Tuesday, May 27, 2008

Aduhai anak mama…..

Cerita ni aku tulis pada 24 Mei 2008. Tak sempat nak upload. Tulis kat pc jer. internet pun problem gak sejak 2 menjak ni.. tu yg lagi malas aku nak online.


Hari ni memang aku penat giler. Tak cukup tidor sebenarnya. Syafiq tido pukul 3.15 pagi. Mula2 dalam pukul 8.30 dia dah tido. Ingatkan berterusan sampai pagi la. Tup..tup..lebih kurang pukul 10 lebih camtu, dia nangis minta susu. So, aku bancuh dan bagi dia minum. Lepas minum, dia campak botol susu ke tepi, sambil tu mulut dia tersenyum2…entah apa si kecik ni dok pikir. Tiba2…jeng..jeng..jeng…dia bangun daaaaa…..apa lagi, jenuh aku dan mak aku dok melayan dia. Sampai pukul 3.15 baru nak tido. Bila aku tarik dan baringkan dia, menangis sakan..macam kena cubit..marah sebab dipaksa tidor…aku dan mak sepakat tutup semua lampu, gelap gelita. Cuma nampak cahaya samar2 jer…but u know what? Dia tak heran dan tak takut langsung….emmmm…aduhaiiiii anak mama..sabor je la…dia sibuk nak main dan nak berjalan…tak berenti2 nak jalan….kemaruk la tu…. Huaaaaaa…ngantuknya aku…dah la tu, bila dia tido ingatkan xkan jaga lagi minta susu. Nampaknya, dia tak lupa botol susunya. Berjaga dua kali juga nak susu. Huuuuu…..sabar..sabar…pengorbanan seorang ibu dan seorang nenek….mak aku tu dah la ada darah tinggi. Risau aku bp dia naik sebab xcukup tido.

Syafiq memang tak nyenyak tidornya. Tiap malam mesti dia akan terjaga 3-4 kali minta susu. Kalau lepas minum susu terus lena semula takpe gak, ni kadang2 nangis2 dulu. Puas aku pujuk, baru tidor balik. Purata 1 jam – 1 ½ jam sekali dia bangun. Ya Allah, sebelah siang kat kelas aku memang ngantuk giler. Tak boleh nak concentrate apa lecturer dok cakap. Sebab boleh dikatakan hampir setiap malam aku xcukup tidor. Macam mana nak rasa fresh siang hari… dugaan…but it’s ok. Cuma dugaan kecil dan ringan jer. Aku xkisah sangat. Jgn jadi cam kes seblm ni dah la. Xsanggup aku…

Lagi satu, mungkin dia ada masalah gatal2 kat badan. Tu yang mengganggu dia untuk tidor nyenyak cam baby lain. Macam2 dah kami sapu, ubat makan lagi, still gak masalah tu tak kurang. Berparut badan dia sana sini sebab menggaru. Kesian aku tengok, tapi tak tau macam mana nak tolong. Bila bawa g specialist, doc tu kata itu masalah biasa budak2. it will take quite a long time to recover. Tak boleh expect kita bagi ubat, dia terus lega… xpe akan ku usahakan cara lain pulak. Mungkin cara tradisional... Mana tau, dengan izin Yang Maha Kuasa boleh sembuh kan? Kan?

Tengahari tadi, aku, mak, syafiq, kakak, kak bushra dan 2 org anak dia g makan kenduri kat taman perumahan baru. Dekat jer dengan rumah aku. Kalau jalan kaki, dalam 10 minit dah sampai. Tp sebab cuaca panas terik, aku drive keter ke sana. Kenduri tu sempena penduduk taman tu naik rumah baru. Ramai tetamu yg diorang jemput. Mungkin nak kenal2 penduduk kat sini agaknya. Macam kenduri kawen. Siap pasang khemah…menu yg diorang masak ialah sayur keladi, kerabu mangga, ayam masak merah, gulai daging dan rebung, daging koreng kunyit dan air sirap ais…boleh tahan gak rasanya..yang paling best kerabu mangga la…nyum..nyum.. tak silap aku, 2 ekor lembu tumbang. Dasat gak…untungnya, hari ni kami makan free!! Hehehe….

Itu la yang manisnya bila tinggal kat kampong.. nilai kemasyarakatan dan semangat kejiranan memang sangat tinggi..jauh beza dengan bandar2 besar yang semua orang hanya pentingkan diri sendiri dan sibuk mencari rezeki… tak siapa yang kisah tentang hal kita… kita pun tak boleh ambik tau hal orang lain..kalau tak, nanti di cop suka jaga tepi kain orang… susah kan camtu… kalau ada hal kecemasan ke, tak tau nak minta tolong dengan sape. Ye la..dah jiran kiri kanan pun tak kenal. Sedara mara plak jauh…Macam mana tu ye?

Friday, May 23, 2008

kisah weken...

weken baru ni, hb balik kg. emmm... bestnya ada hb kat sini. biasa klu dia balik, saya akan kosongkan jadual belajar saya. means that, no assignment and no discussion. dah jarang-jarang jumpa camni la kan... program masa weken pun full bila hb balik. lebih kurang pukul 4.30 pagi hari sabtu, hb sampai kat alor setar. aku pegi ambik hb kat stesen bas shahab perdana dengan adik. muahhhh...rindu kat hubby...

kat rumah aku waktu ni, ada ramai orang. tok dan tok wan pun ada. kak intan sekeluarga dari melaka pun dah on the way ke sini. lepas bekfes, dalam pukul 10 pagi, kak intan sekeluarga sampai. riuh rendah gak rumah. anak2 kak intan seramai 4 orang. sumer perempuan. diorang ni memang sukakan budak. apalagi...seronok la anak aku si syafiq tu...ramai dok melayan dia bermain...budak berempat tu asik dok kerumun dia...hehehe... aku plak dengan hb kuar kejap beli ikan untuk masak tenghari. so, menu kami semua tengahari tu ialah kangkung celur, sambal belacan dengan buah kuini, air asam, ayam masak merah, ikan termenung goreng dan kari telur (yang ni kak intan beli). sedapppp...makan ramai2.

anak2 kak intan dok melayan budak kecik ni

petang, aku n hb bawa tok wan g pasar malam kat jalan maarof, jitra. saja nak hilangkan boring tok wan. dia dah sibuk2 ajak hb hantar dia balik. biasa la, nama pun orang tua kan. tak betah agaknya tinggalkan rumah dia lama2. hb promise dia akan hantar tok wan esok pagi. malam, hb bawa aku n syafiq g jalan2 kat jitra. hb g klinik kejap, ambik ubat batuk n selsema. so, pagi2 esoknya tu, kami (aku, hb n syafiq) hantar tok wan balik ke tokai. nampak heppi jer dia bila sampai rumah sendiri...mak ndak dan pak ndak ada di rumah waktu kami sampai. mak ndak dah siap masak tenghari pun. jadi, kami makan tengah hari kat sana.


syafiq mak n bapa sedara dia, alia n najmi (anak mak ndak aku, merangkap sepupu aku). hehe..kecik2 dah ada anak sedara.

pukul 2.30 petang, kami bertolak ke tesco, mergong. tesco ni baru jer dibuka 15 mei lepas. saja nak tengok, barang apa yang murah. bila sampai, orang tak terlalu ramai. hari ahad kan, kedah merupakan hari bekerja. tu pasal tak berapa rami. tapi, parking boleh tahan gak, hampir penuh. lepas dah jumpa parking, kami masuk ke tesco. nmpak macam xde barang yang terlalu murah. harga biasa jer cam kat jitra juga... hb beli brg2 keperluan syafiq siap2. pampers, susu dan nestum. kami bertolak balik dalam pukul 5 ptg. waktu sampai rumah, kak intan dah tengah bersiap2 untuk balik. alahaiii...aku ingatkan dia nak stay kat rumah aku 1 malam lagi. sian plak kat diorang sebab kami xsempat pun nak layan sangat. kalau aku tau diorang stay 1 malam jer, aku n hb mesti akan postpone plan nak ke tesco hari ahad. kami boleh pegi hr isnin. isnin tu cuti wesak.


syafiq baihaqi kat tesco, kecoh...

hari isnin tu, kami habiskan masa bersama kat rumah. cuma pagi tu, kami bawa syafiq g jitra specialist centre. ambik ubat gatal. badan syafiq jadi cam ruam2 merah. dah tu, dia asyik menggaru jer. malam2 pun tak berapa lena tido. sian plak kat dia. then, on the way balik rumah, kami singgah pasaraya aneka untuk beli barang2 yang mak pesan. pastu singgah gerai yang jual ais kacang. hb beli 3 bungkus untuk bawa balik rumah. sampai rumah, kami makan tengah hari. then just habiskan masa bersama. mlm...huhuhu..sedihnya...hb dah nak kena balik semula ke kl. bas pukul 11.59 malam kat shahab. macam biasa, aku hantar hb dengan adik...sian aku n syafiq kena tinggal...

citer syafiq...

sekarang ni syafiq dah pandai jalan jatuh. laju betul dia berjalan. macam dah teror. sedangkan kalau nak kira, dia baru jer jalan sendiri. sebelum ni, kita kena pegang dia sebelah tangan. xcited dia aku tengok. hahaha...budak baru dapat kaki..camtu la..dah setahun 3 bln baru dia jalan. lambat skit..tapi tak kisah la..janji sihat semuanya...bab bercakap pulak, dia dah pandai meniru dan mengajuk apa orang lain cakap. siap sama intonasi lagi...kelakar dan terhibur tengok keletah dia...selera makan pun kusssss semangat...pantang tengok orang makan, mesti dia terus pegi dekat orang tu, nak makan sama...macam2 hal budak ni...dah pandai merap mak tok dan aku sendiri... memang aku betul2 terhibur tengok gaya dia..dah pandai angkat tangan baca doa...mulut bunyi tak berhenti...kecoh sungguh..cuma tak jelas jer apa dia cakap...anak mama..love u so much!!!....

Wednesday, May 14, 2008

Kejadian hari ni

Sebelah kelas aku hari ni, lagi sorang pelajar kena histeria. Hari isnin baru ni pun, sorang pelajar perempuan kena. Ketawa n mengilai2 lagi. Seram juga bila pikir2. Tapi tawakkal jer la.


Lepas habis kelas, aku temankan salehha g kedai jual baju kat Jitra. Kedai AMNI kalau tak silap nama kedai. Salehha minta nak tengok sehelai tudung, niat dia nak beli la. Then, jurujual tu ambik dan siap sound kami kata tak boleh cuba. aku n salehha pertikaikan. Ye la, macam mana nak tau tudung tu muat n tak singkat klu tak boleh cuba? Sambil dia membebel2, jurujual tu cakap diorang serik sebab dah 10 helai tudung rosak gara2 bagi customer cuba. Dah la dengan muka3 suku tu dok membebel kat kami. Jangan la plak dok samakan kami dengan orang yg wat camtu. Aku mula bengang. Then aku cakap kat dia, "Baju pun tak leh try gak ke?" Dia faham aku perli. Dia jawab,"Baju boleh la. Agak2 la". Dengan bengangnya aku smash jurujual tu, "Emmm...klu tudung tu tak leh cuba, macam mana nak make sure sesuai ke tak sebelum beli. Kang beli2, tak muat. Buang duit. Membazir". Pastu, aku wat bodo sambil pura2 belek2 baju kat kedai tu. jurujual tu membebel. dia n tokei kedai tu sama naik. aku cakap kuat2 kat salehha, "jom la kita blah. banyak lagi kedai baju kat sini. tak yah nak berlagak. sombong nak mampus". Bagi aku & salehha, ni pertama dan terakhir kami jejakkan kaki kat kedai tu. emmm... padan la orang melayu berniaga tak larat nak maju. customer service fail. sombong nak mampus. takat jurujual yang ntah tahap mana education dia tu, nak tunjuk lagak dengan kami. huh....dasar penjual bodoh. guna la kepala otak utk pikir, jgn guna kepala lutut. camni ke cara layan customer. utk tokei kedai tu, aku akan war2 kan pada sesape jer yang aku kenal, tak yah la jejakkan kaki kat kedai engkau tu. buang masa dan tenaga jer... eksen. baru kedai baju, klu dia dah buka butik, tak bleh aku nak bayangkan tahap kesombongan dia..macam hebat sangat..boleh blahhhh!!


Then utk coolkan diri, kami naik atas tingkat 3 pasaraya c-mart. aku order kentang goreng n white coffee mocha. salehha plak order jus blended dan kentang goreng. sambil minum, kami bual2 kosong. hehehe...lepas geram dan saja jer seronok2. lepas minum, masing2 balik rumah.


Citer syafiq


Tak de citer yang besar sangat. just nak share gambar ni. suka aku tengok. korang plak rasa macam mana?

Putih muka syafiq, mak tok letak bedak sejuk. siap pegang bunga gitu...pow kat rumah kak bushra, jiran sebelah..."bual apa tu sayang dengan mak tok? heppi jer nampak.."

Wednesday, May 7, 2008

Renungan...untuk insan bernama lelaki/suami....

Tak kisah sama ada ni citer benar atau tak, tapi elok dibaca untuk dijadikan iktibar dan pengajaran:



Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya. Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam...saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya. masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.



kawan saya tu sebaya dgan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu. saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...kat bawah..saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2 pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap. .."kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronokla h dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...



maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya tu.aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...sayak elam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital...sebelum aruah pergi kehospital.. .dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi. Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya...Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada. masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2/3 hari ni.masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilik rawatan....abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi dengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.



Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain. Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah, jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur.dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan. Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja. masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.



saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD. masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu. Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya. suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama. ..mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan.. .senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

Tuesday, May 6, 2008

syafiq baihaqi demam..

semalam aku tak lena tido. sebaik sampai dari uum, mak cakap kata syafiq demam. so, pas maghrib, terus aku bawa syafiq ke hospital jitra. bahagian emergency. cik ah temankan aku. maklum la, somi jauh..huhuhu...sedey weii.. sampai sana, lepas register kat kaunter hospital, diorang panggil syafiq masuk. bila check, suhu badan dia dah 39 darjah celcius. then, doc suruh pegi ke bahagiam pemerhatian. nurse masuk ubat ikut punggung dan diorang minta akua jeram badan syafiq sampai suhu turun. lebih kurang sejam, suhu badan syafiq dah jadi 37.2 darjah. so, doc benarkan kami balik.

sampai rumah, aku tukar baju n terus jeram syafiq. takut suhu badan dia naik semula. waktu tu, aku dah lupa makan. kesian tengok dia tak bermaya camtu. sampai ke pagi aku dok ulang menda yang sama. tapi, dalam pukul 1-2 pagi tu, suhu badan dia naik mendadak sampai jadi 39.5 darjah. badan syafiq pun tersentak2. tak tau sebab terlalu panas ke apa. waktu tu, Allah saja yang tahu hati aku. berdebar2 dan takut giler. dalam pukul 2 lebih camtu, mak bangun n suruh aku tdo kejap. mak tunggu syafiq plak. so, sempat gak la aku tido dalam sejam camtu. tido2 ayam jer. then, aku bangun semula n tunggu syafiq sampai ke pagi.

pukul 7 pagi, aku iron baju. ada kelas pukul 9 pagi ni. ikut hati, nak jer aku ponteng. mata ngantuk n badan pun letih sesangat. sejak semalam, aku mana sempat rehat. letih dan ngantuk tu tak yah cakap ler... itu la pengorbanan seorang ibu... sanggup buat apa saja untuk keselamatan anak yang dikasihi. "baihaqi, mama sayang baihaqi". suami aku plak jauh, kat selangor sana. waktu tu, memang aku sangar memerlukan suami ku. sedih... sebab terpaksa lakukan semua tu sorang diri. harap2 hari ni, kesihatan anakku akan bertambah baik. kesian dia... kesian juga kat mak aku sebab kena jaga syafiq sorang2. mesti mak pun penat. "baihaqi, nanti say thank you to mak tok". kalau mak tok tak tolong mama, tak tau la macam mana nak buat.

Citer DPLI

sekarang ni aku dah semester 2. bln 7 ni akan mula praktikal. ngeri siottt.... menjejakkan kaki ke sekolah sebagai seorang guru....adehh.. tak bleh nak imagine. exam sem lepas pun, result tak kuar lagi. entah bila baru bleh dpt. lambatnyerrrr... bulan 4 juga ada program bina insan guru (pbig) kat beringin beach resort, langkawi. 5 hari 4 malam. enjoy gak la aktiviti kat sana.
kat atas ni gambar kat langkawi beach resort..

habis pbig, balik kl naik air asia. 1st time aku naik air asia dengan baihaqi. huhuhu....sesuai la nak naik flight untuk penerbangan domestik. murah banyak klu compare dengan mas. cuma yang aku tak berkenan, pramugari dia seksi sangat, dan tak friendly. muka masing2 mencuka jer. tak manis langsung. nampak tak ikhlas jer melayan penumpang2 yang guna service diorang tu. lagi satu, lcct tu jauh giler dari kepong. 2 jam baru sampai... oleh sebab tu juga, aku terlepas flight dari kl-kedah. hampesssss betul. sudahnya, asben beli tiket bas mara liner. 1st time gak la aku naik bas dengan baihaqi dari kl-kedah. takut giler anakku meragam. nasib baik anak mama ni memang good boy. tido banyak sepjg jln... nak tunggu flight esoknya tu pun xboleh sebab pagi2 ahad tu dah ada kelas... nasib..nasib...