Angin perubahan bertiup kencang. Macam aku, takkan selamanya aku nak naik wira. Bosan la….nak plak aku try Honda. Mana tau, aku akan dapat kepuasan maksimum dalam hidup aku. Itulah ibaratnya perubahan politik yang berlaku di Malaysia dalam pilihanraya 8 Mac 2008 yang lalu. Aku juga tunaikan kewajipan aku sebagai seorang rakyat Malaysia. Moto aku, “PAS…dulu, kini dan selamanya”. Hehehehe…..jangan mare arrr BN. Aku curi moto korang. Cuma aku gantikan BN tu dengan PAS jer….Kalau ada rezeki dan diizinkan Allah, satu saat, satu ketika, teringin juga aku nak jadi macam orang lain. Berjuang untuk tegakkan Islam di bumi Allah ni. Tak mengapa takde hiburan, tak mengapa takde bangunan yang tinggi, tak mengapa takde kemewahan hidup, janji masa depan agama sanjungan aku ni terbela. Keselamatan akidah anak cucu aku nanti terjamin. Itu yang aku harapkan.
Pilihanraya lepas menyaksikan kejatuhan BN. Walaupun berjaya menubuhkan kerajaan, tapi mereka tak dapat 2/3 majoriti dalam parlimen. Senang hati aku. At least, diorang tak boleh nak buat sesuatu sesuka hati. Menteri yang paling aku benci, itu Samy Bellu sudah jatuh. Huhuhuh….siaaan kat samy. Nasib baik dia tak gantung diri sebab frust. Jadilah tu samy, sampai bila engkau nak jadi menteri. Dah lama dah engkau hidup mewah. Bagi laluan pada orang lain pula. Bukannya engkau tu hebat pun. Engkau mana ada kejer, cuma satu jer kejer engkau…NAIKKAN TOLLLL…5 buah negeri jatuh ke tangan BA. Kedah, negeri kelahiran aku, perak, negeri kelahiran suami ku, kelantan, negeri sanjungan aku, selangor negeri tempat aku bekerja mencari sesuap nasi, dan last sekali pulau pinang terlepas dari genggaman BN. Sebenarnya, KL pun dikuasai oleh BA juga. Tertarik aku mendengar ungkapan TG Nik Abdul Aziz, “Inilah akibatnya jika manusia tidak mendengar kata Allah”. Ringkas, tetapi mengandungi makna yang cukup dalam dan tersirat untuk dihayati oleh orang2 BN terutamanya yang beragama Islam.
Yang menjadi persoalan, kenapa orang BN masih boleh mengundi orang BN? Kenapa tidak mahu membuka mata, telinga, hati dan akal untuk mendengar dan mempertimbangkan penjelasan dari orang lain? Cuba tenangkan diri dan nilaikan apa yang diperjuangkan oleh BN dan apa yang diperjuangkan oleh BA. BN agung2kan pembangunan? Tapi apa yang kita, sebagai rakyat dapat? Untung? Kekayaan? Emmmm….jauh panggang dari api. Kita tak dapat apa2 pun. Yang dapat cuma cha ya nun alif…tengok KLCC..orang2 BN megah adanya KLCC. Tp takde orang melayu Islam yang mampu berniaga di situ, dan kita rakyat biasa pun tak mampu nak shopping kat situ. Jadi, apa yang kita banggakan sangat?? Tak risau ke dengan masalah social yang dipandang remeh? Masalah murtad yang tiada kawalan? Akidah anak dan cucu kita di masa depan?? Mykad anak kita hari ni tidak ditulis agama anak2 kita. Yang tertulis di situ cuma agama ibu bapa sahaja. Tak sensitive ke kita dengan isu2 tu? Masjid sebagai tempat pelancongan…saya tak setuju langsung. Sedangkan kita yang Islam ni pun, kalau dalam keadaan haid, tidak dibenarkan masuk dan melintasi masjid. Apatah lagi orang2 kafir yang memang sah2 tak pernah mandi hadas sejak dilahirkan… apa, dengan memakai jubah tu, kalis najis ke??? Cuba tanya pada diri sendiri wahai penyokong2 BN sekalian…. Bila difikirkan, sedih melihat kerapuhan pegangan dan iman orang2 Islam hari ni. Itu juga sebab Allah turunkan bala yang tak putus2. Tapi, bila bala menimpa, bukan yang engkar sahaja yang kena, orang yang tak bersalah juga turut terkena tempiasnya. Tolong lahhhh berfikir wahai saudara-saudara ku……semoga Allah membuka mata dan hati kalian untuk menerima perjuangan Islam….
Semoga dengan kejayaan BA kali ni, Allah akan memberi kemudahan kepada mereka untuk memerintah dan menegakkan Islam di bumi milikNya….Insya-Allah….. dan peranan aku, memberi sokongan yang tidak berbelah bagi…TAKBIRRRRRR!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!
1 comment:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Servidor, I hope you enjoy. The address is http://servidor-brasil.blogspot.com. A hug.
Post a Comment