Thursday, April 14, 2011

Buku baru..terima kasih daun keladi

Hari ni aku excited sangat. Sampai rumah jam dah pukul 6.30 petang. Ada parcel pos ekspres dalam peti surat... Buku karya terbaru Dr. Zulnaidi Yaacob dah sampai, jadi milik aku. Yuhuuuuu!!! Kali ni buku motivasi. Tajuk buku ni "Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan". Hadiah untuk aku... serius aku rasa teruja sangat... hehehe...tak sangka akan dapat buku dari penulis. Terima kasih kepada Dr. Zulnaidi atas pemberian ni. 



Tengok tajuk pun rasa excited nak mula membaca. Hobi aku jugak kan... Bila dengar dan tengok je tajuk ni, terbayang kelemahan kita sebagai manusia yang selalu menyalahkan Tuhan sekiranya ditimpa kesusahan, tak terkecuali diri aku. hmmmm...kadang2 terbabas jugak pemikiran kita kan? Semoga buku ni nanti dapat memberi manfaat buat aku, juga korang semua sebab sikit sebanyak aku akan kongsi sinopsis buku ni.

Walau excited, tapi sebenarnya aku penat sangat hari ni. Ada latihan rumah sukan lepas sekolah, mula pukul 3 petang. Sedihnya, cuma ada 4 orang pelajar je yang hadir. Cikgunya ada 5 orang. aduhaiii.... takde semangat kesukanan la budak2 ni. Jadi, kami buat latihan ringkas sebab kesiankan pelajar yang datang ni. Gambar snap pakai handphone, jadi kualiti kureng skit...




Selesai, aku ke makmal komputer untuk sambung keje aku yg bertimbun2.... sedar tak sedar aku balik bila jam dah tunjuk kan 5.45 petang... penatttt... sampai rumah, bersilat pulak di dapur. ni sambil menaip ni pun, kepala dah rasa semacam je... adehhhh... pasni kena tido. esok nak bangun awal. ada lagi keje sekolah yang belum beres...

No comments: