Tuesday, May 27, 2008

Aduhai anak mama…..

Cerita ni aku tulis pada 24 Mei 2008. Tak sempat nak upload. Tulis kat pc jer. internet pun problem gak sejak 2 menjak ni.. tu yg lagi malas aku nak online.


Hari ni memang aku penat giler. Tak cukup tidor sebenarnya. Syafiq tido pukul 3.15 pagi. Mula2 dalam pukul 8.30 dia dah tido. Ingatkan berterusan sampai pagi la. Tup..tup..lebih kurang pukul 10 lebih camtu, dia nangis minta susu. So, aku bancuh dan bagi dia minum. Lepas minum, dia campak botol susu ke tepi, sambil tu mulut dia tersenyum2…entah apa si kecik ni dok pikir. Tiba2…jeng..jeng..jeng…dia bangun daaaaa…..apa lagi, jenuh aku dan mak aku dok melayan dia. Sampai pukul 3.15 baru nak tido. Bila aku tarik dan baringkan dia, menangis sakan..macam kena cubit..marah sebab dipaksa tidor…aku dan mak sepakat tutup semua lampu, gelap gelita. Cuma nampak cahaya samar2 jer…but u know what? Dia tak heran dan tak takut langsung….emmmm…aduhaiiiii anak mama..sabor je la…dia sibuk nak main dan nak berjalan…tak berenti2 nak jalan….kemaruk la tu…. Huaaaaaa…ngantuknya aku…dah la tu, bila dia tido ingatkan xkan jaga lagi minta susu. Nampaknya, dia tak lupa botol susunya. Berjaga dua kali juga nak susu. Huuuuu…..sabar..sabar…pengorbanan seorang ibu dan seorang nenek….mak aku tu dah la ada darah tinggi. Risau aku bp dia naik sebab xcukup tido.

Syafiq memang tak nyenyak tidornya. Tiap malam mesti dia akan terjaga 3-4 kali minta susu. Kalau lepas minum susu terus lena semula takpe gak, ni kadang2 nangis2 dulu. Puas aku pujuk, baru tidor balik. Purata 1 jam – 1 ½ jam sekali dia bangun. Ya Allah, sebelah siang kat kelas aku memang ngantuk giler. Tak boleh nak concentrate apa lecturer dok cakap. Sebab boleh dikatakan hampir setiap malam aku xcukup tidor. Macam mana nak rasa fresh siang hari… dugaan…but it’s ok. Cuma dugaan kecil dan ringan jer. Aku xkisah sangat. Jgn jadi cam kes seblm ni dah la. Xsanggup aku…

Lagi satu, mungkin dia ada masalah gatal2 kat badan. Tu yang mengganggu dia untuk tidor nyenyak cam baby lain. Macam2 dah kami sapu, ubat makan lagi, still gak masalah tu tak kurang. Berparut badan dia sana sini sebab menggaru. Kesian aku tengok, tapi tak tau macam mana nak tolong. Bila bawa g specialist, doc tu kata itu masalah biasa budak2. it will take quite a long time to recover. Tak boleh expect kita bagi ubat, dia terus lega… xpe akan ku usahakan cara lain pulak. Mungkin cara tradisional... Mana tau, dengan izin Yang Maha Kuasa boleh sembuh kan? Kan?

Tengahari tadi, aku, mak, syafiq, kakak, kak bushra dan 2 org anak dia g makan kenduri kat taman perumahan baru. Dekat jer dengan rumah aku. Kalau jalan kaki, dalam 10 minit dah sampai. Tp sebab cuaca panas terik, aku drive keter ke sana. Kenduri tu sempena penduduk taman tu naik rumah baru. Ramai tetamu yg diorang jemput. Mungkin nak kenal2 penduduk kat sini agaknya. Macam kenduri kawen. Siap pasang khemah…menu yg diorang masak ialah sayur keladi, kerabu mangga, ayam masak merah, gulai daging dan rebung, daging koreng kunyit dan air sirap ais…boleh tahan gak rasanya..yang paling best kerabu mangga la…nyum..nyum.. tak silap aku, 2 ekor lembu tumbang. Dasat gak…untungnya, hari ni kami makan free!! Hehehe….

Itu la yang manisnya bila tinggal kat kampong.. nilai kemasyarakatan dan semangat kejiranan memang sangat tinggi..jauh beza dengan bandar2 besar yang semua orang hanya pentingkan diri sendiri dan sibuk mencari rezeki… tak siapa yang kisah tentang hal kita… kita pun tak boleh ambik tau hal orang lain..kalau tak, nanti di cop suka jaga tepi kain orang… susah kan camtu… kalau ada hal kecemasan ke, tak tau nak minta tolong dengan sape. Ye la..dah jiran kiri kanan pun tak kenal. Sedara mara plak jauh…Macam mana tu ye?

No comments: