Friday, July 16, 2010

Budget HK Macau 8D7N

As promised, aku letakkan budget kami sepanjang berada di sana. Semua budget ni utk bayaran wajib saja, tidak termasuk shopping. Bagi aku, shopping bukan priority kan, juz kalau ada duit xtra baru la nyopping. Kalau tak, cukup la kita beli sobenir yg murah n menarik sebagai kenangan. Jumlah ni untuk 2 org dewasa dan 1 kanak-kanak.


Item                         HKD
Hotel $4,176.60
Octopus card (bus, tram, mtr) $484.00
Taxi $220.00
Makan $583.20
Bayaran masuk (disneyland, ocean park, cable car)   $1,768.00
Return ferry $849.00
Return flight $1,600.00

TOTAL              $9,680.80

Untuk shopping kami peruntukkan lebih kurang HKD2000. Harap-harap yg ni boleh la tolong korang budget perbelanjaan nanti yek (^_^).

Tuesday, July 13, 2010

HK MFM - Last Day

Hari ni merupakan hari terakhir aku berada di Macau. Flight ke Malaysia jam 10.45 pagi. sedihnyaaa nak balik. entah bila agaknya dapat dtg lagi ke sini. Kami bangun seawal pukul 5.00 pagi untuk solat dan berkemas. Pukul 7 pagi kami dah check out. Hb panggilkan teksi untuk menghantar kami ke airport. Tambang cab MOP60. Anak aku xmandi wei. kami angkat dia letak dlm stroller tak jaga2 sampai la kat airport masih lagi lena. Letih sgt tu... Dari hotel nak ke airport lebih kurang 15 minit jer. 



 Airport Macau

tengok la anak aku masih tido...

Airport macau ni kecik jer. Even tandas pun kecik dan cuma ada 2 toilet saja. Kalau nak mandi pun xde tempat. So, anak aku memang ler tak mandi sampai Malaysia. Sian dia, mesti xselesa. Kedai2 sobenir pun tarak. untuk check in luggage kena beratur panjang, n sangat lambat. Then, kastam dia agak cerewat. Nak bawa susu anak naik flight pun xkasi. Kata mereka, cuma dibenarkan kalau anak tu umur 2 thn ke bawah. So, kami terpaksa buang semua air panas yang dibawa dalam termos. Diorang siap check badan kita lagi. Hihihi...cam penjenayah plak rasanya. Make sure korang ke toilet dulu sblm masuk boarding area sbb dalam tu xde toilet. Flight kami delay lebih kurang 45 minit. 

  landasan airport di tambak atas laut..


Kami bertolak pulang ke Malaysia lebih kurang jam 11.30 pagi dan sampai KLCC jam 3.15 petang. Perjlanan lebih kurang 3jam 45 minit.

bye..bye...HK Macau

Semoga lepas ni aku diberi peluang untuk ke HK lagi. Aku sangat bersyukur sebab sepanjang berada di sana cuaca sangat baik, xde typhoon bagai, hujan pun sikit sangat dan langsung tidak mengganggu perancangan kami. Alhamdulillah, kesihatan pun baik. Xde demam2 ke hapa... Memang aku sangat2 bersyukur kerana Allah mempermudahkan setiap urusan kami di sana.

Insya-Allah, next entry aku akan letak budget kami sewaktu di sana. Mungkin boleh jadi guide untuk korang ke sana nanti. 

Friday, July 9, 2010

HK MFM - Day 7

Pepagi aku kuar meronda TST sampai ke Harbour City. Tak puas hati sebab masih blm jumpa stroller. Besides, aku nak snap few pics gedung2 membeli belah. jln punya jln, aku sampai ke Harbour City. So, aku g Ocean Terminal n snap gambar kapal cruise. besar. then aku turun ke bawah jumpa bhgian brg2 baby dan kanak2. huhuhu...kat sini ler baru ada jual stroller. geram punya pasal aku beli gak stroller Esprit untuk anak aku. melayang HKD799.90 = RM341.07. mahal kan? stroller tu aku beli kat Toys'r us. Besar tempat tu. brg2 baby yg diorang jual semua kat butik2. huhuhu...bestnya kan org HK nih. shopping branded sokmo. tengok jer la gambar kat bawah ni...










aku bawak balik stroller tu ke hotel. then kami turun ke bawah utk check out  luggage tinggal kejap kat hotel sebab ingat nak shopping kat Jordan. waktu tu dah hampir pkl 12 t/hari pun. turun kat stesen mtr Jordan, gerai2 sume tak bukak lagi... uwaaaaa...frust haku... sudahnya aku cuma sempat sambar non-stick kuali untuk grill, jenama gourmet. Reger HKD135. then, kami balik hotel, ambik brg n panggil cab untuk ke ferry terminal. Tambang cab dari hotel HKD43. 

Kami beli tiket First Ferry ke Macau, total utk 3 orang HKD384. murah skit dari hari tu sebab bukan weken. Ferry selesa, luas... memang best. aku naik ferry pukul 2.00 ptg. Ombak kuat wooo...sape tak tahan, memang akan mabuk laut. Tapi aku n anak aku ok. alhamdulillah. Hb aku terlepas ferry pukul 2, so dia naik ferry pukul 2.30 ptg. huhuhu...sadis betul kena tinggal ferry pak cik tu.. 

Sampai di Macau, kami naik shuttle hotel ke Metropark hotel. Dah check-in, kami naik atas...humang aihhh.... besaqnya bilik kami. siap ada sofa bed, lcd tv 2 biji, ada ruang tamu, siap dengan iron n iron board lagik. aku n hb sampai siap g tanya kat kaunter lagik sebab takut depa salah bagi bilik. Tp, memang betul. Kami dapat family suite. Selesaaaa sangat. Rezeki kan... dah la rate murah jer. MOP471. sape sangka....






Malam kami g jenjalan area senado square. tp, bagi aku macau ni xbest sgt la. dah la rakyat dia xmesra alam. nak berkomunikasi pun susah. masing2 tak reti berbahasa inggeris. semangat nak menolong pun xde. hhhmmm...aku tak recommend sgt la. ye la, lain orang lain pendapat khennn...





 

aku frust sebab tak sempat g Venetian. sedih...sedih... untuk korang yg nak naik flight dari macau, korang boleh stay kat Golden Crown China Hotel tak silap aku. hotel tu betul2 depan airport macau. kalau aku tahu, aku dah book hotel tu. sempat nak g venetian sbb venetian dekat jer dgn airport. dah la flight kami keesokan harinya tu pagi. memang elok sgt kalau leh booking hotel nih. metropark hotel plak kat area macau peninsular. jauh skit ler dari airport.

Thursday, July 8, 2010

HK MFM - Day 6

Pagi2 lagi kami kuar ke avenue of star. saje nak snap gambar pepagi kat situ. cantik viewnya. i like... then kami naik mtr turun kat queensway plaza, ambik bus ke ocean park. sblm tu kami cari stroller  untuk B aihaqi kat situ, tp xde jual. pasaraya besar camtu xde jual stroller. even sblm tu dah jenuh kami tawaf tst, xde. yg ada brand yg RM1k ke atas. tak berbaloi langsung!! rupanya stroller cuma ada jual kar harbour city, area ocean terminal. padan la kami cari xde. even kat sogo kami pegi pun tak jual stroller!! so, korang kalau pegi sana better bawak stroller dari sini. kat sana stroller branded n mahal2. anak korang sure xlarat nak menapak nyer, walaupun dia dah 4 thn.

di TST, masjid kowloon di belakang aku tu


 avenue of star di waktu pagi

Tiket masuk kami dapat murah sbb ada org situ yg nak jual 1 tiket untuk dewasa n 1 lagi utk kanak2. tiket tu utk relatives diorang. tp, sbb sedara diorang tu tak jadi dtg, jadi dia jual murah lah. mula2 mmg tak percaya. tapi sebab diorang naik bas n pegi ke sana sama dgn kami, so occay. jimat dah belanja kat situ. hehehe...total semua utk tiket ke ocean park HKD550. 

sini best sebab tepi laut, dan kawasan berbukit. rides pun best-best . tp bagi aku, kalau yg bawa anak kecik, cam xberapa recommend sangat sebab nak menapak tu jauh, dan memanjat bukit. kecuali kalau ada stroller ok. tu pun jenuh gak nak angkut sbb bnyk tangga.  walaupun ada escalator yg disediakan, tp mmg penat giler. kami masuk pun dlm few hours jer sbb ride dia pun kena beratur panjang. lg pun anak aku mmg tak nak jln sendiri langsung. dah penat sangat agaknya. jenuh la kami gilir2 dokong dia. dah la jln menaik bukit...penat weiiii... 

so kami surrender. cukup lah dah tahu tempat tu macam mana. pokok pangkalnya mmg best. ada cable car, games air, roda besar cam kat mesia tu, etc... tp view dr atas confirm lawa sebab betul2 tepi laut atas bukit.... ralat gak aku.tapi xpe la. at least sampai gak kan...kat akuarium punya la ramai manusia. sampai nak ambik gmbr pun susah. bersesak sakan. gilo!! 

 

 roller coaster tepi laut...best!!


teringin aku nak naik ride kat belakang tu ...huhuhu...


  escalator tinggi n curam..


Balik dari ocean park, kami rehat kat hotel kejap. lepas solat maghrib, kitorang g lagi ke avenue of star nak tengok pertunjukan laser. then kami makan kat istanbul kebab. bagi aku, makanan kat sini lebih bagus compared to ziafat. kami order pizza, n kebab dgn nasi, minum teh ais 2 gelas, 1 botol air mineral. total HKD158. lepas makan, aku n baihaqi balik hotel. hb g jln2 ke jordan. shopping katanya.

waktu malam di avenue of star

Tuesday, July 6, 2010

HK MFM - Day 5

Hari ni memang kami letih giler. tak berdaya nak kuar awal g jenjln. sudahnya, dlm pkl 12 t/hari baru kuar dari hotel. destinasi seterusnya ialah Ngong Ping Cable Car. Kami ambit mtr dari stesen TST - stesen Lai King - stesen Tung Chung. Dari situ juz jln kaki ke stesen cable car. Beratur pun kejap saja. Kami ambik standar cabin Total utk 2A 1C = HKD268 = RM114.20. Perjlanan untuk sampai ke atas hampir setengah jam. panjang cable car tu 5.7km. pemandangan dari atas cable car memang superb!!! cantik banget. Nampak airport HK, nampak kapal terbang naik... dengan laut luasnya, bukitnya, bandarnya....memang rugi kalau tak datang sini. Sampai area yang atas skit, kabus tebal n angin pun kuat. Berdengung gak la bunyi angin...... kami turun kat stesen atas sekali, ronda2 ambik gambar. pastu terus beratur untuk naik cable car turun ke bawah. ok, tak yah citer pepanjang, kita layanz gambar...




kabus tebal...



 nampak HK airport?

 kapal terbang MAS berlepas....

Sampai bawah, kami jalan2 ke Citygate Factory outlet kat situ. betul2 sebelah cable car stesen tu. kalau korang pegi, mesti nampak. sginboard pun bersepah. Kami tengok2 brg2 branded kat situ. macam2 brand ada. tapi, oleh kerana kami bukanlah org branded, hehehe....so kami tak beli pun. lagi pun kami tak tahu reger brg2 tu kat sini. kalau beza setakat rm20-30 camtu, baik tak yah. buat berat beg nak kena usung.

selesai, kami balik hotel utk solat. lps maghrib kuar semula ke Mongkok utk shopping kononnya. Tp, anak aku buat perangai betul. Asyik nak berdokong jer. mana tahan wehhh.... bukannya ringan, dah berbelas kilo. sudahnya, kami sempat beli t-shirt, 6 helai=HKD100, key-chain 10 biji = HKD100, fridge magnet 10 biji= HKD100. lain2 tu tak larat nak beli sebab letih gila dokong anak aku...uwaaaaa....sedih...sedih.... dah la ramai org. dari hotel lagi, anak aku xnak dok bawah. kami plak masing2 pun letih...memang arrr tak tahan...

Monday, July 5, 2010

HK MFM - Day 4 (Part 3)

Tempat last yang kami masuk ialah Tomorrowland. Waktu masuk sini, kami masing2 dah lembik dah. kaki pun kejang semacam sebab berjalan dari pagi, non-stop. so, bila masuk sini mmg semangat nak beratur utk naik rides cam pudar gittewww.... so, kami juz posing2 ambik gmbr jer. nak naik keter pun punya la panjang beratur. huhuhu..... 


 




then, last sekali aku naik train utk pusing disneyland. tapi, separuh train nyer laluan dlm maintenance. jadi, xnmpk apa sgt la. nampak hutan  jer. aku naik train ni sorang jer. takde gambar. hb n anak aku pun dah letih sgt. turun dari train kat main entrance, kami juz ronda-ronda kat situ. snap pic suasana yg dah mula malam dgn lampu-lampu... cantik. kita layan gambar... bateri camera habis. xsempat nak snap gmbar fireworks... hbs firework, kami terus blk..











sampai hotel, solat...terus zzzzz...letih gilooo. kaki pun cam kejang dah.