Saturday, May 7, 2011

William - Kate

Walau dah seminggu berlalu, tapi belum terlambat kot nak say "Congratulations to both William Kate" atas perkahwinan mereka. Kate nampak cantik sangat. Hopefully, dia boleh jadi sebaik ibu mertuanya Puteri Diana. Sebut pasal puteri diana, aku memang admire la dia nyer beauty. soooo sweet. tak tahu kenapa charles masih boleh beralih arah. ye la, cinta kan xde mata. 

kalau puteri diana masih hidup, pastinya dia gembira dengan perkahwinan william. Aku rasa William pun masih merindui ibu dia sebab konsep perkahwinan yg hampir serupa. Bahkan cincin yg William beri pada Kate juga adalah cincin ibunya. Juga carriage yg dinaiki oleh mereka semasa berkahwin sama dengan yg penah dinaiki diana-charles. Apa pun nak komen lelebih, aku bukannya tahu sgt...hehehe... jd, layan je gambar William-Kate, Diana-Charles.... 

Credit to en. google utk gambar2 yang cantik ni...





 
 
 




Tuesday, May 3, 2011

Taman Permainan untuk Dewasa

Pelik bunyi tajuk kan? sejak bila pulak wujud taman permainan dewasa? hehehe...pelik lagi bila aku tenguk perangai manusia yang nama je dah tua, tapi akal masih kanak-kanak. Gambar ni aku snap waktu bawa along g jln2 kat taman permainan kanak-kanak. Manalah tak rosak mainan tu kalau yg dah tua bangka pun naik sama. Bukan setakat yang perempuan, yang lelaki yg berat mencecah puluhan kg pun tumpang semangkuk. hmmm...itu lah perangai bangsa Malaysia. agak-agak kalau ditegur, apa reaksi mereka-mereka ni gamaknya. Itu belum lagi aku snap gambar org2 tua yang perasan kanak2 ni naik buaian. ayoooo...sedar la kalau dah tua tu, buat la cara tua. pikir dengan lebih matang. ni sampai takde rasa segan kat pengunjung lain. buat malu sajooo...


Betapa riangnya "kanak-kanak tua" ini bermain

Wednesday, April 27, 2011

Sebuku kek untuk hb

Semalam kan aku mention pasal kek birthday hb. So, hari ni nak upload pics je...tadaaaaaa!!!!!




Tuesday, April 26, 2011

Mari makan cheese cake

Alhamdulillah, cubaan pertama aku masak sendiri cheese cake berjaya. Syoknya tak terkata bila makan, puas hati sangat rasanya.... resepi semua ambik dari internet je...

kek yang siap dibakar

letak topping


sayang, aku lupa sangat nak snap gambar kek yang dah dipotong. hehehe... takpe, semalam aku bakar sebiji lagi kek nih utk hb sebab birthday dia hari ni.

untuk suami tersayang, SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE 3X..... semoga rumah tangga kita akan berkekalan dan dirahmati...

Thursday, April 14, 2011

Buku baru..terima kasih daun keladi

Hari ni aku excited sangat. Sampai rumah jam dah pukul 6.30 petang. Ada parcel pos ekspres dalam peti surat... Buku karya terbaru Dr. Zulnaidi Yaacob dah sampai, jadi milik aku. Yuhuuuuu!!! Kali ni buku motivasi. Tajuk buku ni "Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan". Hadiah untuk aku... serius aku rasa teruja sangat... hehehe...tak sangka akan dapat buku dari penulis. Terima kasih kepada Dr. Zulnaidi atas pemberian ni. 



Tengok tajuk pun rasa excited nak mula membaca. Hobi aku jugak kan... Bila dengar dan tengok je tajuk ni, terbayang kelemahan kita sebagai manusia yang selalu menyalahkan Tuhan sekiranya ditimpa kesusahan, tak terkecuali diri aku. hmmmm...kadang2 terbabas jugak pemikiran kita kan? Semoga buku ni nanti dapat memberi manfaat buat aku, juga korang semua sebab sikit sebanyak aku akan kongsi sinopsis buku ni.

Walau excited, tapi sebenarnya aku penat sangat hari ni. Ada latihan rumah sukan lepas sekolah, mula pukul 3 petang. Sedihnya, cuma ada 4 orang pelajar je yang hadir. Cikgunya ada 5 orang. aduhaiii.... takde semangat kesukanan la budak2 ni. Jadi, kami buat latihan ringkas sebab kesiankan pelajar yang datang ni. Gambar snap pakai handphone, jadi kualiti kureng skit...




Selesai, aku ke makmal komputer untuk sambung keje aku yg bertimbun2.... sedar tak sedar aku balik bila jam dah tunjuk kan 5.45 petang... penatttt... sampai rumah, bersilat pulak di dapur. ni sambil menaip ni pun, kepala dah rasa semacam je... adehhhh... pasni kena tido. esok nak bangun awal. ada lagi keje sekolah yang belum beres...

Monday, April 11, 2011

Sinopsis buku - Teknik Urus Wang Individu Berkesan

Oleh kerana hari ni aku ada mood yang baik sikit, jadi aku rasa nak tulis sikit la mengenai buku karya Zulnaidi Yaacob bertajuk "Teknik Urus Wang Individu Berkesan". So, aku straight to the point la. 

Basically buku ini menunjukkan 6 kaedah mengurus wang di mana setiap kaedah ada caranya tersendiri. Buku ini mudah dibaca dan mudah difahami, juga senang untuk diikuti oleh orang-orang di Malaysia sebab penulisnya juga orang Malaysia yang faham tentang situasi dan keadaan kewangan masyarakat Malaysia. 6 kaedah yang diberikan ialah Teknik Piramid, Teknik Wau Bulan, Teknik Bateri Komputer, Teknik Diet, Teknik Nilai Hobi dan Teknik Bawah Aras. 

Jadi aku buat kesimpulan untuk setiap teknik secara ringkas. Kalau nak tau lebih lanjut, kena la beli dan baca sendiri. Harga cuma RM18.  Promote plak aku, hehehe...tapi jgn salah faham ye, aku xde apa2 komisyen pun. cuma nak kongsi je dgn semua apa yang aku baca, mudah-mudahan ada keberkatannya dalam hidup aku. 

1) Teknik Piramid
Penulis menerangkan tentang cara untuk membahagikan peruntukan perbelanjaan mengikut peratusan keutamaan. Kita boleh bayangkan bentuk piramid, yg besar di bawah, itulah perbelanjaan keutamaan kita. Yang paling sedikit di bahagian atas, pastinya untuk perkara-perkara yang kurang penting.

2) Teknik Wau Bulan
Penulis menekankan tentang faktor keseimbangan dalam pengurusan kewangan.Penulis memberikan formula mudah yang boleh difahami oleh kita secara jelas dan setiap formula itu dihurai dengan baik.     

3) Teknik bateri komputer
Teknik ini sesuai untuk orang yang kurang berdisiplin ketika berbelanja. Mereka ni akan berbelanja selagi mana wang masih ada dalam poket. Penulis menerangkan tentang kaedah pengasingan akaun untuk dipraktikkan. 

4) Teknik Diet
Macam orang yang diet utk jaga badan, kita pun perlu diet untuk simpan duit. Penulis menunjukkan contoh untuk mengurangkan perbelanjaan dengan mengikut contoh rantaian perbelanjaan. Bagaimana untuk memaksimakan kewangan kita dengan mengurangkan perbelanjaan.

5) Teknik Nilai Hobi
Teknik ini menjurus kepada kaedah menggunakan hobi yang kita suka kepada wang. supaya hobi kita tu bukanlah hobi yang sekadar menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit. Sebaliknya dapat memberi pulangan kewangan kepada kita.

6) Teknik Bawah Aras
Teknik ini berkait rapat dengan pepatah "Semakin besar periuk, semakin besar keraknya". Jadi penulis memberi panduan-panduan yang berguna kepada kita untuk mengelakkan kita mengikut pepatah tersebut. Bagaiman nak tambah simpanan, apa yang perlu kita buat?

Kesimpulannya, buku ini memang best untuk dibaca dan kita boleh pilih mana-mana teknik yang bersesuaian dengan gaya hidup kita. 

Sunday, April 10, 2011

Hot Air Balloon Festival, Putrajaya

Oleh kerana aku malas nak citer, kita tengok gambar je la ek....


Sana sini jual belon

 


Belon nak dilipat











Macam-macam gerai jualan ada... Sambil tengok belon, sambil shopping. Orang pun tak lah terlalu ramai. Masih ok lagi kalau nak jenjalan...

On the way balik Rawang, kami singgah PICC dan Taman Botani. Bawa along naik menara tinjau tu. cuaca pun cerah. so, view pun ok.

Pokok kekabu di Taman Botani. Kalau la mak aku tengok...hmmm...