Friday, May 23, 2008

kisah weken...

weken baru ni, hb balik kg. emmm... bestnya ada hb kat sini. biasa klu dia balik, saya akan kosongkan jadual belajar saya. means that, no assignment and no discussion. dah jarang-jarang jumpa camni la kan... program masa weken pun full bila hb balik. lebih kurang pukul 4.30 pagi hari sabtu, hb sampai kat alor setar. aku pegi ambik hb kat stesen bas shahab perdana dengan adik. muahhhh...rindu kat hubby...

kat rumah aku waktu ni, ada ramai orang. tok dan tok wan pun ada. kak intan sekeluarga dari melaka pun dah on the way ke sini. lepas bekfes, dalam pukul 10 pagi, kak intan sekeluarga sampai. riuh rendah gak rumah. anak2 kak intan seramai 4 orang. sumer perempuan. diorang ni memang sukakan budak. apalagi...seronok la anak aku si syafiq tu...ramai dok melayan dia bermain...budak berempat tu asik dok kerumun dia...hehehe... aku plak dengan hb kuar kejap beli ikan untuk masak tenghari. so, menu kami semua tengahari tu ialah kangkung celur, sambal belacan dengan buah kuini, air asam, ayam masak merah, ikan termenung goreng dan kari telur (yang ni kak intan beli). sedapppp...makan ramai2.

anak2 kak intan dok melayan budak kecik ni

petang, aku n hb bawa tok wan g pasar malam kat jalan maarof, jitra. saja nak hilangkan boring tok wan. dia dah sibuk2 ajak hb hantar dia balik. biasa la, nama pun orang tua kan. tak betah agaknya tinggalkan rumah dia lama2. hb promise dia akan hantar tok wan esok pagi. malam, hb bawa aku n syafiq g jalan2 kat jitra. hb g klinik kejap, ambik ubat batuk n selsema. so, pagi2 esoknya tu, kami (aku, hb n syafiq) hantar tok wan balik ke tokai. nampak heppi jer dia bila sampai rumah sendiri...mak ndak dan pak ndak ada di rumah waktu kami sampai. mak ndak dah siap masak tenghari pun. jadi, kami makan tengah hari kat sana.


syafiq mak n bapa sedara dia, alia n najmi (anak mak ndak aku, merangkap sepupu aku). hehe..kecik2 dah ada anak sedara.

pukul 2.30 petang, kami bertolak ke tesco, mergong. tesco ni baru jer dibuka 15 mei lepas. saja nak tengok, barang apa yang murah. bila sampai, orang tak terlalu ramai. hari ahad kan, kedah merupakan hari bekerja. tu pasal tak berapa rami. tapi, parking boleh tahan gak, hampir penuh. lepas dah jumpa parking, kami masuk ke tesco. nmpak macam xde barang yang terlalu murah. harga biasa jer cam kat jitra juga... hb beli brg2 keperluan syafiq siap2. pampers, susu dan nestum. kami bertolak balik dalam pukul 5 ptg. waktu sampai rumah, kak intan dah tengah bersiap2 untuk balik. alahaiii...aku ingatkan dia nak stay kat rumah aku 1 malam lagi. sian plak kat diorang sebab kami xsempat pun nak layan sangat. kalau aku tau diorang stay 1 malam jer, aku n hb mesti akan postpone plan nak ke tesco hari ahad. kami boleh pegi hr isnin. isnin tu cuti wesak.


syafiq baihaqi kat tesco, kecoh...

hari isnin tu, kami habiskan masa bersama kat rumah. cuma pagi tu, kami bawa syafiq g jitra specialist centre. ambik ubat gatal. badan syafiq jadi cam ruam2 merah. dah tu, dia asyik menggaru jer. malam2 pun tak berapa lena tido. sian plak kat dia. then, on the way balik rumah, kami singgah pasaraya aneka untuk beli barang2 yang mak pesan. pastu singgah gerai yang jual ais kacang. hb beli 3 bungkus untuk bawa balik rumah. sampai rumah, kami makan tengah hari. then just habiskan masa bersama. mlm...huhuhu..sedihnya...hb dah nak kena balik semula ke kl. bas pukul 11.59 malam kat shahab. macam biasa, aku hantar hb dengan adik...sian aku n syafiq kena tinggal...

citer syafiq...

sekarang ni syafiq dah pandai jalan jatuh. laju betul dia berjalan. macam dah teror. sedangkan kalau nak kira, dia baru jer jalan sendiri. sebelum ni, kita kena pegang dia sebelah tangan. xcited dia aku tengok. hahaha...budak baru dapat kaki..camtu la..dah setahun 3 bln baru dia jalan. lambat skit..tapi tak kisah la..janji sihat semuanya...bab bercakap pulak, dia dah pandai meniru dan mengajuk apa orang lain cakap. siap sama intonasi lagi...kelakar dan terhibur tengok keletah dia...selera makan pun kusssss semangat...pantang tengok orang makan, mesti dia terus pegi dekat orang tu, nak makan sama...macam2 hal budak ni...dah pandai merap mak tok dan aku sendiri... memang aku betul2 terhibur tengok gaya dia..dah pandai angkat tangan baca doa...mulut bunyi tak berhenti...kecoh sungguh..cuma tak jelas jer apa dia cakap...anak mama..love u so much!!!....

No comments: