Monday, August 20, 2007

aktiviti memasak

Last week tak sempat nak update blog ni. Saya sempat try buat cinnamon roll. 2 malam berturut. tiap-tiap hari saya n hb bawa g opis. kejap jer dah clear. resepi saya cari kat internet jugak.


gambar sebelum dibakar:

gambar selepas dibakar:ni resepi yang saya guna:

300g high protein flour

2 tsp instant yis

1/8 tsp salt

40g caster sugar

1 egg

50ml whipping cream -yg ni saya tak masukkan pun, sebab xde jual ka pasaraya.

100ml full cream milk (UHT)

1 tsp bread improver

50g butter


Filling

200g brown sugar
1 tsp cinnamon powder
1 egg (glaze)

Masukkan semua bahan kecuali butter dalam mixer, mix dengan medium speed until to be dough Masukkan butter, pukul lagi dengan high speed sehingga lembut dan elastic.Tutup bowl dengan kain, biarkan doh naik seganda Tekan doh, masukkan doh dalam peti sejuk selama 30 min Keluarkan doh, dengan rolling pin, gelekkan menjadi segiempat yb besar dengan ketebalan 1 1/2cm. Glaze dengan telur yg dipukul, taburkan campuran cinnamon dan brown sugar Rollkan doh, potong kecil2 (ikut suka, anggaran 2 1/2 inci). Arrange dalam pan, biarkan naik seganda, baru bakar dengan suhu 190'C selama 15 minit.

Oleh sebab vitamin R masih ada, sabtu lepas saya buat plak pizza. Hb pun cakap sedap. pagi2 hb dah kuar g main tenis. bila dia balik, taraaaaaa....pizza dah siap. resepi cari kat internet. resepi kak haniliza rasanya. thanks kak liza sebab sudi share resepi yang sedap ni.

PIZZA

Bahan

500 tepung gandum

1 paket yeast mauripan

1 s/k gula

1 s/k garam

1 s/b majerin/spry

1 cawan air suam

1/2 cawan minyak

cara:


1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZ
bahan
2 ketul dada ayam atau 250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara:
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya.


KISAH SYAFIQ PULAK


tak banyak perubahan kat syafiq. berat dia dah naik jadi 7kg, tinggi dah 70cm. heheh....cepat membesar anak mama nih. sekarang dah nampak perangai dia yang lasak. walaupun belum pandai merangkak, kalau tidur tu, memang kena lentak bantal kiri kanan atas bawah. kalau ada benda depan mata, cepat jer dia capai.bila pegi jenjalan, dalam kereta pun sibuk nak suruh pegang, nak berdiri. tak nak duduk atas riba jer. dah tu, syafiq pun dah mula pandai melompat. aduhhh...lenguh tangan. berpeluh badan.
macam mana penat sekali pun, syafiq tetap penawar hati mama. tak jumpa sehari, tak tengok syafiq senyum sehari, tak nampak lesung pipit yang manis tu, boleh demam kot mama nih. demam rindu. heheheh.....

Wednesday, August 8, 2007

gambar baru syafiq dan mak tok






semalam saya pegi hantar mak ke rumah abang. esok dia nak kena gi UH. ada gak ambik gambar syafiq dan mak tok dia. teringat waktu syafiq masih dalam pantang dulu, mak saya yang jaga dia. syafiq meragam waktu dalam pantang dulu. malam tak tido. asyik nangis jer. jadi saya dan mak pun tak boleh lena. mak pulak dah la ada darah tinggi. risau jugak darah dia naik sebab tiap-tiap malam tak cukup tidur. syafiq cuma tidur sekejap jer waktu siang. memang meragam habis. "harap-harap, bila syafiq besar esok, jangan sesekali lupa kat mak tok...pengorbanan mak tok jaga mama dengan syafiq jangan lupa. bukan semua orang sanggup bersusah payah cam tu. kalau syafiq tak meragam tu, lain cerita". hmmm...saya tulis ni sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga syafiq. mana tau bila syafiq dah besar esok, syafiq jadi peminat blog mama ni...jadi syafiq tau siapa yang selalu ambik berat pasal syafiq.


Ni pula gambar syafiq yang lain.




juga gambar dengan 2 orang anak sedara (anak abang). yang perempuan tu nama wardatul najah, 2 tahun. yang lelaki tu nama Ahmad Fakhri Ibrahim. Ibrahim tu sempena nama arwah ayah saya.




Abang saya letak nama tu sebagai ingata untuk arwah. Arwah ayah tak sempat jumpa sorang pun cucu dia. Kakak ipar tengah mengandung cucu yang sulung diorang enam bulan waktu arwah pergi menghadap Ilahi. Al-Fatihah.....



Monday, August 6, 2007

janji


seperti ang dijanjikan, ini la gambar choc moist cake yang saya buat. rupa cantik n rasa pun nyummy....memang sedap.



selain tu, saya ada gak buat fruit cake dan cheese cake. tapi lupa nak snap gambar. saya g belajar sebenarnya untuk wat 3 jenis cake nih. tp, try sendiri kat rumah belum lagi sebab tak de mixer dan oven. pastu, alat n perkakas nak buat cake pun belum beli.

berita baiknya, hari sabtu lepas, saya ajak hb pegi beli mixer dan oven. tp, bukan hb yg bayar tau. duit saya sendiri. huhuhuhu....so, kalau hangat2 taik ayam jer saya buat kek ni, dia tak leh nak kata apa la kan. dah duit saya.


semalam saya ,hb n syafiq pegi pj. rumah abg yang sulung. mak datang dari kampung. hari rabu nanti dia ada check-up penyakit darah tinggi kat UH, KL. mak datang sorang, naik bas dari kedah. risau jugak saya. tapi nak buat macam mana kan. tawakal jer la semoga tiap kali perjalanan pegi balik, mak selamat. so, saya bawa mak tido kat rumah semalam. pagi ni, saya tak hantar syafiq ke nursery. tinggal dia kat rumah, teman kan mak. at least, bila saya n hb pegi ofis, mak ada gak kawan nak dilayan. tp, hari selasa malam, kena hantar mak pegi pj semula. hari jumaat pagi mak dah nak balik kg. biasa la kan, orang tua-tua nih, mana nak duduk kl lama2. rimas katanya. saya lebih senang hati kalau mak tinggal sini, depan mata saya. apa-apa hal, saya dan abang ada kat sini. tak la risau. bila dia jauh kat kampung, kalau dengar dia tak sihat jer, mula rasa tak senang duduk. ermmmm.......apa nak buat kan...

Wednesday, August 1, 2007

Tak de mood...

minggu ni saya takde menda nak report kat blog ni. tu yang malas jer nak bukak blog. heeeee.... takde peristiwa menarik berlaku. nak update pasal aktiviti masak yang saya buat, gambar plak tertinggal kat rumah. terlupa jer nak bawa. gambar choc moist cake yang saya buat. sedap dan lazat...nyummy..... boleh buat bisnes hari raya nanti (perasan)...... macam la saya ni banyak masa sangat nak wat kek banyak2. dah la kek tu bukan tahan lama. kalau orang order pun, 1-2 hari lagi nak balik kg utk raya, baru boleh buat. kecuali kalau letak ubat tahan. tapi kalau saya, saya tak berapa kek yang letak ubat sebab kita masih boleh rasa perbezaannya. kek lembap, kaya dengan choc. sedap sangat. hb saya suka, dia memang hantu kek coklat. kalau kek lain, tak offer kat dia pun tak pe. tapi kalau kek coklat, tak offer kang, kecik hati. keskeskes.....macam2 perangai manusia ni kan. nanti la, bila saya teringat saya letak gambar choc moist cake tu kat sini. kot-kot ada yang berkenan, kalau ada masa saya boleh ambik upah buatkan. hahaha...tp masa pack jer. kalau nak buat bisnes bakar-membakar ni, alamat nyer urusan rumah tangga lain terbengkalai ler. kengkadang saya terpikir gak, macam mana la sorang perempuan tu, bekerja opis, tapi sempat lagi wat kek yang orang tempah, and dalam masa yang sama sempat masak untuk mkn malam keluarga, uruskan rumah tangga, kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, kain baju lagi, urus anak-anak....phewwwwww!!!! penat nyer. tak boleh nak imagine. pukul berapa diorang bangun pagi dan tido malam. kecuali kalau ada pembantu rumah, lain cerita. tapi, kalau semua kena buat sendiri, macam mana erk? korang takde opinian ker?