Sunday, February 28, 2010

Cuti 3 hari

Pagi ni, hb suruh aku masak makaroni goreng untuk bekfes. tadaaaa...ini la makaroni yang aku hasilkan. 

 

  

meh la makan..jemput yerrr....nampak nyummy kan. hehehe...perasan sungguh aku ni. ye la, tunggu korang puji memang takdenyer. so, aku puji la diri aku sendiri. hiksss....

Jumaat lepas kan cuti sambutan Maulidur-rasul. Sekolah aku wat majlis, tapi aku xpegi. malas laa... kalau dekat rumah dan sekolah, mungkin aku pegi. ni dah jauh, liat bukan main. lagi pun, hari Jumaat tu banyak aktiviti aku nak buat. nak kemas rumah, nak siang ikan, ayam dan seafood stok 1 minggu. mak aku nak mai dari kedah hari Ahad ni. pepagi, hb dah ke pasar beli bahan-bahan basah. bekfes pagi tu hb beli roti canai. aku plak masak bubur jagung cicah dengan roti. habis bekfes, cam biasa la rutin aku. siang ikan ayam semua siap-siap. kalau tak nanti hari sekolah kelam kabut nak masak. 

malam tu plak, kami ke pasaraya Bintang kat Rawang, beli bahan kering untuk rumah.sebelum tu ambik cik ah. dia dari Putrajaya. turun kat stesen komuter Rawang.  lupa lak, tengah hari tadi, fuad (adik hb) & wife, lia datang rumah. diorang dari Perodua. Lia dapat offer keje situ. bestnyaaaa...gaji besar, benefit banyak, bonus minimum 4.5 bulan... jeles nyer... apa pun tahniah untuk diorang. bertambah rezeki lagi.

hari sabtu, aku berehat-rehat kat rumah je. lama dah tak rest. dah la hari sekolah sibuk manjang. weken pun sibuk gak. hmmm...camni la hidup kan. abang posmen ada datang rumah hantar surat cinta. bil cad credit citibank. bila aku buka...suprisseeeeee....GST-RM50.00. otomatik darah aku menggelegak bila tengok statement nih. geram kat Bijan yang mangkun hayun tuh. sesuai sungguh dengan slogan dia "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". apa taknya, negara takde duit, kepala rakyat dia ketuk dulu. itu pun orang masih sokong dia. herannn.....herannnn....

kad kredit ni penting untuk aku sebab selalunya aku isi minyak kete. then, at the end of the month aku akan make sure aku bayar semua. lagi satu, cc ni penting bila kita nak beli barang online. contoh, cam tiket kapal terbang. atau pun bila kita travel. tak kira la ke mana-mana pun. bila outstation, cc ni sangat perlu. semalam bila aku cari dalam tenet, cc Bank Rakyat je yang sanggup absorbed GST nih. so, pasni aku nak terminate kad-kad lain. nak apply Bank Rakyat je la. tak sanggup aku perabih duit kat si Botak Bijan dan bini dia si Katik rambut kejung tanpa sebab. tak pasal2 kita kena bagi duit kat depa. hangin tul akuuu...

hahaha...emo jap aku bila sebut pasal si Botak Bijan nih. bodo mentadbir. takpe, tunggu la...ko pun akan mati gak. balasan Tuhan tu pasti. aku tunggu jer saat tu. mana tau, eksiden ke, kapal terbang terhempas ke...hahaha...aku la yang akan bersorak sakan. siap buat sujud syukur lagiiii....Bijan takut bini....ok, stop citer mangkuk 2 ekor ni. 

jumpa lagi....nak siap-siap. jap g nak g kepong, attend kenduri kawen...

Tuesday, February 23, 2010

Gambar birthday Chaq

Ok... as promised. here are the picsss.... layanzzzz

 
kek sedapppp...

  

  
 potong kek...dah meningkat umoo weiii

  
 chaq & wardah

  
 chaq & Baihaqi. tumpang sibuk gak budak ni..hehehe

  
 chaq & Fakhri.. anak ke-2

  

  
 chaq & widad, anak ke-3

  
bersama his beloved wife...

  
uiksss... tangan & jari sape yang comei tu. leh jadi model untuk losyen tangan...hahaha

Friday, February 19, 2010

Heppi belated birthday chaq

Malam semalam aku g rumah chaq coz diorang adakan makan2 sempena birthday chaq yg ke-38. sekejapppp jer masa berlalu kan? pejam celik pejam celik dah hampir 40thn dah umo chaq. aku pun dah hampir 30 thn. dah tua weeiiii... aku baru ada sorang anak, chaq dah 3... hhhooooo...jauh lagi nak kejar tu..

chaq beli makanan kat pasar malam sg. buaya nih. ada murtabak, pizza, karipap, keropok lekor, mee sup & bihun sup. kak chaq pulak beli kek secret recipe, tiramisu... errrmmm...cedap..cedap... hahaha..bila leh makan orang belanja, aku gerenti tak tolak nyer. bak kata orang 'rezeki jangan ditolak'... i likee!!! i like!! 

untuk chaq, "selamat hari lahir. moga murah rezeki dan panjang umur." lagi pesanan aku: "wat la makan-makan selalu. takpe. aiman tak kisah pun" kak chaq lak suka menapau bagi kami bawak balik.. hehehehe.... syabas inspektor sahab!! buat lagi tau. ni kalau kak chaq baca ni, mau pengsan dengan adik ipar dia yang "terlalu" senonoh nih. ahahaha

nanti aku letak gambar ek. malas la nak transfer gambar masuk pc. nak resize lagi. aku ni memang sentiasa camni.  malassss jer.. tu yg hb ai asik bebel tu. hiksss.. gambar pun tak banyak mana. cukup la sebagai kenangan chaq & family.

cukup la dulu bersiaran kali ni. esok mere betei kena p sekolah. againnnn?? errrmmmm

Tuesday, February 16, 2010

Putrajaya Part 3

Lepas g Dataran Perdana tu, kami ke Taman Putra Perdana. ehehehe...sempat jalan-jalan and snap few pics...


 

  

  

 

 




  
 area Mydin Putrajaya, beli tv kat sini

  
 view dari rumah Cik ah. silap sebab tak snap view malam. lawaa..

 

 
last posing sebelum bertolak balik

Putrajaya Part 2

Sambungan citer semalam.....

Bangun pagi, aku & hb bawa Baihaqi ke dataran perdana untuk kayuh basikal. walau pun baru jer pkl 8.30 pagi, tp cuaca dah panas terik. jadi, kami pegi ke taman sebelah rumah PM. redup sikit kat situ. tambah pulak, takde orang lain. bebas la si kecik tu kayuh basikal dia. hehehe...citer banyak pun boring gak kan. so, aku letak gambar lak bagi banyak....layanzzzz


Baihaqi & his bicycle

me & son...

 
 depan fountain

  
 father & son

  
palace of Bijan & ayam katik. view from the park...

  



  
beautiful flower....

  

  
 heppi dapat panjat tangga...sooooo active!!

 
pokok yang tak dijaga. tak trim dengan baik. sayangggg....

more pics in the next entry....

Monday, February 15, 2010

2D1N di Putrajaya

Sempena cuti CNY ni, aku, hb & Baihaqi ambik kesempatan jalan2 kat Putrajaya. Kami tido kat rumah cik ah di precint 18. Bertolak dari Rawang pun dah 4.30 ptg. singgah kedai Sakan untuk beli toto 2 helai. cik ah pesan coz rumah dia blm ada toto. ye la, kena prepare gak kan. kot2 ada org nak dtg rumah dan tumpang tido. senang sebab dah ada. tak kelam kabut nak beli lagi. 

Sampai Putrajaya dah pukul 7.30 mlm. dah nak maghrib pun. kami terus g rumah cik ah ambik dia, then terus ke Taman Warisan untuk makan. hehehe...aku berjaya pau cik ah belanja makan sate... hmmmm...cik ah beli 40 cucuk. 20 ayam & 20 perut. cuma sate tu kureng best sebab diorang bakar sekejap sangat. rasa cam daging rebus jer. maklum la, kat situ ramai sangat orang makan. kat putrajaya mana ada tempat makan lain lagi. habis2 cuma ada kedai mamak. tapi, aku & family memang tak minat ler mamak2 ni. tak leh telan, tekak pun tak boleh nak terima. Menu kami kat situ selain sate, aku order nasi goreng paprik, fresh orange, n cik ah plak order kuew tiow sup. mengah gak ler nak habiskan sumer makanan. sudahnya, kami tapau sate bawak balik.. hehehe...tamak beb... Baihaqi cam biasa, demand nak ais krim. jadi, cik ah beli ais krim cornetto bagi kat dia.

 

  
 muka excited dapat ais krim

  

  
eerrmm..... sedapnyeeeee
  
 sate...nyummy

selesai makan, kami g rumah cik ah. dok kejap lepak-lepak. cik ah belum beli tv lagi. tetiba jer timbul idea nak g cari tv kat Alamanda. Kami terus siap2 nak g carefour plak. hahaha... keje gila sebab waktu tu dah dekat pukul 10 mlm pun. sampai Carefour alamanda, dah berkenan a few flat screen tv, tapi semua takde stok. Ape laaaa.... pasaraya yang besar pun tak simpan ready stock. alasan salesman tu ialah supplier cuti raya. eeeee...nampak sangat le derang ni bergantung 100% kat Cina. at last, tak jadi beli TV. esok la plak. plannya nak cari kat Mydin je. Dah itu jer pilihan/ kedai yang ada. Kang kami balik, susah lak cik ah nak beli tv sorang2 kannn...
  
sementara tunggu hb bayar tiket parking....
 
mak njang & Baihaqi

ok, esok sambung citer lagi....

Sunday, February 7, 2010

karnival MPH

Last week aku ke shah alam, attend kenduri kahwin sedara hb. Kenduri tu diadakan di dewan politeknik. Lepas kenduri, kami ke karnival buku MPH di stadium Melawati. karnival tu kecik jer. tak banyak sangat pilihan buku. cuma kami terlewat scene bersama upin & ipin. kalau tak, Baihaqi mesti seronok tak terkata. dah terlepas, so aku ke gerai upin & ipin. aku rembat beg untuk baihaqi. harga RM25. lawa la jugak. 

 


then diorang jual t-shirt. RM20 tak silap aku. tapi aku tak beli sebab t-shirt jer. kalau sepasang dengan seluar, mesti aku dah beli. pastu aku beli vcd Dora the Explorer, dvd sesame street & buku mewarna. habis RM50. ye la, aku pun tak beli hadiah untuk besday dia. so, ni kira hadiah la. aci tak?? huhuhuhu.....


weekend ni pulak, aku tak g memana pun. semalam kena ke sekolah. ada gotong royong perdana. aku kan org ICT. tugas aku of course ler kat makmal sekolah. dengan waktu yang singkat tu, kami cuma sempat hias 2 buah papan kenyataan di luar makmal komputer. jadilahh... 

 

  

  

 

habis gotong royong dah hampir 12.30 thari. ada perasmian penutup kat dewan. tapi cam biasa arrrr... aku ni kan kaki ponteng. hahaha... jadi aku dengan bangganya memontengkan diri dengan terus chow balik rumah. awal2 lagi aku dah plan sebenarnya. sampai jer kat sekolah pagi semalam, aku parking kete betul2 depan pintu pagar utama. takut org perasan aku blah kalau parking kat dalam. hehehe.....jap g nak kuar g makan t/hari kat bukit sentosa.. so, sekian saje entry kali ni.