Saturday, October 25, 2008

perjuangan selesai....

Alhamdulillah....perjuangan aku selama 10 bulan untuk bergelar seorang pendidik akhirnya telah tamat. Hari khamis lepas 23/10/08 merupakan hari terkahir aku di SMKTATAR, juga hari terakhir aku bertemu kawan2 yg sama2 berjuang iaitu salehha dan kak nina sejak dari jan. lagi. Aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada guru2 sekolah tu yg bnyk bagi tunjuk ajar terutamanya kak zulina. Juga kepada salehha dan kak nina.

Tamat waktu persekolahan, aku, salehha, kak nina dan zahirusalwa sama2 meraikan kejayaan kami di KFC, Jitra. ye la, pasni bukan senang nak jumpa. masing2 dah ada family sendiri dan mula bawa haluan masing2. Dahtu, posting plak tak tau nak kena campak mana. Ni gambar yang sempat aku snap waktu kat kfc tu.




yg lelaki tu juga budak dpli, harmizal nama dia. dia datang dengan tajol. saje nak borak2 utk terakhir kalinya. kami balik rumah masing2 lebih kurang pukul 5 ptg.

Hb juga dah sampai ke kedah pkl 1 pg tadi. Aku sekarang tengah sibuk2 nak kemas barang sebab insya-Allah esok kami akan bertolak balik. Tapi, destinasi kami bukan terus balik KL, aku nak singgah rumah kak chik n bang chik kat kulim. Rindu kat depa sekeluarga. Then tido kulim 1 malam, pastu singgah n tido satu malam kat kuala kangsar. Hb rindu mak dia...hehehehe.... maklum la anak kesayangan... hari selasa baru kami akan bertolak balik KL.



Pasni, lambat plak aku nak update blog ni. kat kl rumah aku xde internet. ingat nak pasang gak la. tapi, tak tau bulan berapa baru pasang sebab nak pindah rumah kan. rasa sesak nafas aku sebab xde internet kat rumah. hihihi...kat kedah siap pakai wireless lagi. not bad. aku mesti rindu kg aku nih bila balik sana, rindu arwah ayah, rindu suasana kat sini yang damai, makanan yang sedap, ikan2 dan ayam kat pasar segar2, jiran yang baik (kak bushra n abg usop), pendek kata semuanya.... segala yang di sini cukup menenangkan aku. aku heppi kat kedah ni. lagi aku rindu tok n tok wan... tiap kali cuti sekolah aku mesti akan balik. hujung tahun aku cakap kat hb, dia kena jadi orang bujang sebab aku dgn baihaqi nak balik lepak kat kedah. hati aku serasi kat sini. xbnyk masalah.... baihaqi juga bahagia kat sini. ada mak tok,mak njang n mak lang yang sentiasa melayan dia dan begitu ambil berat.

bye kampungku... aku rinduuuuuu...kalau la suami aku boleh balik n kerja di sini, aku akan jadi manusia dan isteri yang paling bahagia....kalau lah suami aku memahami hati ku...huhuhu....







.

Saturday, October 11, 2008

cerita weken

hari ni aku sibuk banget. awal2 pagi lagi aku dah bangun dan jemur baju kat ampaian. then, aku buat 1 mug air utk bekfes. menu pagi ni cuma teh dan roti saja. malas aku nak masak sebab semua org dalam rumah ni belum bangun. baaihaqi pun still tido lagi. semalam dia lena awal gak, pukul 12. what did i do then?
8.00 am - kemas dapur, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah dan mop lantai
9.30 am - nonton tv jap. xde citer menarik
10.00 am - mandikan si kecik.
10.30 am - basuh baju. 1 besen besar aku basuh. huhuhu...penat.
11.30 am - mandi
12.00 - masak makan tengahari. menu simple jer - peria goreng, ikan kembung goreng, sambal belacan
1.00 - my baby is sleeping, so aku depan pc update blog.


pasni, aku nak makan tengahari, then iron baju for the whole week. tak la memalam kelam kabut nak iron. last week nyer baju, hb dah iron. muahhhhh... love u hb. lagi, aku nak buat rancangan mengajar.
now let's take a look for all these pictures. aku ada snap gambar2 pokok kat rumah yang mak aku tanam, pic baihaqi tengah tido..nyenyak sangat....cumil. love u son..gambar curtain raya...purple colour...murah tapi cantik. mak aku yang jahit sendiri, pic menu hari ni. layanzzz.....



Thursday, October 9, 2008

Puasa dah, raya pun sudah. pejam celik, pejam celik...sedar tak sedar tinggal lagi 2 minggu saja aku akan praktikal kat tunku anum ni. minggu depan, hari khamis lecturer akan turun untuk observe untuk kali ke-3; kali terakhir. kalau dah lepas, aku memang lega gilerrr... hehehe...aku ekceli dah tak sabar2 nak habis. bukan apa, aku terlebih excited nak balik kl, nak pindah rumah la katakan. tapi bila fikir2 aku kena tinggalkan mak, sedih gak. mesti mak sunyi sebab baihaqi dah takde. tapi, itu lah hidup kan. setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

DPLI ni banyak mengajar aku tentang hidup. aku lebih tahu untuk menghargai orang especially suami aku. bukan lah dulu aku tak hargai, cuma kali ni aku dapat merasakan susahnya seorang ibu itu membesarkan anak tanpa suami, dan betapa perlunya bantuan suami untuk besarkan anak. sedangkan seorang anak pun aku rasa sukar terutama bila anak tak sihat, aku memang tabik habis pada ibu2 tunggal di luar sana yang berupaya membesarkan anak sehingga menjadi insan berjaya dunia dan akhirat. Juga aku belajar bahawa untuk dapatkan sesuatu kita perlu korbankan sesuatu. Satu lagi, aku lebih menghargai mak, cik ah, kakak dan semua ahli keluarga aku sebab tanpa bantuan dan sokongan mereka, pasti perjalanan yang aku tempuh ni akan lebih sukar; dan besar kemungkinan akan terkandas di tengah jalan. Jadi, aku faham betapa pentingnya saudara-mara dan sokongan moral. Aku juga tahu peranan kawan itu juga penting. Macam salehha, dia dan aku serupa, berjauhan dengan suami. Dengan adanya dia, aku juga turut kuat untuk menghadapi setiap cabaran. Aku lebih berdikari, dari seorang yang tidak tahu memandu, aku dah pandai memandu. Dari seorang yang lemah, aku jadi kuat.

Aku pun tak pernah expect yang aku boleh go through semua ni sampai akhir. It's not easy man! That's what can i said. If we are not strong enuff, memang masalah. Huru-hara hidup! But for me, sebab aku terima full support from hb, my mother especially, aku boleh habiskan DPLI ni. Thank you to all for your kindness and cooperation.

Cerita rumah

Rumah aku dah siap renovate. Yehaaaaa!!!!! best banget. Ni ada pic yg hb snap pakai handphone. Sebab tu tak clear sangat.

Dari atas kiri: extend dapur (konon2 wet kitchen merangkap stor la kot), luar rumah yang dicat semula.

Bawah kiri: bahagian depan rumah, bilik air ketiga tanpa tandas.