaki ke tadika kemas. ye la 28 januari ni, genap umur dia 4 tahun. excited sungguh budak ni nak pegi sekolah. jangan esok dah besar, liat pulak nak ke sekolah. so, lebih kurang 7.30 camtu dia n ayah ke tadika untuk pendaftaran. hehehe...kejutan budaya agaknya sebab 1st time kan... walau excited, tapi asyik ngekor ayah dia ke sana ke mari. sayangnya...aku tak dapat nak tengok sebab bekerja. hb xpe, boleh ambik cuti. aku susah sikit nak 'kawtim' dengan bos. sebenarnya aku teringin nak hantar along pegi tadika hari tu...huhuhu...berkorban again utk anak orang. moga2 Allah beri ganjaran untuk ku dan permudahkan urusan anakku..

ok, ni ada skit pics yg sempat la si ayah snap kat tadika tu. along pilih sendiri baju yang dia nak pakai pagi tu. baju belang2 merah putih. lepas ni kena pakai uniform plak...




nasib ada cousin dia 2 orang. kak long n fakhri. memang memudahkan kami
tq kak long.

muka orang excited



fakhri juga hari pertama ke tadika. 



kasut baru. kena pakai kasut sekolah. cewiii tak hengat..hikhik
lepas ni along kena g sekolah naik van dari nursery. mesti excited sebab naik ramai2 kan. tapi, syukur sangat ada 2 orang cousin dia. kalau tak jenuh la hari ke-2 tu sebab ramai budak yang menangis kena tinggal. 

harapan mama: moga along akan jadi anak yang baik, rajin, berbudi bahasa, bersopan santun dan berilmu agama yang tinggi. selamat bersekolah sayang. mama sayang along. muah..muah...

Friday, December 24, 2010

Heppi Birthday to me!!

 Semalam aku baru je celebrate birthday aku yg ke-29... kejap je masa berlalu. tup tap tup tap, tahun depan, aku akan masuk ke era 3 series. takutnyaaaa... ye la bila dah masuk ke zon ni, amal ibadat kena lebih digandakan. kalau boleh setiap maghrib solat jemaah dgn hb n anak... baca quran atau wat tadarus sesama lepas maghrib.hb bagi tazkirah untuk aku, anak dan diri dia sendiri.  agaknya dapat tercapai ke tak? ntah...tp aku sentiasa berdoa ianya akan tercapai. sebab perasaan tu aku pernah lalui di waktu aku sekolah rendah. arwah ayah yang mendidik kami begitu. perasaan tu hanya orang yang pernah lalui akan tahu betapa seronoknya... tak percaya, cuba lah!!. tak rugi pun. pahala lagi dapat berganda-ganda.

bagi kaum suami pulak, kalau rasa diri kekurangan ilmu, nak imamkan solat pun tak pandai, baca al-quran tak lancar, tajwid lintang pukang, tolong lah pergi belajar!!. jgn malu tak bertempat. sebab yang paling ditakuti, anak2 kita bakal mewarisi kejahilan kita. terutama anak lelaki sebab mereka menjadikan bapa tu sebagai ikutan atau contoh teladan. jadi, tolonglah perbaiki. kalau yang tak pernah solat jemaah sesama, suami tolong lengkapkan diri. belajar macam mana nak jadi imam, hafal semua wirid dan doa, belajar kendalikan majlis tahlil supaya kalau ke kubur kalau takde org lain, hanya kita sorang je lelaki time tu, takkan nak suruh isteri pulak kendalikan? fikir-fikirkan lah... sampai bila nak hidup dalam kejahilan. takkan nak mewarisi kejahilan akibat kegagalan bapa kita dulu. kena perbaiki supaya generasi kita akan jadi lebih baik dari yang sebelumnya.

aku rasa kebanyakan isteri impiannya begitu. cuma sayang, tak ramai suami yang ambik berat, malah ramai yang memandang perkara ini sebagai tidak penting. kalau niat kita sebelum kahwin dulu nak solat jemaah sesama selepas kahwin, berjanji untuk belajar agama supaya hidup lebih baik, tetapi bila dah kahwin sepatutnya suami patut teruskan niatnya tu... kenapa nak dilupakan?? hidup di dunia ni tak lama. jangan sampai esok bila kita dah tak ada, anak2 baca al-quran pun tidak untuk hadiahkan pada kita. kalau anak2 tak tolong, sape lagi yg kita harapkan untuk tolong kita? tak takut ke wahai suami?? takut besok anak2 hadiahkan dengan melalak atas pentas, menyanyi...na'uzubilah!!

kalau suami tu xde rupa, harta masih lagi boleh isteri terima. tapi kalau jahil ilmu agama, nak didik anak isteri pun tak pandai, apa lagi yang tinggal pada suami untuk dihormati selayaknya sebagai suami dan bapa? harta xde, rupa xde, jahil agama... jadi?? fikir2 kan lah wahai insan yang bergelar suami.. sampai bila nak hidup dalam kejahilan?? tak takut ke di akhirat di soal oleh Allah Ta'ala. 

Lagi, jgn nak pertikaikan isteri tak jalankan tangunggjawab sebagai isteri dengan sempurna kalau suami sendiri pun xupaya nak jalankan t/jwb dgn sempurna. suami nak rumah kemas, cantik, masak sedap2... kalau isteri tak buat dengan baik, tarik muka 14 kat isteri. tapi suami tu pulak macam mana? duit perbelanjaan isteri tolong 50-50, ilmu agama tak mampu nak beri, habis apa yg suami tadi ada? ambik lah perkara ni secara serius. jgn sambil lewa saja.... 

panjang n3 aku ni... dah lama niat nak tulis, cuma xberkesempatan.... layan gambar ni ye...

Kek birthday pemberian hb... thanks abang..

Potong kek dengan hero aku

Hb ada surprise....luv u abang!!

2 orang hero. Ayah & Along: moga jadi suami & anak yang soleh..

Ada budak rasmi makan kek atas kerusi baru...

Thursday, December 16, 2010

kerja aku...berangan lagi

Mesti korang fedup baca tajuk n3 aku kali ni. apa taknya, asik berangan memanjang. ekceli aku baru je balik dr rawang. masukkan duit dlm ASB. tp sayang bukan duit aku weiii...duit makmal sekolah. terpaksa sebab kalau dok dlm akaun aku, sure habis ku kerjakan. so, terpaksa la tumpangkan dalam akaun ASB aku. ye la, nama pun ASB, bila nak keluarkan duit terpaksa guna buku, kena beratur kat bank or post office. tak boleh nak cucuk2. selamat la sket kan. aku paling tak suka simpan or pegang duit yg bukan hak aku. takut woooo... bila jadi cikgu ni, aku sampai naik pening sebab banyak sgt pegang duit. macam2 duit, yuran tu, yuran ni, duit makmal, duit fotostat...bla...bla... 

sebenarnya, aku g rawang tu nak cari kad anniversary utk en. hb aku. hari sabtu ni is our anniversary yg ke-6. tp, kat pustaka rawang tu xde la plak. sudahnya aku merempit la g bukit sentosa. pun xde gak. sudahnya aku masuk premis LENO, daftar jadi ahli. hehehe...tak tau pe pasal. suka sungguh bazir duit. macam la duit aku berkepuk2 tak habis makan. dah daftar tu rasa cam nyesal la plak. tp, nak buek camno kan... akhirnya, aku balik sehelai sepinggang tanpa sekeping kad pun. cuma yg ada katalog leno je. hehehe... sungguh la aku ni ngarut kan... 

tak salah aku berangan kan? ye la, percuma je. bukan kena byr pun. habis2 sgt senyum atau sengih sorang. pedulik hapa aku. keh...keh..keh... seronok wooo berangan. cuba korang buat tengok, mesti nyesal sbb tak buat dr awal. korang mesti tertanya2, apa yg aku angankan? firsttttt skali, of course to travel kat mana2 negara yg dah lama aku ngidam nak pegi. pastu, aku berangan aku buat bisnes, xmo dah makan gaji. so, aku leh travel ikut suka pala otak aku bila2 masa yg aku nak. baru ada kelessss kan?? bila berniaga plak, mesti duit masyukkk beb. sapa xnak duit khennn?? aku blh travel merata2 dunia sebab aku dah ada duit berkepuk2 tak habis makan...hahaha

sekian n3 aku utk kali ini. kita bertemu di lain siaran. dah t/hari aku nak masak nasik. kang ptg rn hb balik, harus dia bebel pjg sbb bini dia malas. asik ngadap tenet jek...

Friday, November 12, 2010

Dah dkt 3 bln, blog aku tak berupdate. bnyk cerita sebenarnya..hehehe...tp aku je yg malas nak menaip. xde mood la. malas sungguh... aku seronok dok berangan je sekarang ni. aku berangan nak g travel oberc lagi...hohoho...keje biasa, ngabihkan duit. cam la aku ni bnyk sgt duit...hiksss... lantak la korang nak kata apa pun. keinginan terbesar aku nak g new zealand. aku dengar2 pak tony nak buat direct flight AA ke christchurch tahun depan. huuuu...

bestnya. kalau aku bnyk duit time tu, sanggup aku beli tiket tu once dia launch. tp, masalah jugak sebab aku ni cikgu. susah sesangat nak g bercuti dengan kos yg rendah. ye la, nak pegi bercuti pun kena tengok time. aku rasa, kalau aku ni bukan cikgu, mesti bnyk negara dah aku jejak. ye la, asal ada tix murah AA, terus boleh ngap. ni bila jumpa tix murah, selalunya bkn time cuti sekolah. sudahnya, telan air liur je la. gatal tangan nak beli, tp akal kata tak boleh sebab impossible aku boleh pegi pun kalau bukan cuti sekolah. even cuti sekolah pun ada urusan, terpaksa ngadap si gemuk tu dulu. buatnya beli tix, si gemuk tu kata u tak boleh pegi. kita ada kelas tambahan... dah burn tix tu... ringkasnya aku blh kata, kalau korang suka travel, jgn jd cikgu!!!

terus terang cakap, cukup syarat je, aku akan keluar dari bidang nih. tak boleh la aku keje camni. aku perlukan cuti yg lbh flexible. aku suka travel, jln2 tgk tempat orang. tp, kalau dah cuti tak boleh nak atur, susah jadinya. kalau aku keje ofis, aku blh apply cuti bila perlu. bila aku book tiket murah, aku boleh mintak cuti kat bos utk travel. hati pun tak risau. kebarangkalian tix tu burn rendah. bukan aku xbersyukur dgn keje aku. aku blh adapt jd cikgu ni. cuma itu lah masalah terbesar sbb cuti kita dah diatur. yg tu aku tak suka. menyusahkan!! even kalau anak aku demam, aku dah runsing sbb xblh nak cuti lama2.

esok aku ada hi-tea kat legend. malas sebenarnya nak pegi. tp bila memikirkan duit dah dibayar, pegi jugak la. dah la ada 2 ekor mak banang kat situ, wat spoilt mood je tgk muka hodoh diorang. fokus aku, nak g melantak. jd jgn tgk muka 2 ekor tu...sakit jiwa je!!!

Tuesday, August 31, 2010

ASB loan

Korang ada wat simpanan ASB tak? aku tadi ke RHB Bank utk settlekan 1 urusan. so, alang2 dah pegi, jumpa dgn peg. kat situ, then terus tanya pasal ASB loan. penting utk org yg xde disiplin cam aku untuk menyimpan duit utk masa depan. tp, kalau korang mmg spesis duit bnyk, disiplin pun tinggi, xyah pun xpe nak wat loan. terus je masuk duit dlm ASB. nanti setiap tahun dapat dividen.

Berbalik pada RHB tadi, aku tertarik dgn pakej diorang. Sesuai untuk org yg bajet ciput cam aku.. hahaha... apa yg diorang tawarkan ialah bayaran balik untuk 3 tahun pertama rendah saja. Tapi, dividen yg akan kita dapat setiap tahun mengikut jumlah yang kita pinjam. 

Contoh, katakan korang wat pinjaman ASB sebanyak RM50k. korang plan nak byr balik dalam tempoh 15 tahun. sape ada bajet lebih, elok pendekkan lagi tempoh. lebih menguntungkan... ok, untuk 3 tahun pertama, korang cuma kena bayar installment bulanan sebanyak RM226 sahaja. tapi, dividen korang dapat untuk tempoh setahun lebih kurang RM3500. sape nak bagi kan?? Dividen ni jangan la korang belanjakan, sebaliknya gunakan dividen tu untuk bayar balik installment bulanan korang bagi tahun2 kedua dan seterusnya.

Ringkasannya begini:
                                                         Installment bulanan (RM)
Tahun pertama                                  226/mth
Tahun kedua  & ke-3                       0 (guna dividen thn pertama & ke-2 untuk bayar)
                                                        Baki dividen tahun pertama dan ke-2:
                                                        RM3500 - (226 x 12)  = RM778 
                                                        RM778 x 2 = RM1556 (boleh saving @ byr installment thn berikutnya)
Tahun ke-4 hingga tahun ke-15         471/mth  - (3500/12) ~ RM180/mth  (guna dividen tahun ke-3)

Pengiraan ni tak termasuk insurans. Kalau termasuk insurans, mungkin korang kena byr lebih kurang RM200 je sebln. Selepas 15 tahun, korang akan dapat saving sebanyak RM50k dengan hanya byr bulanan RM180.00 @ RM200 shj. Tak membebankan langsung... w/pun 50k tu kecik jer jumlahnya, sekurang2nya ada saving drpd langsung xde kan...  then, dividen plak setiap thn akan dapat... Jadi, tepuk dada, tanya selera. 

Setakat ni cuma RHB je yg tawarkan pelan ni. bank lain rasanya belum buat lagi. Kalau guna kaedah biasa, tahun pertama tu mmg sengsara la sbb korang kena byr bnyk sejak tahun pertama lagi. Jadinya, kalau income mmg ciput, seksa gak la nak hbskan sethn tu... Tp, bila masuk thn ke-2 mmg dah lega... terpulang pada korang untuk buat keputusan...                              

Sunday, August 29, 2010

Masalah kewangan?

2 minggu je lagi seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri. So, as a parents of course masing2 sibuk membuat persiapan. Bagi pekerja gomen cam haku, bnyk gak la duit yg kuar, sedangkan tahun ni bonus pun tarak. haprak tul si bijan. sejak dia jd PM, duit xde memanjang. Agaknya boros sgt bg kat ayam katik tu belanja, sampai habis duit negara. Terus terang, aku memang sesak nafas bila time nak raya. Tahun lepas pun sama...

Walau macam mana pun, aku masih boleh idup dgn duit yg seciput tu. hehehe...korek sana sini, rolling sana sini, Alhamdulillah.. cukup walau tak mewah. Caranya?? di pihak aku, aku memang tak penah pikir sbb hb jer tukang pikir camna nak rolling... kalau pasal bab2 merancang kewangan, aku serah kat hb 100% sebab dia memang penasihat bertauliah aku. aku lak jenis kurang disiplin. manjang jer terbabas bila berbelanja. huuuu... biasa la tu kan. dah nama pun pompuan...

Jadi, ruang dan kesempatan di bulan baik ni aku nak gunakan sepenuhnya. For those yang ada masalah kewangan, boleh la dptkan khidmat nasihat secara percuma tauuu... takde charge apa2 pun. saja hb cakap nak tolong sbb selama ni pun mmg dia jd consultant tak berbayar kpd kawan2 dia yg kerap meminta nasihat utk atasi masalah kewangan. tp tu la, setakat yang termampu je la. kalau tak mampu nak tolong tu, mintak maaf  ye... 


jangan segan2 yek nak minta khidmat nasihat... bagi la aku n hb peluang untuk tambah pahala... hehehe... jgn risau, mmg xde charge apa2 pun.. FOC je. kalau rasa masalah kewangan tu tak pandai di atur, kena bg details skit la kat aku. tu pun, kalau korang percaya... aku tak paksa, ok. 

Ok lah, sekian je untuk n3 kali ni. jumpa lagi di lain siaran!!

Saturday, August 28, 2010

Pesta flora Putrajaya 2010 - pic shj

tak sangka kan, hari ni dah masuk hari ke-18 kita puasa. sekejap je masa berlalu. minggu depan, minggu terakhir persekolahan.. pastu aku cuti 2 minggu... hip..hip..horray!!! seronok wei.. cuti, balik kg. dah lama xbalik kg. rindu nyer kat kg aku. 

weken depan, mak aku nak buat kenduri bukak puasa untuk arwah ayah. aku xblk laaa...huhuhu...teringin sgt nak blk.tp, bila memikirkan raya nanti nak balik pulak, so, xjadi aku balik. ye la, kos nak balik kedah bukannya sikit. kos atas jln utk pegi balik jer dah beratus habis. minyak, tol...semua kuar laju cam air. apa nak buat kan, rezeki aku kat selangor ni. terpaksa aiii.....

minggu depan, aku cuma akan menghitung hari je..hehehe...tak sabar nak cuti sekolah. mls nak tengok muka pompuan2 yg aku tak suka tengok. menyammmmpah occay!!! bila cuti, aku tak yah g school. bahagia jiwa dan raga.. hak...hak..hak..

sebenarnya aku ada bnyk keje nak kena settle this weken. kertas peksa budak sume blm bertanda lagi. laporan aktiviti sekolah pun bnyk yg tak settle..malasnya aku nak siapkan report. sbb info tak xcukup, tu yg wat aku jd malas. nak kena kejar org tu, org ni utk dptkan bahan. semua guna tenaga 4 kerat aku ni haaa... kalau nak jimat tenaga, kena kuar duit plak. ye la, tepon sana sini. bila dtg bill, sendiri byr.. huh..3-4 bln ni, bill tepon aku mesti RM60 ke ats. bkn guna utk lain pun, semua utk sekolah. bkn leh claim. hmmmm...

n3 ni jugak, aku nak letak pics waktu g pesta flora kat putrajaya hari tu... malas nak resize gambar, tu yg dh berzaman baru nak letak...hehehehe...