Thursday, July 8, 2010

HK MFM - Day 6

Pagi2 lagi kami kuar ke avenue of star. saje nak snap gambar pepagi kat situ. cantik viewnya. i like... then kami naik mtr turun kat queensway plaza, ambik bus ke ocean park. sblm tu kami cari stroller  untuk B aihaqi kat situ, tp xde jual. pasaraya besar camtu xde jual stroller. even sblm tu dah jenuh kami tawaf tst, xde. yg ada brand yg RM1k ke atas. tak berbaloi langsung!! rupanya stroller cuma ada jual kar harbour city, area ocean terminal. padan la kami cari xde. even kat sogo kami pegi pun tak jual stroller!! so, korang kalau pegi sana better bawak stroller dari sini. kat sana stroller branded n mahal2. anak korang sure xlarat nak menapak nyer, walaupun dia dah 4 thn.

di TST, masjid kowloon di belakang aku tu


 avenue of star di waktu pagi

Tiket masuk kami dapat murah sbb ada org situ yg nak jual 1 tiket untuk dewasa n 1 lagi utk kanak2. tiket tu utk relatives diorang. tp, sbb sedara diorang tu tak jadi dtg, jadi dia jual murah lah. mula2 mmg tak percaya. tapi sebab diorang naik bas n pegi ke sana sama dgn kami, so occay. jimat dah belanja kat situ. hehehe...total semua utk tiket ke ocean park HKD550. 

sini best sebab tepi laut, dan kawasan berbukit. rides pun best-best . tp bagi aku, kalau yg bawa anak kecik, cam xberapa recommend sangat sebab nak menapak tu jauh, dan memanjat bukit. kecuali kalau ada stroller ok. tu pun jenuh gak nak angkut sbb bnyk tangga.  walaupun ada escalator yg disediakan, tp mmg penat giler. kami masuk pun dlm few hours jer sbb ride dia pun kena beratur panjang. lg pun anak aku mmg tak nak jln sendiri langsung. dah penat sangat agaknya. jenuh la kami gilir2 dokong dia. dah la jln menaik bukit...penat weiiii... 

so kami surrender. cukup lah dah tahu tempat tu macam mana. pokok pangkalnya mmg best. ada cable car, games air, roda besar cam kat mesia tu, etc... tp view dr atas confirm lawa sebab betul2 tepi laut atas bukit.... ralat gak aku.tapi xpe la. at least sampai gak kan...kat akuarium punya la ramai manusia. sampai nak ambik gmbr pun susah. bersesak sakan. gilo!! 

 

 roller coaster tepi laut...best!!


teringin aku nak naik ride kat belakang tu ...huhuhu...


  escalator tinggi n curam..


Balik dari ocean park, kami rehat kat hotel kejap. lepas solat maghrib, kitorang g lagi ke avenue of star nak tengok pertunjukan laser. then kami makan kat istanbul kebab. bagi aku, makanan kat sini lebih bagus compared to ziafat. kami order pizza, n kebab dgn nasi, minum teh ais 2 gelas, 1 botol air mineral. total HKD158. lepas makan, aku n baihaqi balik hotel. hb g jln2 ke jordan. shopping katanya.

waktu malam di avenue of star

Tuesday, July 6, 2010

HK MFM - Day 5

Hari ni memang kami letih giler. tak berdaya nak kuar awal g jenjln. sudahnya, dlm pkl 12 t/hari baru kuar dari hotel. destinasi seterusnya ialah Ngong Ping Cable Car. Kami ambit mtr dari stesen TST - stesen Lai King - stesen Tung Chung. Dari situ juz jln kaki ke stesen cable car. Beratur pun kejap saja. Kami ambik standar cabin Total utk 2A 1C = HKD268 = RM114.20. Perjlanan untuk sampai ke atas hampir setengah jam. panjang cable car tu 5.7km. pemandangan dari atas cable car memang superb!!! cantik banget. Nampak airport HK, nampak kapal terbang naik... dengan laut luasnya, bukitnya, bandarnya....memang rugi kalau tak datang sini. Sampai area yang atas skit, kabus tebal n angin pun kuat. Berdengung gak la bunyi angin...... kami turun kat stesen atas sekali, ronda2 ambik gambar. pastu terus beratur untuk naik cable car turun ke bawah. ok, tak yah citer pepanjang, kita layanz gambar...




kabus tebal...



 nampak HK airport?

 kapal terbang MAS berlepas....

Sampai bawah, kami jalan2 ke Citygate Factory outlet kat situ. betul2 sebelah cable car stesen tu. kalau korang pegi, mesti nampak. sginboard pun bersepah. Kami tengok2 brg2 branded kat situ. macam2 brand ada. tapi, oleh kerana kami bukanlah org branded, hehehe....so kami tak beli pun. lagi pun kami tak tahu reger brg2 tu kat sini. kalau beza setakat rm20-30 camtu, baik tak yah. buat berat beg nak kena usung.

selesai, kami balik hotel utk solat. lps maghrib kuar semula ke Mongkok utk shopping kononnya. Tp, anak aku buat perangai betul. Asyik nak berdokong jer. mana tahan wehhh.... bukannya ringan, dah berbelas kilo. sudahnya, kami sempat beli t-shirt, 6 helai=HKD100, key-chain 10 biji = HKD100, fridge magnet 10 biji= HKD100. lain2 tu tak larat nak beli sebab letih gila dokong anak aku...uwaaaaa....sedih...sedih.... dah la ramai org. dari hotel lagi, anak aku xnak dok bawah. kami plak masing2 pun letih...memang arrr tak tahan...

Monday, July 5, 2010

HK MFM - Day 4 (Part 3)

Tempat last yang kami masuk ialah Tomorrowland. Waktu masuk sini, kami masing2 dah lembik dah. kaki pun kejang semacam sebab berjalan dari pagi, non-stop. so, bila masuk sini mmg semangat nak beratur utk naik rides cam pudar gittewww.... so, kami juz posing2 ambik gmbr jer. nak naik keter pun punya la panjang beratur. huhuhu..... 


 




then, last sekali aku naik train utk pusing disneyland. tapi, separuh train nyer laluan dlm maintenance. jadi, xnmpk apa sgt la. nampak hutan  jer. aku naik train ni sorang jer. takde gambar. hb n anak aku pun dah letih sgt. turun dari train kat main entrance, kami juz ronda-ronda kat situ. snap pic suasana yg dah mula malam dgn lampu-lampu... cantik. kita layan gambar... bateri camera habis. xsempat nak snap gmbar fireworks... hbs firework, kami terus blk..











sampai hotel, solat...terus zzzzz...letih gilooo. kaki pun cam kejang dah.

HK MFM - Day 4 (Part 2)

Sambungan n3 lepas....

Keluar dari adventureland, kami menuju ke fantasyland. cantik tempatnya. anak aku kalut jer nak naik kuda pusing tu. bagi aku rugi jer naik... sbb berpusing-pusing beratur nak tunggu giliran. tak pe la kan, janji dia happy. pastu kami g ambik gambar dgn mascot di fantasy garden. sempat posing dgn 4 ekor mascot. cuma dgn minnie mouse xsempat. ramai... jd utk jimatkan masa, kena g tempat lain dulu.





kami masuk ke Disney Philharmagic untuk tengok 3D show. best giler.... macam kita plak yg ada dlm citer tu. real dgn bau kuih yang sedap, kena percikan air.... bila karpet terbang tu menjunam jatuh, aku rasa cam aku yg duduk atas karpet aladin tu...serius best. bg aku, ni a must visit show. rugi sesangat kalau tak masuk.
Selepas tu, kami pegi ke It's A Small World. Cantik sangat dalam tu. patung2 dia comel, menari2...ada macam2 jenis. then, sambil kita lalu dalam tu, diorang pasang lagu 'It's a small world'.... 






then kami solat zohor n asar. cari area yg tersorok sikit, pastu solat. jgn tinggal ni ye... wajib!!! tiada maaf bagimu... hehehe.... elok jer habis solat, ada parade show around 3.30 ptg camtu. diorang sembur2 air, basah... susah nak snap gambar sebab nak elak air kena camera. comel2 jer semua mascot tu....






habis parade tu, kami berlari beratur utk masuk tengok pertunjukan pentas disney. syok gak yg ni pun... show dlm setengah jam camtu. tp, punya la ramai beratur. berebut tempat, masing2 nak duduk kat depan. kami pun dapat hampair2 depan gak la. so, leh snap gambar clear sikit...




habis show, kami beratur plak untuk masuk winnie the pooh. gmbr lain bnyk yg blur. so aku letak 2 pics ni jer la.

 ni pemandangan dalam winnie the pooh. 

 ni pun sama...


next entry aku citer pasal tomorrow land plak... skit jer lagi citer disney... hehehe...sabo yek. pastu kita masuk hari baru. 

Sunday, July 4, 2010

HK MFM - Day 4

Yihaaaaaa!!!! Disneyland... here we come!!! tak sabar nak sampai. untuk ke disney, kami naik mtr dari tst - st. lai king - st. sunny bay - disneyland. Kami beli tiket dari kaunter, total HKD950 = RM414.32. pukul 10 pagi baru boleh masuk. banyak jugak makanan yang kami bawa. Alhamdulillah, semua lepas. takde yang kantoi. hehehe....

 dlm mtr dari sunny bay ke disneyland. cermin bentuk mickey!!

 cantik stesen mtr disneyland


untuk sape yg nak dtg sini, make sure 1st thing bila masuk, ambik pamplet event yg diorang sediakan supaya kita boleh check waktu bila event tu diadakan. kami sewa stroller HKD60. takut anak aku tak larat jalan.


empat pertama yang kami tuju, adventureland sebab cuaca nampak mendung macam nak hujan. jadi, kami dulukan aktiviti luar. kang hujan melepas.... tapi cuaca redup je, hujan sikit sgt. Alhamdulillah.... xpanas dan tak hujan... sedap berjlan. cuma yg tak best, nak buat apa pun kena beratur panjang. huhuhu.... bnyk waste time gak le untuk beratur nih...

 ni gambar stroller tu. dkt adventureland

di adventureland, kami naik rumah tarzan. beratur untuk naik rakit  ke seberang sungai .sampai, kami naik rumah tarzan. interesting gak le.


rumah tarzan dari seberang sini. 

selesai, kami bergegas beratur untuk naik river cruise. sebelum naik kena beratur panjang gak. cuma, penjaga  tempat tu bila nampak aku bertudung, dia terus bagi kami masuk sblh english version. ye la, kot tak nanti pemandu pelancong bot tu ckp cina, harus sepatah pun kita tak paham. best btl river cruise nih.... anak aku pun enjoy je.




nanti sambung lagi yek.... ada keje nak buat. bnyk lagi pic kat disney ni yg aku nak letak.