Monday, April 11, 2011

Sinopsis buku - Teknik Urus Wang Individu Berkesan

Oleh kerana hari ni aku ada mood yang baik sikit, jadi aku rasa nak tulis sikit la mengenai buku karya Zulnaidi Yaacob bertajuk "Teknik Urus Wang Individu Berkesan". So, aku straight to the point la. 

Basically buku ini menunjukkan 6 kaedah mengurus wang di mana setiap kaedah ada caranya tersendiri. Buku ini mudah dibaca dan mudah difahami, juga senang untuk diikuti oleh orang-orang di Malaysia sebab penulisnya juga orang Malaysia yang faham tentang situasi dan keadaan kewangan masyarakat Malaysia. 6 kaedah yang diberikan ialah Teknik Piramid, Teknik Wau Bulan, Teknik Bateri Komputer, Teknik Diet, Teknik Nilai Hobi dan Teknik Bawah Aras. 

Jadi aku buat kesimpulan untuk setiap teknik secara ringkas. Kalau nak tau lebih lanjut, kena la beli dan baca sendiri. Harga cuma RM18.  Promote plak aku, hehehe...tapi jgn salah faham ye, aku xde apa2 komisyen pun. cuma nak kongsi je dgn semua apa yang aku baca, mudah-mudahan ada keberkatannya dalam hidup aku. 

1) Teknik Piramid
Penulis menerangkan tentang cara untuk membahagikan peruntukan perbelanjaan mengikut peratusan keutamaan. Kita boleh bayangkan bentuk piramid, yg besar di bawah, itulah perbelanjaan keutamaan kita. Yang paling sedikit di bahagian atas, pastinya untuk perkara-perkara yang kurang penting.

2) Teknik Wau Bulan
Penulis menekankan tentang faktor keseimbangan dalam pengurusan kewangan.Penulis memberikan formula mudah yang boleh difahami oleh kita secara jelas dan setiap formula itu dihurai dengan baik.     

3) Teknik bateri komputer
Teknik ini sesuai untuk orang yang kurang berdisiplin ketika berbelanja. Mereka ni akan berbelanja selagi mana wang masih ada dalam poket. Penulis menerangkan tentang kaedah pengasingan akaun untuk dipraktikkan. 

4) Teknik Diet
Macam orang yang diet utk jaga badan, kita pun perlu diet untuk simpan duit. Penulis menunjukkan contoh untuk mengurangkan perbelanjaan dengan mengikut contoh rantaian perbelanjaan. Bagaimana untuk memaksimakan kewangan kita dengan mengurangkan perbelanjaan.

5) Teknik Nilai Hobi
Teknik ini menjurus kepada kaedah menggunakan hobi yang kita suka kepada wang. supaya hobi kita tu bukanlah hobi yang sekadar menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit. Sebaliknya dapat memberi pulangan kewangan kepada kita.

6) Teknik Bawah Aras
Teknik ini berkait rapat dengan pepatah "Semakin besar periuk, semakin besar keraknya". Jadi penulis memberi panduan-panduan yang berguna kepada kita untuk mengelakkan kita mengikut pepatah tersebut. Bagaiman nak tambah simpanan, apa yang perlu kita buat?

Kesimpulannya, buku ini memang best untuk dibaca dan kita boleh pilih mana-mana teknik yang bersesuaian dengan gaya hidup kita. 

3 comments:

Nizam77 said...

salam admin...

boleh dapat katne buku tu ya...?di kedai-kedai utama cam mph, popular ada ke?
sebab tertarik dengan teknik yg namanya wooow....mesti lain dari lain ni...

nizam77
www.knizambiz.com

gdah said...

salam nizam.. saya beli buku tu kat kedai buku biasa jer. kat MPH pun ada. beli la. bagus sebagai panduan

osman said...

time kasih info.tengah mencari buku rancangan kewangan yg sesuai