Wednesday, March 17, 2010

Mak dah balik

Dalam pukul 12.30 tadi, mak aku baru jer bertolak balik ke kedah dengan sepupu aku. Hampir 3 minggu kat sini, nampak muka mak sedih. ye la kan, berpisah dengan anak, menantu, cucu...sape pun sedih. aku? of course rasa sunyi. hb kat opis. mak dah balik kg. tinggal aku berdua dengan Baihaqi jer. sempat gak aku hulur sikit duit tangan untuk mak. huhuhu...weiii aku sedih ni. serious, tak tipuuu... tiap kali mak balik kg, aku la orang yang sedih... nak wat cemana kan. aku rindu betul nak balik kg. rindu dengan apa yang ada kat sana. nak ziarah kubur arwah ayah, nak g jenguk tok n wan kat tokai, banyak la plan aku. teringin nak jumpa adik aku, bang chik, bang t,.... tapi...errrmmmm....

Bila mak kat sini, sempat mak ajar aku nak wat home made roti canai. senang jer rupanyee... heheheh...aku yg malas. siap dengan kuah lagik mak tunjuk. pas ni leh aku wat roti canai sendiri. lagi pun hb n anak aku memang suka makan. sesuwaiiiii gittewww... ini la roti canai hasil air tangan mak. memang bila buat sendiri ni, kita boleh control minyak yang digunakan. kira kurang la skit pakai minyak. ni la dia roti canai tuuu... cam kat kedai je kan?

Kalau aku terfikir pasal mak dan kakak, aku teringin nak jadi orang senang. bukan tak bersyukur dengan apa yang aku kecapi sekarang ni. tapi, teringin nak penuhi semua impian mak selagi mak masih ada. kalau boleh, mak sebut jer, blinkkkk.....aku dah sediakan. kan best camtu. korang penah rasa gitu tak? rasa hampa bila kengkadang permintaan mak tu terpaksa diketepikan.  nak bawa mak g mekah lagi sekali, g cuti-cuti, beli baju, kasut mahal, makan sedap-sedap, dapat rawatan perubatan 1st class, repair rumah kat kampiung, pendek kata semua la nak serba tip top. tapi, tu la kan. aku hanya mampu berangan jer. bagi duit tangan kat mak pun tak seberapa. sian makkk.. nak balik kg pun terpaksa pikir 10x, kira bajet tolak tambah darab bahagi.

seronok kan jadi orang yang berkemampuan. boleh penuhi impian orang tersayang terutama mak & ayah yang melahir dan membesarkan kita. syukur la sape yang berada pada kedudukan tu. memang rahmat yang Allah kurniakan tu teramat besar. wajib bersyukur banyak-banyak.

ok lah, si kecik ni hari ni keje meragam jer. penat dah aku. kejap sakit perut, kejap gatal, naik merah-merah kat punggung dia. tak bagi pakai pampers, nak pakai gak. heeeeee....pastu asik merengek. sabar je laaa... so, aku stop stori dulu aaarrrr...

Friday, March 5, 2010

Sambungan lagi....

Ok, aku ceritakan tugas aku di sekolah semalam dan hari ini. Betapa letihnya aku… sebelum ke sekolah, aku memasak dahulu di rumah… takut nanti suami balik lapar, takde makanan..then pukul 8.40 siapkan semua barang anak dan barang yang nak di bawa kesekolah, kunci pintu, pastu drive hantar anak ke nursery, terus memandu ke sekolah. semalam sampai ke rumah dari sekolah dah 7.40 malam. Aku sampai di sekolah pukul 9.30 pagi. terus ke tempat aku untuk menyiapkan fail kokurikulum yang mana pada zaman aku belajar dulu, pelajar yang buat semua benda ni. Minit mesyuarat agung persatuan, senarai nama pelajar kelab/persatuan, senang cerita semua. Kemudian aku buat lesson plan untuk hari tu. TETAPI, preparation untuk masuk ke kelas zero. Tak sempat nak buat. Then masuk kelas, solat zohor. Sambung dengan kelas lagi sampai pukul 4.35.

Pastu, aku update fail merit pelajar (ke hulu ke hilir cari borang). Kelas lagi…. Perhimpunan petang, solat asar…balik rumah… pendek kata, aku memang tak rehat langsung dari pukul 9.30 pagi sampai 6.40 petang. Dalam tempoh ni, aku rasa aku berjalan ke hulu ke hilir dah beberapa km.Tengok… waktu untuk menanda buku pelajar pun tak ada. Baju berpeluh, badan melekit…

Mungkin sebab kuasa merotan tidak ada, maka pelajar sekarang tidak memperdulikan guru. Kalau masuk kelas, bercakap dengan pelajar-pelajar yang bising, tidak mendengar kata langsung, buku tak bawa, alat tulis tak ade… hanya segelintir sudi nak menadah telinga mendengar…. Macam ni pun kami dikatakan tidak ikhlas mengajar? Jadi, apa harus kami buat supaya boleh dikatakan ikhlas? Nak sediakan bahan bantu belajar yang hebat…macam mana? Masa nak buat persediaan pun tak ada. Di rumah? Cukup la dengan menanda buku di rumah. Kami juga ada keluarga…. Ada urusan yang perlu diselesaikan, ada anak dan suami, nak juga merasa rehat bila cuti, balik kampung menjenguk orang tua… cuti sekolah kami pun diambil untuk kelas tambahan…hujung tahun menjaga peperiksaan spm…itu pun keikhlasan kami masih dipersoalkan..yang mana akhirnya buat aku mengalah… semalam.. balik dari sekolah, lepas gerammm…sebab terlalu letih…. tidur malam sampai cramp kaki sebab terlalu banyak berjalan….…..

Pelajar sekarang manja yang melampau. Semua nak disuap. Bagi latihan yang mudah dan sedikit pun tak nak buat. Sebab malas nak fikir. Tulisan macam cakar ayam. Kalau line free hand jer. Takde pakai pembaris. Yang buat aku rasa macam nak menjerit dan sumbat semua buku dalam tong sampah!! Kalau bagi latihan, mesti kena tulis jawapan jugak. Kalau tak memang boleh kira dengan jari yang siap kerja. Even tulis jawapan pun ramai yang tak siap…. Jadi, macam mana kami guru nak handle masalah ni. Nak rotan??? Tak bolehhhh…nanti kena saman. Rotan je yang pelajar takut. Setakat kena herdik, diorang tak heran. Kalau kaunseling??? Lagi tak jalan. Demerit??? Pun tak berkesan… jadi apa cara lagi yang kami boleh buat…tolonglahhh parents di luar sana..semak buku kerja/latihan anak2 anda semasa di rumah. Periksa beg anak2 tengok apa benda yang dibawa sewaktu datang sekolah. Ada yang datang sekolah, beg kempis jerrr…. Kasihanilah kami guru-guru ni…. Dah letihhh….penatt…lelah….perit…. jangan serahkan tanggungjawab tu pada kami 100%. Tolong lah pantau anak-anak anda. Kami tak terdaya nak pantau semua. Lagi pun, kami takde kuasa nak buat apa pun kalau pelajar bermasalah. Setakat boleh tegur dan membebel saja… salah kami jugak ke?

Emosional kejap



"Mama suruh datang sekolah". Itu jawapan yang aku terima dari seorang pelajar kelas peralihan tatkala aku menghantarnya pulang ke rumah petang tadi. Dah tahu anak tu demam panas, kenapa la nak suruh ke sekolah. Bukankah lebih baik suruh pelajar tu duduk berehat kat rumah. Aku tak pelik dengan perangai parents sekarang yang kebanyakannya lepas tangan terhadap anak-anak. Cara termudah untuk mereka melepaskan diri dari manjaga anak-anak ialah menyuruh ke sekolah. Mungkin mengharap guru tolong jaga anak mereka. Sudahnya, guru terpaksa bersusah payah menghantar anak mereka balik. Itu pun, masih ramai ibu bapa di luar sana yang masih tidak tahu berterima kasih dan menghargai jasa guru yang mendidik anak mereka. Pantang ada silap sikit, pasti teruk guru-guru di sekolah menjawab tuduhan mereka. Memang dunia dah terbalik.

Coretan aku mungkin panjang hari ni, juga agak emosional sebenarnya. Sungguh kata orang, tugas guru teramat berat. Dulu aku bekerja di pejabat, 8pg – 5ptg, tapi aku tak pernah rasa begini letih. Penat, stress, berkorban masa, wang ringgit, tenaga tak usah cerita la. Allah saja yang tahu peritnya bila kita dah bergelar pendidik. Aku rasa parents di luar sana pun tak sanggup keluar duit untuk support anak orang. tapi, kami buatttt....bukan besar mana pun gaji kami...

Bila kita jadi guru juga, kita tak boleh nak harap pasangan kita memahami kita…sebabnya…mereka memang tak akan faham kesukaran, kesulitan dan masalah yang kita terpaksa hadapi setiap hari di sekolah. Dengan jadual kelas yang padat, kerja-kerja perkeranian yang banyak, dengan karenah budak yang pelbagai, tekanan dari pelbagai sudut, pergerakan fizikal yang macam orang sasau ke hulu ke hilir tak kira masa….berpeluh badan, melekit…hangit… Memang kalau kita kurang sabar, boleh jadi gilaaa!!!!

Pelajar sekarang dan pelajar dulu jauhhhhh sangat bezanya. Pelajar dulu sangat hormatkan guru. Orang selalu kata, guru-guru dulu ikhlas mengajar berbanding guru-guru sekarang. Sebab tu pelajar dulu hormatkan guru… aku 1000% tak setuju dengan pendapat ni. Kita tolak ke tepi guru yang mengajar sebelum merdeka. Sebaliknya, bandingkan dengan guru-guru yang mengajar 20 tahun lalu. 20 tahun lalu, guru-guru tidak dibebani dengan kerja sampingan yang melampau, aktiviti kokurikulum, sukan, tiada report itu ini nak kena siap…pendek cerita…tugas guru lebih kepada p&p sahaja. Itu pun, semasa zaman aku belajar konsep yang digunakan cumalah chalk n talk. Jarang2 ada preparation yang gah macam yang diminta oleh KPM sekarang. Tapi berjaya juga aku dan rakan2 waktu tu. Tak pernah timbul kes pelajar atau ibu bapa saman cikgu. Bagi aku sama jer cikgu dulu atau sekarang. Masing-masing ikhlas menjalankan amanah yang maha berat ini.

Guru sekarang, macam aku cakap di atas tadi….ditambah dengan sikap ibu bapa yang lepas tangan, tekanan dari KPM sendiri yang menganggap guru seolah-olah robot, macam-macam arahan yang kadangkala tak masuk akal dibebankan atas kepala guru. Contoh mudah, untuk kokurikulum. Penglibatan pelajar walaupun mereka tak aktif wajib juga diberi markah. Tak boleh letak 0 walaupun pelajar terbabit tak pernah melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah. Sudahnya, guru terpaksa memberi juga markah kepada setiap pelajar. Jadi, salah siapa dalam hal ini?