Sunday, March 13, 2011

11 Mac 2011

Semua orang sedar dan perasan apa yang terjadi tanggal 11 mac yang lalu. Gempa bumi kuat dan tsunami yang membadai jepun!! Ya Allah, terasa kiamat tu hampirrrr sangat dengan kita. Patut sangat peristiwa ni di jadikan pedoman dan iktibar buat kita semua.

Gambar pinjam dari En. Google:









Malangnya, apa yang aku nampak di Malaysia tak begitu. Konsert sana sini, masih terkinja2 di kelab malam, muda mudi yang nak jadi artis pun bukan main ramai lagi... hiburan dah jadi satu kebiasaan yang sebati di jiwa...hurmmm...maknanya petunjuk dari Allah ini masih belum dapat menyedarkan manusia yang masih lalai dengan keseronokan duniawi. Mungkin sampai dah kena batang hidung sendiri kot baru nak menyesal. tapi, waktu tu mungkin dah terlambat untuk kita berpatah balik. Semoga Allah melindungi diriku, keluargaku dan umat islam dari bencana yang sangat menakutkan...





Sunday, March 6, 2011

Jalan-jalan hujung minggu

Hari ni pepagi dah kuar. bawa along g jalan2  di taman dekat waterfront parkcity. taman ni nampak cam baru lagi. pokok pun kecik2...jadinya, cepat panas... nasib baik waktu kami sampai tu, ada tempat yg sesuai dan redup untuk tengok ikan. kami bawa makanan ikan.. along memang excited lah tengok ikan banyak asik nyambar makanan. pengunjung lain aku tengok bawa roti... walau ada signboard kata jgn bagi ikan makan, tapi kami tetap jugak nak bagi makan...ehehehe..... degil... 

















kawasan ni aku leh katakan majoriti penduduk dia cam orang kaya-kaya gitu. sebab apa yang aku nampak, kedai2 sume nya branded, lagi pulak nampak satu bangsa je kat taman tu. majoriti bawa family main dan riadah kat situ. ada gak yang bawa basikal, joging, bawa anjing diorang jenjalan... tenang jugak taman ni.. bersih..ada tasik yang menenangkan. rasa cam jauh dari kota.. chewahh...  cuma panas je lahh...

lagi satu, aku sebenarnya ter'booking' tiket nak g bandung october nanti... uwaaaa... habih duit aku camni. ni sume salah air asia, buat aku tergoda tengok tiket murah. pegi balik kl-bandung rm50/person. tiket saje. blm masuk tax, luggage etc... nasihat aku, lain kali sape yg nak book tiket murah, make sure payment guna cimbclicks or maybank2u. cam haku xalert, rugi rm48. kalau tak, total tiket aku baru RM249 instead of RM297, gara2 convinience fee sbb bayar guna credit card. charge RM16/person return. mahal khennn?? hidden cost ya pak tony...

Thursday, February 10, 2011

Birthday Baihaqi 4yrs

N3 ni dah lama simpan dalam draft. tak published je. malas sebenarnya nak bukak blogspot nih nak update. hehehe... camni la aku. azam tinggal azam la. kengkonon tahun ni lbh rajin update blog berbanding thn lepas... ngeeeee...

ok, back to our story. 2 minggu lepas, aku wat small party untuk my dearest son sempena birthday dia yg ke  -4. sekejap je masa berjalan... tup..tup  dah 4 tahun anak aku. dah pegi tadika pun. plan asal nak sambut kat taman di putrajaya. ala-ala picnic gittew... malangnya kami juz picnic dlm rumah mak njang baihaqi je sbb hujan tak berterusan dari pagi sampai la ke malam. frust aku!! huhuhu... aku dok berangan wat birthday party kat garden, ada rumput hijau, matahari yang terang, boleh snap bnyk gambar2 menarik.... Kuasa Tuhan mengatasi segalanya. kita hanya mampu merancang. yang attend ni ialah pak long n mak long  baihaqi sekeluarga, mak tok dan paksu, mak njang selaku tuan rumah. menu boleh tahan banyak gak: nasi ayam, bihun goreng, sandwich, sosej goreng, cookies, buah2an, kek birthday... meh kita layan gambar yek ;-p




Tengok la gelagat birthday boy ni...



wartawan fb...hehehe

3 sahabat karib merangkap sepupu

Masing-masing ceria

Tuan rumah merangkap wartawan fb jugak

kek yang tinggal sikit. nyummy!!! sedap wooo kek ni

cookies yg aku tempah. cantik kan? sedap plak tu

pak su tengah melantaks!!

peace!! pak su kat belakang tengah membuta. hahaha..aku ada snap gambar


Luar rumah yang basah dek hujan yg xnak berenti...



kelakar!! tp terhibur aku

Thursday, January 6, 2011

Hari pertama along di tadika

3 Januari 2011 - hari pertama along jejakkan kaki ke tadika kemas. ye la 28 januari ni, genap umur dia 4 tahun. excited sungguh budak ni nak pegi sekolah. jangan esok dah besar, liat pulak nak ke sekolah. so, lebih kurang 7.30 camtu dia n ayah ke tadika untuk pendaftaran. hehehe...kejutan budaya agaknya sebab 1st time kan... walau excited, tapi asyik ngekor ayah dia ke sana ke mari. sayangnya...aku tak dapat nak tengok sebab bekerja. hb xpe, boleh ambik cuti. aku susah sikit nak 'kawtim' dengan bos. sebenarnya aku teringin nak hantar along pegi tadika hari tu...huhuhu...berkorban again utk anak orang. moga2 Allah beri ganjaran untuk ku dan permudahkan urusan anakku..

ok, ni ada skit pics yg sempat la si ayah snap kat tadika tu. along pilih sendiri baju yang dia nak pakai pagi tu. baju belang2 merah putih. lepas ni kena pakai uniform plak...




nasib ada cousin dia 2 orang. kak long n fakhri. memang memudahkan kami
tq kak long.

muka orang excited



fakhri juga hari pertama ke tadika. 



kasut baru. kena pakai kasut sekolah. cewiii tak hengat..hikhik
lepas ni along kena g sekolah naik van dari nursery. mesti excited sebab naik ramai2 kan. tapi, syukur sangat ada 2 orang cousin dia. kalau tak jenuh la hari ke-2 tu sebab ramai budak yang menangis kena tinggal. 

harapan mama: moga along akan jadi anak yang baik, rajin, berbudi bahasa, bersopan santun dan berilmu agama yang tinggi. selamat bersekolah sayang. mama sayang along. muah..muah...