Friday, June 13, 2014

Bertemu lagiii

Dah lama, berabuk, bersawang... pendek kata semuanya ada di blog. dah sethn lebih berlalu. banyak jugak yg aku nak story.. my baby  pun dah almost 2 years. my along also dah masuk primary school, darjah 1... banyak perubahan yang berlaku dalam hidup... end of this year, genap 10 thn perkahwinan me n hb.. 

also, aku nak story pasal bisnes yang aku dah setup with 2 lg kwn aku. bakery bisnes. penat, melelahkan... sebab part time. so, tak sure lama mana boleh bertahan. then, about my visit to melbourne and christchurh hujung tahun lepas.. ke vietnam dgn kawan2 januari lepas, bisnes tempahan talam, kek, etc yg aku buat di rumah... wahhhh.. banyaknya story.. tak tahu nak start yg mana dulu.. tak tahu aku ada kelapangan ke tak utk buat semua ni... terbaru also about my biz, sebagai shaklee distributor..

moga segala urusanku dipermudahkan Ilahi.. hanya padanya tempat aku berserah meminta pertolongan...

Monday, September 10, 2012

Perginya sebutir permata

Lamaaaaa sangat aku tak masuk sini. jangan kata nak update, nak menjengah pun xsempat. bukan...xde mood. sepanjang 8 bulan lebih ni, ada perkara penting yang sangat mempengaruhi mood dan emosi aku. satu yang gembira, satu lagi sangat menyedihkan. Apa yang gembira?

 

Aku dah selamat melahirkan babu boy 31 Julai 2012 yang lalu, di Hospital Selayang, jam 7.25 pagi. Berat baby 2.79kg. Alhamdulillah... syukurrr. kelahiran kali ni pun senang sangat. sakit lebih kurang sejam je. tu pun dalam kereta, on the way ke hospital. sampai hospital, doc dah siap tunggu, terus masuk labour room.. and here we go... terus bersalin saja. Gambar baby? tak sempat nak transfer masuk pc. Baby meragam sepanjang berpantang. Sakit pinggang gue, sebab xboleh nak baring. Asyik menyusu saja dia...huhuhu

Apa yang menyedihkan? pemergian bonda yang sangat aku kasihi, sayangi dan cintai  menemui penciptaNya pada 10 Jun 2012, 7.30 malam , sangat memberi kesan pada aku. ye, sebab waktu tu aku mengandung dah 8 bulan. Then, pemergiannya mengejutkan. Minggu tu kebetulan cuti sekolah. So, aku balik kedah hari Ahad. Hari isnin. pegi PMC check pregnancy dan nak book doctor. Cadangnya nak deliver di situ. Selesai, terus pergi ke Jerlun, booking bidan untuk mengurut dan bertungku. Balik rumah petang tu, borak dengan mak. Aku tanya sama ada dia perlu pembantu ke tak untuk jaga aku dalam pantang nanti. Kata mak, xperlu. dia boleh jaga sorang.

Esok paginya, hari selasa, dalam pukul 4.30 pagi lebih kurang, mak bangun untuk solat tahajud. Dia ke bilik air. Waktu tu, dia kena serangan strok, then kami call ambulans. Waktu tu mak masih sedar. Bila doc buat CT scan, dah berlaku pendarahan di kepala. Mak dah xsedarkan diri. Mak koma selama 6 hari. Hari ke-6. mak pergi meninggalkan semua, kembali kepada penciptaNya dengan wajah yang cukup tenang, dikelilingi semua anak dan menantu. Tapi, hati aku sedihhhh sangat.

Tak sangka, tahun lepas Ramadhan dan Syawal terakhir kami bersama. Juga tak sangka, kepulangan aku ke kampung untuk menggembirakan mak, bertukar menjadi kisah duka yang tidak terucap. Perginya seorang ibu, bermakna hilang sedikit keberkatan dalam hidup. Tiada lagi doa yang akan mengiringi kita, tiada lagi tempat untuk kita mencurahkan masalah, tiada lagi sambutan dan masakan enak bila balik ke kampung. Sunyi hati ku, Allah sahaja yang tahu. Terasa sebahagian daripada diri juga turut hilang. Terasa sesak dada mengenangkan pemergian bondaku. Tapi, aku tetap redha dan yakin, Allah lebih sayangkan ibuku.

Berpantang tanpa kehadiran seorang ibu, sangat melelahkan. sebak rasa hati. aku tak tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh. Tiada lagi orang yang masak makanan untukku berpantang, membakar tungku setiap pagi dan petang, menyediakan air daun untuk mandianku...semuanya terasa kosong, tak bermakna. Cuma, kehadiran permata hati aku yang kedua, wajah comelnya, mengubat kerinduan. Danial Ashraf namanya..

Ya Allah..Semoga roh arwah ibu, dan tak lupa roh arwah ayahku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, dikalangan orang-orang yang Engkau cintai dan redhai.Amin.

Alfatihah....

Monday, February 13, 2012

I am back!!

Not to say now, mungkin dalam 2-3 weeks akan datang, banyak la citer yang aku nak update. Sesi mabuk, alahan teruk, etc.... sekarang ni things get better, and hopefully akan jadi lebih baik. Cuma selera makan aku sangat teruk. sob..sob..sob.. just cannot wait the moment when everything back to normal. huhuhu....

Friday, December 23, 2011

I am now 3 series

Happy birthday to me!! Happy birthday to me!! Heheh...hari ni birthday aku, dah masuk 3 series pun. Syukur pada Allah kerana masih memberi aku peluang untuk hidup dan mengecapi segala nikmat. 

Juga aku bersyukur kepada Allah atas rezeki yang lama ditunggu-tunggu. I AM PREGNANT!! Merasa la beradik along ni. Baru 6 minggu kalau ikut perkiraan aku. Cuma, aku belum check doctor, aku cuma buat UPT kat rumah jer. Jadinya, buat masa ni, blog aku pun kelam kabut sebab aku alahan dan mabuk2... Semoga Allah beri aku kesabaran untuk aku mengharungi proses kehamilan yang pastinya mencabar ni, sebab muntah2 kan? mana nak kerja lagi, rumah tangga lagi. 3-4hari ni pun tak terdaya nak berdiri untuk memasak. Asyik mual, loya, muntah... 

18 Disember hari tu, aku sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-7. Juga aku bersyukur di atas kebahagiaan rumah tangga ini, dikurniakan  seorang cahaya mata, dan seorang suami yang sabar melayan sikap aku. Nak2 tengah pregnen ni. !*hb juga aku dan keluarga buat family day di Sg Klah Hotspring Sungkai. Ceritanya kemudian la ye, xjanji bila dengan keadaan aku yang mabuk darat camni. Nak edit gambar pun xde mood rasanya...

Cukuplah dulu untuk hari ni. Aku pun xsihat sangat. Jumpa lagi!!

Wednesday, December 14, 2011

Wajah baru

Oleh sebab hari ni kebosanan melanda diri aku, makanya aku secara tak sengaja telah mengubah wajah blog aku.. dah bosan sebenarnya dengan yang lama tu. dah lama sangat. ni pun, ubah skit je. malas nak godek2 sebenarnya. main taram je lah mana yang ada kat template. hehehe.....Tapi, basically aku memang suka design2 yang simple, tak sarat sebab kita nak letak gambar plus wording yg kadang panjang berjela, jadinya design yg simple dah cukup buat aku. ye la, lain orang lain taste kan?

Azam tahun baru yang bakal tiba nih, aku nak siapkan banner bahagian atas blog aku. nak gak cari gambar yang cunggg skit khennn? sila jangan muntah ye... hikhikhik...biar la aku pasan cun pun, korang sila jangan dengki. dosa tawww!! pastu, nak cari tajuk blog yang lebih umphhh.. yang ada tu temporary jek. haaa...dah merapu lah ni. sebelum lagi panjang, aku chiawww dulu ye :-P

Friday, December 9, 2011

Air Asia 10 Awesome years


Wahhh.... dah lama tak update blog. Tetiba je dek kerana melampau teruja dengan sales AA, jdnya hr ni aku wat keputusan utk update blog. Promo ni sangat2 la berbaloi. Thanks to Pak Tony, sebab buat promo gila2 camni. next time sila buat lagi...hehehe. I love AA!!!! Teruskan usaha murnimu pak tony. Aku support sentiasa. Yang geramnya, pasal MAHB je naikkan tax airport. hampeh!! Dulu 25, sekarang dah jadi RM32. Kalau tak, jimat lagi RM21. huh!!

Malam waktu dia wat promo aku blh tdo dengan lenanya. Huuuhuhuhu...jdnya walau aku tido bermimpikan Ho Chi Minh, pastinya bila dah bangun pagi, tix seposen dah habis. uwaaaaa... yang tinggal pun cuma RM30/way. masih jauhhh murah lagi dari biasa. cuma aku tak berani nak ambik sebab takut pegnen. Kang melayang duit aku. Kalau termasuk tax pun utk 3 org, masih berbaloi2. tak sampai RM700 pun pegi balik.

Oleh sebab aku ni cikgi, walau ada banyak promo, pilihan aku sangaaaaaat lah terhad. sobb...sob...sob...So, untuk promo kali ni, jeng...jeng..aku cuma berupaya merembat tix seposen ke Medan 3 org. Yeay!!!! jimat tu beb. Buatnya btl aku confirm pegnen, hah... blh ke aku terbang jugak kalau dah 30 minggu yek? Tu dia, gila punya teruja nak berjln.

Credit to En. Google
 Pastu, sbb suka berjln ni jugak, aku teringin nak tukar keje. Boleh lagu tu?? huuuu... bukan apa, setiap kali promo, aku mesti berputih mata. Tarikh tak sesuwaiii, occay!!Aku nak masuk opis. Keje aku ni sekarang ok, cuma aku sangat xsuka cuti aku di atur org. Aku prefer untuk atur cuti sendiri. Lebih senang kan kalau kita merancang nak ke mana2. Nak cuti dalam Mesia pun, time cuti sekolah, segala2nya mahalllll sangat. Hotel jangan cakaplah, dah jd super peak. Dah tu, org punya la ramai. Bosan weiiii!! Aku komen ni, bukan aku xbersyukur ye. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi ni. Tapi, aku rasa mungkin kita kena cari pekerjaan yang sesuai dengan jiwa kita kan? kan? Tak salah.. tapi aku rasa cam susah je (^_^')

Lain lah klu hb aku jutawan ke, bisnesman berjaya ke, xkisahlah sebab xyah nak beli tix promo nih. nak pegi minggu depan, minggu ni mampu lagi nak beli tiket. Nak travel bila2 pun xkisah. Ni, dah dua2 pun makan gaji sajork, memang kami cuma harap tix promo murah2 camni la nk g jenjalan. Kalau tak, memang tak merasa larr... ($__$)

So, plan utk tahun depan, bln 5 ke KK, ni pun rembat tix seposen gak. Bln 7, ke Medan. Harap2 semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang.

Opss.. lupa, minggu depan nak wat family day kat Sg klah Hot Spring, Sungkai Perak. Dah sewa homestay pun. hehehe...xsabar nak kumpul ramai2 dan wat BBQ malam2. Yang xbestnya, aku blh gerenti nanti tempat mandi tu akan crowded gila. Maklum, super peak kan?? Sabor je laaa

Sunday, November 20, 2011

SPM dan duit RM100

Wahhhh....cuti sekolah kali ni tinggal sejemput la cuti aku nampak gayanya. Dah kena jadi pengawas SPM. Masya-Allah... boring, bosan, tak tahu nak cakap. kalau paper yang 2 jam setengah tu, aku rasa cam nak pegi pusing je jarum jam tu. 5 minit pun rasanya lamaaaaaaa sangat. Betullah kan, orang selalu kata, penantian itu satu penyeksaan. sangat tepat dalam kes ni. huhuhu.... walau pun aku cuma tunggu budak2 tu menjawab saja, tak perlu susah2 ngajar, tp tuhan saja yang tahu seksanya. ye la, sembang xboleh, membaca xboleh, duduk pun xboleh. xkejang kaki semua... ngantuk jangan cakap lah. badan pun letih semacam..cuti pun habis macam tu saja...huwaaaaaa....aku nak cuti...nak cuti!!!

lagi aku nak citer pasal duit RM100 yang PM bagi kat parents tu. Harap2 tahun depan, kalau nak bagi lagi, tolonglah jangan libatkan sekolah dan cikgu. macam2 karenah & ragam mak bapak yang kami kena hadap. siap ada yg memaki hamun lagi. cam "sekolah bodoh, cikgu pun bodoh!!"... what the hell?? gara2 duit tak cukup untuk diedarkan pada hari tu.

tu belum lagi bab mak bapak berebut nak duit tu. cam mak bapak bercerai, mak pun datang, bapak pun datang.... masing2 nak tuntut duit tu....('>_<)....?????... ada jugak yang anak dah pindah sekolah. kat sekolah baru pun ambik, dtg kat sekolah lama nak cuba nasib, kot2 ada terselit lagi nama anak diorang... boleh dapat lagi xtra RM100. ada yang sampai gegar pagar sekolah sebab lambat buka. ye la, nak p ambik duit kat bank pun, kena la tunggu bank tu buka. pukul 7.30 pagi, mana ada bank bukak? macam2 karenah manusia yang aku tenguk sebab duit seratus tu.... itulah kuasa duit... kalau sekolah buat meeting PIBG, parents sanggup datang macam ni, kan baguss?? 
jd, parents di luar sana tu, fikir-fikirkan lah. jangan lah jadi hamba duit. bayar bil astro bulan2 smpi 80-90 ringgit, ada je duit. tp, nak byr yuran sekolah dan pibg, merungut je xde duit. yg betul2 susah tu, lain citer lah kan... duit oh duit....