Friday, September 21, 2007

rich choc moist cake



blog kita ni ada problem ke erk? saya tak boleh nak post gambar la. nak cerita, hari rabu mlm baru ni, saya buat kek choc moist. ni kali ketiga saya buat dalam masa terdekat. 2x saya buat jadi bingka. huh...frust!! mana tak nya, beli bahan2, semangat buat, tp at last tak mejadi. nasib baik kek choc. so, sedap gak la makan walau pun jadi bingka. hehehe.....suprisingly, rabu lepas, kek tu menjadi. yuhhhhuuuuuu!!!!! bahagia gila. sanggup saya tido lewat malam tu. pkl 2 pg baru tido. tido sambil senyummm....mimpi kek yg sedap. bagun sahur pukul 5, terus bukak tudung saji, cari kek..hahaha...teruk kan. over xcited sebenarnya. kek kali ni dah la menjadi, gebuzzz lagi. saya siap wat topping utk kek tu. memang moist habis. nyummyy...sesapa yg suka kek coklat, this is the cake yg memang sedap. nak post gambar kat sini tak boleh. kalo tak, leh gak korang menjamu mata tengok kek tu. lawooooo.....(tak riak tau, cume xcited jer).




ok, ni gambar sebelum letak topping

ni plak after letak topping. tak cun sangat. malas nak cuci coklat yg meleleh tu. hehehe....


Wednesday, September 19, 2007

menu berbuka semalam: pizza, nasi putih, tempe dan kentang goreng cili, kobis goreng, ikan cencaru sumbat bakar dan sambal kicap. setakat beberapa hari berpuasa ni, maintain lagik la memasak. balik kerja, terus bersilat kat dapur. fuhhh...boleh tahan penat sebab terkejar2 wat kerja. maklum, maghrib pun awal. balik kerja n sampai rumah pun dah pukul 5.30 lebih. kadang2 dekat pukul 6 baru sampai rumah. nak beli selalu, mahal... bila g bazar ramadhan, tengok org jual kuih, 3 ketul RM1. tu pun, seketul kecik jer saiz dia. makan pun tak kenyang. dulu roti john yg panjang n besar, sebiji RM3. tapi tahun ni dah jadi RM4. huishhh....bankrupt kalau hari2 beli untuk berbuka. kadang-kadang tu tak pe la... so, nak jimat punya pasal, terpaksa hari-hari bersilat kat dapur. kena bersusah sikit.

AKTIVITI MEMASAK


nak update, hari kedua puasa, saya masak shepherd's pie. keputusan memasak: fail.... punca, kentang tu terlebih susu. jd lembik. huhuhu...sedeyyyy. tenguk rupa luar cam cantik jer. pastu rasa lemak kentang tu saya tak suka. ye la, kentang+butter+susu. seblm buat ingat sedap, tp bila dah try makan...uwaaaaa...tekak tak boleh terima. kalau org yg suka susu n makanan lemak2 mungkin suka kot. tapi, kalau keras kentang tu mesti sedap rasanya. ni, alahaiiii...silap sendiri gak. tak pandai nak adjust sama ada kentang tu keras ke lembik seblm bakar lam oven.

Tuesday, September 11, 2007

RAMADHAN DATANG LAGI.....



Glitter Words - http://www.glittertextgraphics.com


kepada semua pembaca blog sekalian, semoga kita dapat mempertingkatkan amal ibadah kita dan diterima olehnya....mohon maaf jika ada salah silap.
erm.....nak kena bangun awal2 pagi nih, siapkan sahur untuk hb. semoga diberkati olehNya.

syafiq dah pandai menjulur

bermula satu lagi fasa dalam hidup saya. syok sangat tengok syafiq dah mula pandai menjulur. hari ahad -9/9/07 , saya baru jer balik dari kenduri, rumah bapa sedara suami. pukul 2.30 pegi, sampai rumah semula kira2 7.15 mlm. waktu sampai tu, abang chaq satu keluarga n kakak ada kat rumah. diorang datang awal. heheh...tp tuan rumah takde. so, saya suruh jer diorang melepak kat rumah (dah biasa cam ni. even kalau saya pegi rumah chaq pun, bila dia ada hal, saya n hb lepak jer kat rumah dia). malam tu, sambil main2 dgn syafiq n borak2 dengan chaq n family, nampak syafiq dah mula menjulur nak ambil botol bedak kalau tak salah. agak terkial2 dia mula2 tu. nak terbalik ke tepi pun ye gak. tp at last, dapat gak dia ambik brg yg dia idam2kan. hehehe...bestnya waktu tu. nampak perubahan kat syafiq, nampak perkembangan dia depa mata, tak tau macam mana nak citer.

selamat pengantin baru....

selamat pengantin baru untuk syuqiyah n hafidz. sorry tak dapat attend wedding korang sabtu lepas coz ada hal yg tak dapat dielakkan. tahniah!!!! semoga berbahagia hingga ke anak cucu....

Friday, September 7, 2007

hadiah untuk syafiq...


dapat gaji bulan Ogos, saya beli hadiah utk syafiq. saya beli walker. w/pun murah jer, tapi tetap cantik. hehe...nak beli yang mahal-mahal tak mampu. tapi hati ni tetap heppi bila tengok syafiq heppi duduk dlm walker tu. mula-mula dulu plan dgn asben tak nak letak si comel ni dalam walker. tp, kesian plak bila dia asik meniarap jer. maklum la, lum pandai menjulur...mesti dia rasa boring. tu, yang tetiba leh bertukar fikiran tu.

bahagia....

bulan ni pun hb ada wat surprise. hari rabu lepas, waktu break utk mkn tengahari, hb ajak g selayang mall. mula2 alasan dia, nak hantar kasut saya yg patah tumit utk repair. so, saya just ikut la. bila sampai selayang mall, dia bawa saya ke kedai cermin mata. hb sponsor saya utk wat cermin mata baru!!!! sooooo nice. dah 3 tahun nak tukar cermin mata yg sekarang ni. asik bertangguh jer. paham2 la, makan gaji jer kan. so limited budget. kadang2 dah elok2 plan nak tukar, ada jer hal. jadi budget tu terpaksa guna utk benda lain. agaknya hb kesiankan saya kot. w/pun dia tak sponsor 100%, saya tetap heppi. at least, hb is caring about me. muahhhhh...sayang hb!!!
further study......

hari ni saya n 3 lagi member ofis, g uitm shah alam. tujuan: hantar application form utk sambung master. saya apply wat Msc IT, 100% course work. tak nak ler ambik yg ada disertasi. malas nak menulis, nak kena viva bagai. huhuhu....kengkawan, doakan semoga application saya tu berjaya. Bulan November nanti dapat result sama ada berjaya atau tak. intake Dec 2007.

lagi satu, saya apply juga diploma pendidikan anjuran KPT, intake January 2008. doakan moga saya dapat. maklum la, dah jadi pekerja kontrak kat sini, 3++ tahun. rasa rugi (tp tetap bersyukur). so, utk masa depan yg lebih baik utk saya, hb dan yg tersayang syafiq, saya perlu cari dan ambik inisiatif utk jaminan masa depan. pekerja kontrak ni xsecure. kalau duit abih, anytime leh kena terminate.

heppi birthday cik ah!!!!

hari ni besday kakak saya. tarikh lahir dia mmg cantik-7/9/79. senang nak ingat. tak plan lagi nak bg hadiah apa. semoga heppi dan ceria selalu. semoga panjang umur dan murah rezeki.

anak sedara baru...

lupa nak cakap, saya dapat sorang lagi anak sedara baru, perempuan pada 4/9/07. tahniah kak chik n bang chik. moga rezeki makin murah dan hidup bertambah ceria dengan kehadiran sorang lagi cahaya mata. dah ada 2 anak pun...tak sabar nak balik kg, nak tengok anak sedara baru nih.

Tuesday, September 4, 2007

family day



minggu lepas kan cuti 3 hari. tapi saya cuti 5 hari sebab syafiq demam 2 hari. mula hari rabu lagi dia demam. complete package. selesema dan juga batuk. pastu, hari sabtu, saya, hb and syafiq pegi family day kat morib. dekat jer. 1 jam lebih jer dari kepong. ada 6 family semuanya yg pegi. kami tido kat hotel impian, morib. ok gak la tempat dia. rate RM180 per night. just stay 1 malam jer. bertolak dari kepong dah pukul 2 petang. pagi tu sebelum bertolak, hb dah sibuk pegi pasar borong dgn sorang lagi member ofis untuk beli bahan-bahan nak wat BBQ sebelah malam. banyak juga la yang dibeli. ada ikan, sotong, udang dan sosej. so, tugas saya pulak ialah siapkan kuah kicap lada hitam. di samping tu, saya dengan sukarelanya wat pizza untuk bawa ke sana. sampai di morib dah pukul 4 lebih. terus check-in hotel.


ni gambar syafiq sejurus sampai kat hotel. sempat lagi dia berposing...



lepas solat asar, diorang semua lepak2 tepi kolam renang hotel. ada gak yang berendam. malam, semua lepak kat tempat BBQ. best sesangat. diorang siap bawa rice cooker untuk masak nasi kalau2 ada yang nak makan lauk n nasi. ada gak yang meratah ikan n makanan laut jer. angin plak sepoi-sepoi bahasa bertiup. segar rasa badan. angin pantai....seronoknya...


PROJEK BISKUT PULAK...

Dah lama dah wat ni. tapi, xsempat nak update. saya try buat biskut chip choc. resepi ambik kat internet gak. sedap!! tak manis sangat. saya sukaaaaa....