Sunday, March 6, 2011

Jalan-jalan hujung minggu

Hari ni pepagi dah kuar. bawa along g jalan2  di taman dekat waterfront parkcity. taman ni nampak cam baru lagi. pokok pun kecik2...jadinya, cepat panas... nasib baik waktu kami sampai tu, ada tempat yg sesuai dan redup untuk tengok ikan. kami bawa makanan ikan.. along memang excited lah tengok ikan banyak asik nyambar makanan. pengunjung lain aku tengok bawa roti... walau ada signboard kata jgn bagi ikan makan, tapi kami tetap jugak nak bagi makan...ehehehe..... degil... 

















kawasan ni aku leh katakan majoriti penduduk dia cam orang kaya-kaya gitu. sebab apa yang aku nampak, kedai2 sume nya branded, lagi pulak nampak satu bangsa je kat taman tu. majoriti bawa family main dan riadah kat situ. ada gak yang bawa basikal, joging, bawa anjing diorang jenjalan... tenang jugak taman ni.. bersih..ada tasik yang menenangkan. rasa cam jauh dari kota.. chewahh...  cuma panas je lahh...

lagi satu, aku sebenarnya ter'booking' tiket nak g bandung october nanti... uwaaaa... habih duit aku camni. ni sume salah air asia, buat aku tergoda tengok tiket murah. pegi balik kl-bandung rm50/person. tiket saje. blm masuk tax, luggage etc... nasihat aku, lain kali sape yg nak book tiket murah, make sure payment guna cimbclicks or maybank2u. cam haku xalert, rugi rm48. kalau tak, total tiket aku baru RM249 instead of RM297, gara2 convinience fee sbb bayar guna credit card. charge RM16/person return. mahal khennn?? hidden cost ya pak tony...

Thursday, February 10, 2011

Birthday Baihaqi 4yrs

N3 ni dah lama simpan dalam draft. tak published je. malas sebenarnya nak bukak blogspot nih nak update. hehehe... camni la aku. azam tinggal azam la. kengkonon tahun ni lbh rajin update blog berbanding thn lepas... ngeeeee...

ok, back to our story. 2 minggu lepas, aku wat small party untuk my dearest son sempena birthday dia yg ke  -4. sekejap je masa berjalan... tup..tup  dah 4 tahun anak aku. dah pegi tadika pun. plan asal nak sambut kat taman di putrajaya. ala-ala picnic gittew... malangnya kami juz picnic dlm rumah mak njang baihaqi je sbb hujan tak berterusan dari pagi sampai la ke malam. frust aku!! huhuhu... aku dok berangan wat birthday party kat garden, ada rumput hijau, matahari yang terang, boleh snap bnyk gambar2 menarik.... Kuasa Tuhan mengatasi segalanya. kita hanya mampu merancang. yang attend ni ialah pak long n mak long  baihaqi sekeluarga, mak tok dan paksu, mak njang selaku tuan rumah. menu boleh tahan banyak gak: nasi ayam, bihun goreng, sandwich, sosej goreng, cookies, buah2an, kek birthday... meh kita layan gambar yek ;-p




Tengok la gelagat birthday boy ni...



wartawan fb...hehehe

3 sahabat karib merangkap sepupu

Masing-masing ceria

Tuan rumah merangkap wartawan fb jugak

kek yang tinggal sikit. nyummy!!! sedap wooo kek ni

cookies yg aku tempah. cantik kan? sedap plak tu

pak su tengah melantaks!!

peace!! pak su kat belakang tengah membuta. hahaha..aku ada snap gambar


Luar rumah yang basah dek hujan yg xnak berenti...



kelakar!! tp terhibur aku

Thursday, January 6, 2011

Hari pertama along di tadika

3 Januari 2011 - hari pertama along jejakkan kaki ke tadika kemas. ye la 28 januari ni, genap umur dia 4 tahun. excited sungguh budak ni nak pegi sekolah. jangan esok dah besar, liat pulak nak ke sekolah. so, lebih kurang 7.30 camtu dia n ayah ke tadika untuk pendaftaran. hehehe...kejutan budaya agaknya sebab 1st time kan... walau excited, tapi asyik ngekor ayah dia ke sana ke mari. sayangnya...aku tak dapat nak tengok sebab bekerja. hb xpe, boleh ambik cuti. aku susah sikit nak 'kawtim' dengan bos. sebenarnya aku teringin nak hantar along pegi tadika hari tu...huhuhu...berkorban again utk anak orang. moga2 Allah beri ganjaran untuk ku dan permudahkan urusan anakku..

ok, ni ada skit pics yg sempat la si ayah snap kat tadika tu. along pilih sendiri baju yang dia nak pakai pagi tu. baju belang2 merah putih. lepas ni kena pakai uniform plak...




nasib ada cousin dia 2 orang. kak long n fakhri. memang memudahkan kami
tq kak long.

muka orang excited



fakhri juga hari pertama ke tadika. 



kasut baru. kena pakai kasut sekolah. cewiii tak hengat..hikhik
lepas ni along kena g sekolah naik van dari nursery. mesti excited sebab naik ramai2 kan. tapi, syukur sangat ada 2 orang cousin dia. kalau tak jenuh la hari ke-2 tu sebab ramai budak yang menangis kena tinggal. 

harapan mama: moga along akan jadi anak yang baik, rajin, berbudi bahasa, bersopan santun dan berilmu agama yang tinggi. selamat bersekolah sayang. mama sayang along. muah..muah...

Friday, December 24, 2010

Heppi Birthday to me!!

 Semalam aku baru je celebrate birthday aku yg ke-29... kejap je masa berlalu. tup tap tup tap, tahun depan, aku akan masuk ke era 3 series. takutnyaaaa... ye la bila dah masuk ke zon ni, amal ibadat kena lebih digandakan. kalau boleh setiap maghrib solat jemaah dgn hb n anak... baca quran atau wat tadarus sesama lepas maghrib.hb bagi tazkirah untuk aku, anak dan diri dia sendiri.  agaknya dapat tercapai ke tak? ntah...tp aku sentiasa berdoa ianya akan tercapai. sebab perasaan tu aku pernah lalui di waktu aku sekolah rendah. arwah ayah yang mendidik kami begitu. perasaan tu hanya orang yang pernah lalui akan tahu betapa seronoknya... tak percaya, cuba lah!!. tak rugi pun. pahala lagi dapat berganda-ganda.

bagi kaum suami pulak, kalau rasa diri kekurangan ilmu, nak imamkan solat pun tak pandai, baca al-quran tak lancar, tajwid lintang pukang, tolong lah pergi belajar!!. jgn malu tak bertempat. sebab yang paling ditakuti, anak2 kita bakal mewarisi kejahilan kita. terutama anak lelaki sebab mereka menjadikan bapa tu sebagai ikutan atau contoh teladan. jadi, tolonglah perbaiki. kalau yang tak pernah solat jemaah sesama, suami tolong lengkapkan diri. belajar macam mana nak jadi imam, hafal semua wirid dan doa, belajar kendalikan majlis tahlil supaya kalau ke kubur kalau takde org lain, hanya kita sorang je lelaki time tu, takkan nak suruh isteri pulak kendalikan? fikir-fikirkan lah... sampai bila nak hidup dalam kejahilan. takkan nak mewarisi kejahilan akibat kegagalan bapa kita dulu. kena perbaiki supaya generasi kita akan jadi lebih baik dari yang sebelumnya.

aku rasa kebanyakan isteri impiannya begitu. cuma sayang, tak ramai suami yang ambik berat, malah ramai yang memandang perkara ini sebagai tidak penting. kalau niat kita sebelum kahwin dulu nak solat jemaah sesama selepas kahwin, berjanji untuk belajar agama supaya hidup lebih baik, tetapi bila dah kahwin sepatutnya suami patut teruskan niatnya tu... kenapa nak dilupakan?? hidup di dunia ni tak lama. jangan sampai esok bila kita dah tak ada, anak2 baca al-quran pun tidak untuk hadiahkan pada kita. kalau anak2 tak tolong, sape lagi yg kita harapkan untuk tolong kita? tak takut ke wahai suami?? takut besok anak2 hadiahkan dengan melalak atas pentas, menyanyi...na'uzubilah!!

kalau suami tu xde rupa, harta masih lagi boleh isteri terima. tapi kalau jahil ilmu agama, nak didik anak isteri pun tak pandai, apa lagi yang tinggal pada suami untuk dihormati selayaknya sebagai suami dan bapa? harta xde, rupa xde, jahil agama... jadi?? fikir2 kan lah wahai insan yang bergelar suami.. sampai bila nak hidup dalam kejahilan?? tak takut ke di akhirat di soal oleh Allah Ta'ala. 

Lagi, jgn nak pertikaikan isteri tak jalankan tangunggjawab sebagai isteri dengan sempurna kalau suami sendiri pun xupaya nak jalankan t/jwb dgn sempurna. suami nak rumah kemas, cantik, masak sedap2... kalau isteri tak buat dengan baik, tarik muka 14 kat isteri. tapi suami tu pulak macam mana? duit perbelanjaan isteri tolong 50-50, ilmu agama tak mampu nak beri, habis apa yg suami tadi ada? ambik lah perkara ni secara serius. jgn sambil lewa saja.... 

panjang n3 aku ni... dah lama niat nak tulis, cuma xberkesempatan.... layan gambar ni ye...

Kek birthday pemberian hb... thanks abang..

Potong kek dengan hero aku

Hb ada surprise....luv u abang!!

2 orang hero. Ayah & Along: moga jadi suami & anak yang soleh..

Ada budak rasmi makan kek atas kerusi baru...

Thursday, December 16, 2010

kerja aku...berangan lagi

Mesti korang fedup baca tajuk n3 aku kali ni. apa taknya, asik berangan memanjang. ekceli aku baru je balik dr rawang. masukkan duit dlm ASB. tp sayang bukan duit aku weiii...duit makmal sekolah. terpaksa sebab kalau dok dlm akaun aku, sure habis ku kerjakan. so, terpaksa la tumpangkan dalam akaun ASB aku. ye la, nama pun ASB, bila nak keluarkan duit terpaksa guna buku, kena beratur kat bank or post office. tak boleh nak cucuk2. selamat la sket kan. aku paling tak suka simpan or pegang duit yg bukan hak aku. takut woooo... bila jadi cikgu ni, aku sampai naik pening sebab banyak sgt pegang duit. macam2 duit, yuran tu, yuran ni, duit makmal, duit fotostat...bla...bla... 

sebenarnya, aku g rawang tu nak cari kad anniversary utk en. hb aku. hari sabtu ni is our anniversary yg ke-6. tp, kat pustaka rawang tu xde la plak. sudahnya aku merempit la g bukit sentosa. pun xde gak. sudahnya aku masuk premis LENO, daftar jadi ahli. hehehe...tak tau pe pasal. suka sungguh bazir duit. macam la duit aku berkepuk2 tak habis makan. dah daftar tu rasa cam nyesal la plak. tp, nak buek camno kan... akhirnya, aku balik sehelai sepinggang tanpa sekeping kad pun. cuma yg ada katalog leno je. hehehe... sungguh la aku ni ngarut kan... 

tak salah aku berangan kan? ye la, percuma je. bukan kena byr pun. habis2 sgt senyum atau sengih sorang. pedulik hapa aku. keh...keh..keh... seronok wooo berangan. cuba korang buat tengok, mesti nyesal sbb tak buat dr awal. korang mesti tertanya2, apa yg aku angankan? firsttttt skali, of course to travel kat mana2 negara yg dah lama aku ngidam nak pegi. pastu, aku berangan aku buat bisnes, xmo dah makan gaji. so, aku leh travel ikut suka pala otak aku bila2 masa yg aku nak. baru ada kelessss kan?? bila berniaga plak, mesti duit masyukkk beb. sapa xnak duit khennn?? aku blh travel merata2 dunia sebab aku dah ada duit berkepuk2 tak habis makan...hahaha

sekian n3 aku utk kali ini. kita bertemu di lain siaran. dah t/hari aku nak masak nasik. kang ptg rn hb balik, harus dia bebel pjg sbb bini dia malas. asik ngadap tenet jek...