hari ni pkl 7 lagi aku dah kuar dari rumah menuju ke sekolah. ada mesyuarat pibg. bila aku sampai lbh kurang pukul 7.30 pagi, xde sorang cikgu pun. kiranya, aku lone ranger lah... dkt2 pukul 8 pagi baru nampak cikgu-cikgu datang. ermmm... no big deal. biasa la tu.. pastu, aku minta tolong students untuk angkut hamper dari 1st floor ke dewan. perut aku dok berdondang sayang jer dari awal pagi lagi. so, aku g bekfes jap dengan kak mas kat kantin. aku just makan bihun goreng n secawan milo suam. kak mas belanja... thanks kak mas... bahagia ada orang belanja makan...
dekat pukul 9 pagi, ibu bapa mula sampai. tapi nampak gaya, penyertaan ibu bapa memang menyedihkan. student sekolah aku ni ada 2 ribu lebih. tapi, yang datang mesyuarat tak sampai 400 orang. nanti bila orang discuss macam-macam dan capai kata sepakat, mula la golongan yang xnampak batang hidung ni protes sana sini. rumah dah siap, baru pahat berbunyi. heran gak aku dengan perangai mak bapak zaman sekarang. mungkin kerajaan kena buat tindakan yang drastik kot baru diorang ni nak datang. contoh: kalau mak bapak tak datang mesyuarat atas sebab-sebab yang kukuh, ambil tindakan gantung sekolah anak mereka.
bila ada aktiviti sekolah, mak bapak xnak hadir. tak ambik port langsung tentang hal ehwal sekolah. tapi, bila ada isu skit, mula lah melenting tak tentu hala cam orang takde akal. nak kutip yuran untuk sekolah pun berkira. pasang astro bayar puluh-puluh tiap bulan tu tak kira plak. bila sekolah tak cukup bajet untuk fasiliti pelajar, salahkan sekolah. sedangkan citer sebenar, diorang tak tau pun....
bagi aku, media pun satu hal. suka sangat siarkan benda-benda karut pasal isu sekolah. bukan nak siasat dulu siapa betul, siapa salah. balik-balik yang jadi mangsa adalah golongan guru yang dok ajar budak-budak sampai pandai di sekolah. media memang berat sebelah. cuma fikir untung, bukan nak buat kebajikan sikit pun. fitnah orang, serah kat media... mulut jahat pun serah kat media...
hahaha...panjang aku membebel. bukan pe, geram aku dengan perangai mak bapak yang pentingkan diri ni. guru-guru sekolah bertungkus-lumus buat persiapan untuk mesyuarat ni. kelam kabut... tapi, mak bapak jarang yang menghargai....
1 comment:
Post a Comment