Monday, June 9, 2008

macam2 kisah...

hari ni cam biasa aku lepak uncle john, jitra. nak siapkan assignment aku yg bertapuk2. kalau dok rumah, memang aku tak boleh nak wat kejer. si kecik tu dah pandai merap. hehehe....budak kan.. biasa la tu..

hari khamis lepas, syafiq demam lagi. pastu siap senak perut, tido menonggeng dia. kata mak aku, cacing mengamuk, tu pasal jadi camtu. jadinya, aku dan mak sama2 xleh lena. dah dia asyik meragam. bila urut2 perut tu, dia diam kejap. seolah2 selesa.... awal malam tu, aku bawa dia ke klinik belakang yawata. doktor fauzi masuk ubat sumbat. tengah malam, suhu dia tak panas sangat, tp sebab senak perut... dia tak leh lena. kesian syafiq...bergolek2 tahan sakit...

esoknya, mak suruh aku mandikan syafiq dengan daun nona + durian belanda. tujuannya untuk lemahkan cacing dalam perut. orang tua2 memang tak berapa bagi anak2 kecik makan ubat cacing sebab nanti lemah badan. aku ikut jer.... petang tu pulak, aku mandikan syafiq dengan daun jolok cacing. daun tu ambik kat rumah kak bushra, jiran sebelah. malam tu, nampak kurang skit la senak perut syafiq. tp, demam dia pulak makin panas. dah 2 malam nampak gayanya aku dan mak sama2 xlena tido... sian mak aku... takut aku kalau2 darah tinggi dia naik.

sabtu pagi, nampak syafiq dah sihat. badan pun dah berpeluh n dia dah main cam biasa. tp malam tu, kami tak boleh tido gak sebab hidung dia tersumbat, selsema....adusssss.... dugaan... kiranya 3 mlm berturut2 aku xleh tido. letih hanya Allah yang tahu.

Pagi Ahad, aku ponteng kelas Tn. Hj. Shuib sebab nak bawa syafiq g klinik, ambik ubat gatal, batuk n selsema. Pastu, lepas hantar syafiq balik, aku drive sorang g uum sebab kelas pkl 2 petang. Tp, betulla kata orang. malang memang tak berbau. sebab terlalu penat, aku boleh terlena waktu sedang drive. waktu tu dah dekat highway menuju ke uum. aku kat lorong kiri. keter aku terbabas masuk lorong sebelah kanan, dan bergeser dengan divider jalan. calar dan kemek skit keter aku. aku tersedar dari tido pun bila keter dah geser. nasib baik aku tak panik sangat. Ya Allah...kecut perut aku. Syukur... aku selamat dan tak cedera. Nasib baik jalan waktu tu kosong, takde kenderaan. Cuma aku perasan ada bas sekolah je kat belakang, tapi agak jauh la dari keter aku. Memang aku bersyukur sesangat....

Keter aku yang calar

Sampai kat UUM, aku park keter kat fakulti. Then, aku keluar and tengok keter aku. Aku call asben, nangis2. Aku say sorry sebab keter tu calar teruk sebab aku. Tapi asben tak marah pasal keter tu, dia marah aku drive sorang n dalam keadaan ngantuk. Asben cakap nasib baik takde apa2. Dia suruh aku ponteng kelas petang tu n tidor kat mana2. Nyawa lagi penting kata dia. So, aku g surau fakulti, solat zohor n tido kat surau tu sampai petang. Waktu balik, aku ajak kak nina naik keter dengan aku. takut kalau2 aku buat kesilapan yg sama, sebab aku letih sesangat. aku tak sedar time bila mata aku terpejam.... ni memang pengajaran untuk aku. lain kali, tobat dah...tak nak wat lagi....

No comments: