Monday, July 5, 2010

HK MFM - Day 4 (Part 2)

Sambungan n3 lepas....

Keluar dari adventureland, kami menuju ke fantasyland. cantik tempatnya. anak aku kalut jer nak naik kuda pusing tu. bagi aku rugi jer naik... sbb berpusing-pusing beratur nak tunggu giliran. tak pe la kan, janji dia happy. pastu kami g ambik gambar dgn mascot di fantasy garden. sempat posing dgn 4 ekor mascot. cuma dgn minnie mouse xsempat. ramai... jd utk jimatkan masa, kena g tempat lain dulu.





kami masuk ke Disney Philharmagic untuk tengok 3D show. best giler.... macam kita plak yg ada dlm citer tu. real dgn bau kuih yang sedap, kena percikan air.... bila karpet terbang tu menjunam jatuh, aku rasa cam aku yg duduk atas karpet aladin tu...serius best. bg aku, ni a must visit show. rugi sesangat kalau tak masuk.
Selepas tu, kami pegi ke It's A Small World. Cantik sangat dalam tu. patung2 dia comel, menari2...ada macam2 jenis. then, sambil kita lalu dalam tu, diorang pasang lagu 'It's a small world'.... 






then kami solat zohor n asar. cari area yg tersorok sikit, pastu solat. jgn tinggal ni ye... wajib!!! tiada maaf bagimu... hehehe.... elok jer habis solat, ada parade show around 3.30 ptg camtu. diorang sembur2 air, basah... susah nak snap gambar sebab nak elak air kena camera. comel2 jer semua mascot tu....






habis parade tu, kami berlari beratur utk masuk tengok pertunjukan pentas disney. syok gak yg ni pun... show dlm setengah jam camtu. tp, punya la ramai beratur. berebut tempat, masing2 nak duduk kat depan. kami pun dapat hampair2 depan gak la. so, leh snap gambar clear sikit...




habis show, kami beratur plak untuk masuk winnie the pooh. gmbr lain bnyk yg blur. so aku letak 2 pics ni jer la.

 ni pemandangan dalam winnie the pooh. 

 ni pun sama...


next entry aku citer pasal tomorrow land plak... skit jer lagi citer disney... hehehe...sabo yek. pastu kita masuk hari baru. 

Sunday, July 4, 2010

HK MFM - Day 4

Yihaaaaaa!!!! Disneyland... here we come!!! tak sabar nak sampai. untuk ke disney, kami naik mtr dari tst - st. lai king - st. sunny bay - disneyland. Kami beli tiket dari kaunter, total HKD950 = RM414.32. pukul 10 pagi baru boleh masuk. banyak jugak makanan yang kami bawa. Alhamdulillah, semua lepas. takde yang kantoi. hehehe....

 dlm mtr dari sunny bay ke disneyland. cermin bentuk mickey!!

 cantik stesen mtr disneyland


untuk sape yg nak dtg sini, make sure 1st thing bila masuk, ambik pamplet event yg diorang sediakan supaya kita boleh check waktu bila event tu diadakan. kami sewa stroller HKD60. takut anak aku tak larat jalan.


empat pertama yang kami tuju, adventureland sebab cuaca nampak mendung macam nak hujan. jadi, kami dulukan aktiviti luar. kang hujan melepas.... tapi cuaca redup je, hujan sikit sgt. Alhamdulillah.... xpanas dan tak hujan... sedap berjlan. cuma yg tak best, nak buat apa pun kena beratur panjang. huhuhu.... bnyk waste time gak le untuk beratur nih...

 ni gambar stroller tu. dkt adventureland

di adventureland, kami naik rumah tarzan. beratur untuk naik rakit  ke seberang sungai .sampai, kami naik rumah tarzan. interesting gak le.


rumah tarzan dari seberang sini. 

selesai, kami bergegas beratur untuk naik river cruise. sebelum naik kena beratur panjang gak. cuma, penjaga  tempat tu bila nampak aku bertudung, dia terus bagi kami masuk sblh english version. ye la, kot tak nanti pemandu pelancong bot tu ckp cina, harus sepatah pun kita tak paham. best btl river cruise nih.... anak aku pun enjoy je.




nanti sambung lagi yek.... ada keje nak buat. bnyk lagi pic kat disney ni yg aku nak letak.

HK MFM - Day 3

Agenda hari ni jln2 area central. kami beli octopus card sbb selama kat sini memang kami akan guna mtr dan bas jer. kami naik mtr dari tst ke central keluar ikut exit K. lepak kejap kat Charter Garden. Ramai indon yg melepak kat sini. then kami ronda2 area central dengan tram. tambang tram ialah HKD2 untuk sekali naik. kami naik beberapa tram. 




 dalam tram

habis pusing, kami naik mtr turun di stesen wan chai. kami ambik cab ke masjid ammar untuk makan tengahari dan solat zohor.  tambang HKD20. kalau nak naik tram pun boleh. terus turun kat area wan chai. dekat jer jln kaki. bangunan masjid tu di belakang charter guest house kalau tak silap aku. ramai orang kat kantin ni. kantin di tingkat 5. masakan dia pun sedap. tp biasa la, a bit pricey. 


lepas makan kami ambik tram. boleh turun depan queensway plaza, ambik bus ke the peak HKD23 untuk 3 orang. kami ingat bus tu akan pegi stesen the peak jer. rupanya terus daki sampai puncak atas. ngeri seh... jln bengkak bengkok n curam. tapi, view sepanjang perjlnan memang cantik ler. hari mendung, t/hari tu hujan renyai2 jer. so, kat the peak berkabus tebal. sejukkkk..... 




 kabus tebal sangat...

kat atas tu, aku tak ambik tiket sky terrace sebab memang tak boleh nampak view di bawah pun. bila aku g counter utk beli tiket, sales girl tu tunjuk dlm skrin view kat sky terrace. putihhh....kabus terlalu tebal. angin pun kuat...huhuhu....frust gak aku. baru ingat nak posing sakan kat atas tu. muzium lilin pun aku xmasuk. tak teringin sgt pun. 

after few hours melepak, snap gambar sumer, kami beratur untuk ambik tram turun ke bawah. ramai betul orang sebab hari ahad. tram aku byr cash, total HKD62. kejap jer dah sampai bawah. then kami just jln kaki ke stesen central untuk ambik mtr ke tst.



HK MFM - Day 2

Sekarang ni summer. subuh seawal 4pg. pukul 5.30pg dah cerah. tapi kami xboleh nak jln2 awal sangat sebab si kecik blm bangun. sudahnya, dlm pkl 9 pg lps bekfes, check out, tinggal baggage di hotel, then baru gerak dari hotel. kami jln2 sampai ke Fisherman's wharf. cantik tempat ni... so, sesapa yg xbawa anak, mmg boleh sesangat nak kuar jenjln awal2 pagi. jimat masa. boleh cover lebih bnyk tempat. 







Then, kami blk hotel utk ambik beg. Hotel sediakan shuttle ke ferry terminal. Kami naik 1st ferry ke HK pada pkl 2.00 ptg. Tambang weken utk kami bertiga HKD465. Lebih kurang 1 jam dlm ferry. Ombak kuat weiii...seram gak la. cuma ferry mmg selesa sebab luas dan sangat2 tak ramai orang. nak duduk mana2 tempat pun boleh. 

Sampai di China Ferry Terminal, kami ke Hotel Benito. Hotel ni memang aku sgt2 recommend. bersih dan customer service bagus, lokasi sgt2 dkt dengan TST mtr station (exit B2). beberapa langkah jer dari hotel. masjid kowloon pun cuma seberang jln jer... dkt dengan TST, harbour city... best!!! Hotel benito kami booking selama 5 malam. Total price HKD3172 = RM 1374.81. 2 mlm diorang charge weken. 





lepas rehat-rehat di hotel, kami keluar jln2 kat tst. kami g avenue of star. lewat sampai... pertunjukan laser dah habis. punya la ramai manusia kat sini. malam minggu katakan....siap ada live band show. then, kami g mkan kat restoran ziafat. pertunjukan laser tu kami akan pegi lain hari.






total makan HKD148.

HK MFM - Day 1

So, as usual, ini merupakan hari yg paling menggembirakan bagi orang2 yang nak pegi bercuti. maklum la kan, hari kita bertolak. aku keluar dari rumah seawal jam 10.30pg ke LCCT, KL. Flight aku ke macau pkl 4.50 petang. Sempat makan marry brown sblm boarding. my son, heppi betul...jgn kata dia, mama dia 100x gembira. 


kapal terbang mendarat di macau international airport lebih kurang jam 9.30 mlm. seronoknyaaaa.... so, kami ambik cab ke metro park hotel. tambang MOP97. cuaca agak cloudy, sejuk skit jer. hehehe....




3 gambar kat atas ni ialah gambar bilik kami. selesa la hotel ni. cuma sbb weken, rate dia agak mahal. MOP533.60 = RM221.80. mlm tu tido lena ler... senyum dlm tido agaknya aku nih.