Monday, February 15, 2010

2D1N di Putrajaya

Sempena cuti CNY ni, aku, hb & Baihaqi ambik kesempatan jalan2 kat Putrajaya. Kami tido kat rumah cik ah di precint 18. Bertolak dari Rawang pun dah 4.30 ptg. singgah kedai Sakan untuk beli toto 2 helai. cik ah pesan coz rumah dia blm ada toto. ye la, kena prepare gak kan. kot2 ada org nak dtg rumah dan tumpang tido. senang sebab dah ada. tak kelam kabut nak beli lagi. 

Sampai Putrajaya dah pukul 7.30 mlm. dah nak maghrib pun. kami terus g rumah cik ah ambik dia, then terus ke Taman Warisan untuk makan. hehehe...aku berjaya pau cik ah belanja makan sate... hmmmm...cik ah beli 40 cucuk. 20 ayam & 20 perut. cuma sate tu kureng best sebab diorang bakar sekejap sangat. rasa cam daging rebus jer. maklum la, kat situ ramai sangat orang makan. kat putrajaya mana ada tempat makan lain lagi. habis2 cuma ada kedai mamak. tapi, aku & family memang tak minat ler mamak2 ni. tak leh telan, tekak pun tak boleh nak terima. Menu kami kat situ selain sate, aku order nasi goreng paprik, fresh orange, n cik ah plak order kuew tiow sup. mengah gak ler nak habiskan sumer makanan. sudahnya, kami tapau sate bawak balik.. hehehe...tamak beb... Baihaqi cam biasa, demand nak ais krim. jadi, cik ah beli ais krim cornetto bagi kat dia.

 

  
 muka excited dapat ais krim

  

  
eerrmm..... sedapnyeeeee
  
 sate...nyummy

selesai makan, kami g rumah cik ah. dok kejap lepak-lepak. cik ah belum beli tv lagi. tetiba jer timbul idea nak g cari tv kat Alamanda. Kami terus siap2 nak g carefour plak. hahaha... keje gila sebab waktu tu dah dekat pukul 10 mlm pun. sampai Carefour alamanda, dah berkenan a few flat screen tv, tapi semua takde stok. Ape laaaa.... pasaraya yang besar pun tak simpan ready stock. alasan salesman tu ialah supplier cuti raya. eeeee...nampak sangat le derang ni bergantung 100% kat Cina. at last, tak jadi beli TV. esok la plak. plannya nak cari kat Mydin je. Dah itu jer pilihan/ kedai yang ada. Kang kami balik, susah lak cik ah nak beli tv sorang2 kannn...
  
sementara tunggu hb bayar tiket parking....
 
mak njang & Baihaqi

ok, esok sambung citer lagi....

No comments: