Wednesday, December 16, 2009

telatah Baihaqi

hari ni aku xde idea nak merapu apa. juz nak letak gambar yg aku snap semalam, suka2... macam xde kejer kan?
member dok tepuk2 doraemon kononnya nak suh doraemon tido sambil dok sebut "lailahaillallah"..hehe..sweet

PROSES MEMAKAIKAN PAMPERS KAT DORAEMON
ahaha..lawak siot but then cumilll sangat... ;)
yang kelakar lagi, siap cakap dengan doraemon suh pakai pampers. then pujuk, ambik helicopter dia kasi kat doraemon. bila dah doraemon tu xleh nak pegang heli, dia cakap, "tak nak sudah...simpan tau!!... nanti pakai pampers tau!" ahahaha....... scene yg cuma sekejap, tapi aku terhiburr... ramah hero aku sorang ni.

kat bawah ni plak gambar lain yg aku snap...

view dari tepi rumah aku. rumah aku end lot. so, view leh tahan

basikal Baihaqi...tercatok kat depan rumah

kat dalam FRIM, g jemput hb, hujan renyai2 waktu ni


dalam kete on the way ke FRIM, dah la hujan, jem lak tu. sabo jer la

Saturday, December 12, 2009

jenuh dah cuba

sebenarnya aku nak tukar background n layout blog aku nih. tapi, xbleh la. pesal ntah.. dah banyak kali try pun. huhuhu....aku jeles tengok blog org lain lawa, jadi aku pun ambik la kesempatan cuti sekolah ni utk update blog aku. tapi, jenuh dah aku try, but still 'ketegaq' gak. geram aku. macam mana nak wat ni? bhgian atas tu xmo hilang bg dia. masih yg lama....

17/12/09- alhamdulillah syukurrr.... akhirnya aku berjaya. wellawei...korang tengok blog aku nih. dah lawa kan?

Friday, December 11, 2009

minggu ni baru aku rasa relaks skit sebab tak perlu g sekolah. baru merasa sebenar2 cuti. hari isnin jer g sekolah. selain wat keje rumah, keje lain aku ialah surf tenet. jadi cam gian plak. kalau sehari tak ngadap tenet memang tak sah. dalam dok ngadap2 tu, ntah macam mana leh timbul idea nak g melancong obersea. terpengaruh sebenarnya baca pengalaman orang lain. best la plak walau terpaksa melabur duit skit. memula plan nak g oz. tapi, bila check currency derang, mak aiii punya la tinggi. AUD1~RM3.13 camtu. adeh... last year baru 2 lebih. tahun ni agaknya MYR jatuh teruk kot. tu pasal jadik camni. last2, bincang dgn hb, dia suggest gi HK dulu la. tunggu currency oz ok dulu baru g sana. bkn apa, rugi banyak tu...

then, keje aku pastu ialah kuar masuk air asia nyer website la. cari tiket murah ke HK. maklum la, aku kan budget traveller. tak kisah la naik AA pun. bkn lama sangat. 4 jam jer dah sampai HK dari LCCT. tup..tup.. 8 dec. hari tu, aku tengok tiket KL-Macau-KL. murah beb. pegi balik tiket saja RM108/person. pegi RM54, balik RM54. pe lagi terus aku ngap jer la. total aku kena bayar RM914 (all in-tax, meal, luggage, shuttle bas pergi n balik KL Central-LCCT, insurans, seat, pek keselesaan, convinience fee) utk 3 orang return. Macau tak jauh dari HK. naik boat lebih kurang 1 jam dah sampai. boat dia lak 30 minit sekali. tambang lebih kurang RM77/person untuk 1 way.

flight aku bulan jun 2010. lambat lagi sehhh.. pegi 11/06/2010 ~ 18/06/2010. jadi aku budget sumer kos RM6k jer termasuk shopping. hehehe...dah nama pon pompuan kan, mana leh lari dari terapi nih. lagi plak, kat sana derang cakap brg2 murah banyak dari sini. aku plan nak g Shenzen 1 nite. kat sana pun syurga sopping gak. hiksss... abes la duit haku camnih. oleh itu, from today aku memang kena jimat belanja kat sini. simpan duit utk g macau-HK-Shenzen. moga2 Allah izinkan dan permudahkan segala urusan seperti yang dirancang. Aminnnnn......

ni gambar baihaqi tengah chewiiii melayan ben10. sampai tak mo makan nasik... pe la..hehehe...beli tiruan punya jer. beli yg mahal pun xguna, nanti sekali dia lambung menatang tu, nangis bapaknyerrr... ehehe...

Thursday, December 3, 2009

2 minggu berkursus

Ni sebenarnya entry lama, sblm raya haji lagi. baru nak post. korang layan jer la ekkk....

Aku baru jer balik dari kursus EDICT fasa 1 dan 2 kat PD. Memang best la kursus tu. Memang rasa stress aku kat sekolah sume leh ilang. Cam magik gitu. Hehehe….w/pun aku rindu giler kat baihaqi, aku heppi. Blajar time siang jer, mlm aktiviti kumpulan. Kalau habis awal, rehat awal la. Xde rasa pressure sangat. Dengan urusetia yg bagus cam pn. Zuraida, she is the best. Hiksss… puan zuraida, kalau terbaca ni, pujian saya memang tersangat ikhlas. Bkn nak bodek ke ek. Sebab dia layan semua peserta cam anak2. walhal, majoriti kat situ sume dah mak n bapak budak. Alamak, rasa cam dimanja gitewww… 1st time aku jumpa urusetia yg begitu caring cam dia.

Hari sabtu, pas habis kursus, hb dtg ambik kat PD. Kitorang stay 1 malam jer nak bawak baihaqi mandi n jalan2. Bukan ada apa sangat pun kat sana. Tp dah alang2 aku kat situ, so aku n hb pun decided nak bawak baihaqi g sana. Nak plan g mkn angin kat pantai timur pun tak sesuai. Dah hujan manjang, banjir lagik… cemana nak g pantai timur.

Sebelum aku g kursus fasa 2 hari tu, aku g sekolah seminggu. Macam2 hal jadik kat aku. Aku malas nak tulis n nak kenang kisah tu. Menyedihkan dan menyakitkan hati aku. Stress, malu, takut, marah, sedih…. Aku tak tau macam mana nak citer. Jadinya, bila aku dapat keluar minggu berikutnya ke PD, aku heppi sesangat. Lupa skit aku pada kisah yang berlaku. Thanks to kursus EDICT.

pegi fun fair kat PD. nak heppi kan si kecik. mana ada tempat menarik kat sana...

dalam keter, on the way balik KL. hensem tak ai??

Waktu aku menaip entry ni, aku tengah tunggu bebudak spm ambik exam ict. Derang mula pkl 2.00-4.30 ptg. Ada 15 orang sumernya. Gud luck students. Aku doakan yg terbaik untuk kalian. Harap2 tahun depan, aku n cikgu shah akan dapat good news. 100% lulus. Kalau lagi hebat, 100% A…. waaaa…. Bestnya!!! Huhuhu…adakah impian aku akan jadi kenyataan. Biar mangkuk2 yang menganaktirikan subjek ni ternganga dan akan mula reti nak say TQ pada kami guru ICT. Depa tu memang dengki tahap gaban kat subjek nih. Tak tau pesal. Meroyan kot. Tu pasal bila pompuan ni jadi pemimpin, wat decision bukan ikut akal tapi emosi. Tak pe, esok2 korang jawab dgn Tuhan yek. Kubur masing2 kan…..Huk…laser uuuuu…

Cuti sekolah ni aku lum ada plan nak ke mana2. raya pun kat KL jer coz my MIL nak dtg. Then, dgn musim hujan n banjir camni, tak sesuai tul rasa nak g bercuti. Sebenarnya, aku nih kepingin banget nak g cuti ke obersea (apa motip tetiba jer aku speaking indon nih :-p). Bajet mmg dah ade. Kalo setakat nak p ostolia ke, switzerland ke, lepas le. Cumanya, bila pikir 50, 60 kali, sayang plak rasa nak spend duit bebanyak kat situ. Tangguh lagik…. Mana la tau, tahun depan nak tambah umat ker, nak guna banyak duit. Mana nak korek plak duit nanti….

aku plak bukan sentiasa bernasib baik dapat cuti pada setiap hujung tahun. Nasib tak baik kena jaga exam SPM. Upah udah la ciput, cuti plak mmg habis terus. Adoyaiiii…. Bagi aku, xdpt duit tu pun xpe. Aku nak cuti…nak cutiii… sebab anak aku masih kecik lagi. Jadi, cuti sangat bermakna wat aku sebab tak perlu hantar baihaqi ke nursery. Leh la dia main2 n rehat kat rumah. That’s what I want….huhuhu…. sian le kat anak. Dah la time sekolah kena dok dgn orang, cuti2 pun kena gak dok dgn orang. Sedih..sedih..

Wallaaa…. Kali ni entry aku panjang berjela. Hambik korang. Buntang bijik mata nak ngabihkan. Jangan salah kan daku yek. Sape suruh korang baca. Hahaha….

Sunday, November 29, 2009

Salam Aidiladha

Untuk semua umat Islam all around the world, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. When we're talking about qurban, everybody will remember kisah Nabi Ibrahim a.s. n his beloved son, Nabi Ismail a.s. Semua tahu kisah mereka, tapi berapa ramai yang sanggup ikut jejak mereka. soalanni aku tujukan for myself as well. aku bukan semulia itu. hati pun banyak lagi yang nak kena polish. banyak karat dan tompok hitam. bila la hati ni nak jadi bersih, putih mulus macam sesetengah orang.

sekarang cuti sekolah dah bermula. since last week lagi. but then, i still got to go to school until next week because there are a lot of work to be settled. quite frustrated. but no choice. dah la school holidays is just a short period...huh...i hate this!!! ( look at this, i also cannot sacrifice my time). hiksss... i like holidays, the main reason is i dun have to send my dearest son to the nursery. poor him. he should be with me at home. i can spend my time with him oso. huhuhu....so sad!!! :-((

yesterday n today, aku berjalan sakan. went out from morning n came back only at nite. too much huh?? yeah...i like jalan2. dunno why.. but i feel like it'll make me calm, comfortable n relax. before i get married, i dun like to go out. after spm, during that period i can stay at home for 3 months. the only place that i visited were my grandparents house. now, its totally diff. what happened ha??

my hb keep complaining bout our travelling expenses, it's increasing!! but guys, u already know me. i dun care!! even though i didn't buy expensive things, it's also just enough for me to have a window shopping session. sabor je la hb aku... dah jodoh, wat to do...

hari ni aku meroyan jer. english n grammer pun tunggang terbalik. kalau korang tak paham, buat2 la paham ek... adiosss...

Monday, November 2, 2009

Port Dickson

sekarang ni aku kat glory beach resort, PD. aku pinjam berukband roomate tuk update blog ni. kursus 7 hari 6 malam... long time wooo... hari ahad, pkl 12 t/hari aku n kak kam bertolak ke pd. sempat gak aku nangis, mengenangkan anak yang akan kena tinggal seminggu. sedih tuuu.... bukan sekejap. jadi, nak ubat rindu aku kat baihaqi, memalam aku call hb n cakap dengan baihaqi through phone. walau lain aku tanya, lain dia jwb, cukup buat jiwa aku tenteram bila dengar suara dia panggil mama..mama..mama... sedey... dan aku gak harap usaha aku n hb untuk pisahkan dia dari puting busuk dia akan berhasil... i guess it works well. tadi aku call hb, n he mentioned kat nursery pun diorang tak bagi puting tu kat dia sebelum tido. cuma, dia masih termenung gak la cari puting. i know, anak mama memang strong n clever boy... memang baihaqi is the most wonderful gift that i ever had in my whole life. my boy, mama luv u sooooo much...muahhh...muahhh.....

menu kat hotel yg aku stay ni memang out la. bagi aku xde choice, tak sedap n yg sewaktu dengannya. bekfes pagi tadi pun cuma ada roti, koewtiaw goreng yg tak masin langsung (lupa letak garam kot), nasi impit n kuah kacang. that's it. bagi aku, memang citarasa pemilik dia super hampeh. bayangkan aku kena stay sini for another 5 days...huhuhu...terseksa perut aku.... part bilik pula, agak comfortable. it's juz that lantai bilik nampak macam tak penah di mop. pastu, iron board is not available. sudahnya, bila aku nak iron baju terpaksa guna selimut hotel as alas. errmmmm.... sepatutnya hotel owner ni kena alert skit menda camni. they should improve every aspects...

hari ni, course berjalan lancar. rasa tak stress pun, juz enjoy the couse. cuma... tu la, rindukan anak jer... lain2 ok. kalau kursus ni dibuat dekat dengan rumah, kan bagusss.. leh aku berulang alik jer. huhuhu...

ok lah, nak tido dulu. jumpa lagi nanti ek...adiossss...

Thursday, October 29, 2009

Ahad ni akan bertolak ke Port Dickson. ada kursus selama seminggu. sampai hari sabtu t/hari baru bertolak balik. then, selang seminggu lagi sekali kena pegi, kat PD juga. cuma hotel yang berbeza. memang aku suka gak kuar2 camni sebab boleh kenal ramai orang dan bertukar2 bahan dengan guru2 yang sama bidang dengan aku. tapi, part yang tak bestnya ialah aku kena tinggal anak aku lama. aku rasa cam tak sanggup. lamaaaaanyaaaaaa...... 7 hari 6 malam..huhuhu..mampu ker aku bertahan. aku tak penah berpisah lama2 dengan baihaqi. paling lama pun 4 hari 3 malam. susah hati aku nih... sedey..sedey....uwaaaaaa....

entry kali ni, aku cuma nak upload pic raya hari tu n gambar2 lain... just enjoy ok..

Photobucket

Photobucket
kak cik, aku, cik ah

Photobucket

Photobucket
pengantin baru....

posing maut baihaqi n doraemon...aku suka ngat... cumil tawww..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket