Ni patutnya entry untuk 7 Okt 09. Aku type dah berapa hari dah. xsempat nak upload. Hari ni aku upload. kasi korang layanzzzz......
Pagi ni aku bangun dah pukul 6. Kelam kabut capai towel masuk bilik mandi. Hiksss…. Ini la aku. Walau anak satu, masih cam dulu2 gaksss… bila la mak Baihaqi ni nak berubah yek. Kalau dah nama pun pagi, kelam kabut sokmo. Nak pulak hb pun kena kuar awal. Pukul 6.30 pas solat subuh, terus dia chiow. Kalau aku lewat, alamat aku kena kunci pintu pagar n pintu rumah. Berdebar2 gak hati sebab waktu tu masih gelap. Belum ada jiran yang keluar bukak pintu pagar. Sudahnya mata aku melilau kiri kanan, sambil kendong Baihaqi yang masih lena ke kereta. Zaman sekarang ni kan banyak orang jahat. Pepagi camni lagi bahaya sebab waktu tu la pintu pagar n pintu rumah ternganga. Pas hantar Baihaqi, terus keter aku meluncur ke sekolah. Hari ni peperiksaan PMR bermula. Jadi, to all form 3 students, ‘GOOD LUCK’.
Sejak hari Isnin aku selsema n batuk2. Penangan makan kat open house banyak sangat kot. Hiksss…. Sampai hari ni pun masih berkokok sakan, sampai berair-air mata batuk. Perit tekak… Waktu aku taip blog nih pun kat comp. lab sekolah. Kejer banyak, tapi I’m not in the mood sebab memang rasa tak sihat sangat. Abis2 sangat aku dok pot pet dengan kak yati kat depan aku nih. Dia pun sibuk dok siapkan report yang dah hampir due.
Tadi jer mood aku memang down. Sebab baru dapat call dari KP Math, katanya esok n lusa dan buat bengkel teknik menjawab untuk student F4. Hampess keladi tolll la…. Dah la jadual waktu persendirian kena ikut, then tambah lagi dengan kelas nih…eeeiiiii… gerammm… untung guru2 dari jabatan lain…time ni boleh fokus kerja2 lain yang tengah bertimbun mintak disiapkan…. Maklumlah, kelas diorang kitorang ambik……
Tutup la citer sekolah. Kang ada yang kena keji lagi…hiksss…. Aku kan suka mengeji orang…. Hahaha
Nak tanya, korang ada ambik insurans nyawa tak? Aku ambik gak. Ye la… kita kena sediakan payung sebelum hujan kan… kita mana boleh ramal masa depan kita, apa akan jadi kat kita, anak-anak kita, family kita… berapa banyak kita daaa…Sebelum ni aku ambik insuran Takaful Ik*las. Tapi takde medical card. Dah lama sejak 2004 lagi. Anak aku pun sama. Sejak umor dia 6 bulan lagik. Hb plak ambik untuk diri dia sendiri. Tapi, aku dah terminate untuk both of us sejak 2 bulan lepas. Ambik Prudential BSN pulak sebab ada medical card. Walaupun coverage dia tak la banyak mana, tapi at least if something happen, boleh lah menampung apa2 yang patut. Total aku bayar RM130+RM100= RM230 untuk aku n anak aku. Ni no contact ejen tu. Nama dia
Mat Nazeri 019-3523684.
Bagi aku, insuran ni penting wooo… zaman sekarang semuanya duit. Takde duit, apa pun kita tak boleh buat. Nak masuk tandas awam yang kotor pun, kena ada duit. Tambah lagi kalau nak dapat rawatan perubatan kat spital yang glemer ittewww…mesti ada duit. Bukan bermakna bila kita amik insurans ni, kita harap ada menda buruk jadi lam hidup kita. A big NO..NO.. di sini tauuu… lagi pun kita boleh saving skit kan. Tak rugi…. Daripada esok2 kalau jadi apa2, kita terpkasa tadah tangan sana sini mintak bantuan, lagi susah. Zaman sekarang semua orang fikir tentang diri sendiri jer. Kalau kita ada masalah, kita sendiri tanggung. Even bila masuk bab duit ni, adik beradik rapat pun takkan bantu… tak percaya??? Tungguuuuuu….. bila sampai saat tu, hangpa tau la nanti…
Eheheh…pehal lak aku dok sibuk pomot insurans ni. Aku bukan ejen, juga tak dapat seposen pun komisyen… ahakssss… tak pe kira aku tolong bagi kesedaran kat korang la ni…. Supaya senang nanti kan…
Cukup dah aku melalut… kita berjumpa di lain siaran…