Lama tak update sini. seriously, bulan 6 & 7 ni, aku teramat2 la bz. setiap hari terpaksa stay back, blk pkl 4.30 ke pkl 5 ptg. sampai rumah dah 6.50, dan kdg2 mencecah 6 petang. penat jgn cakap sebab kat sekolah, langsung xsempat rehat. aku bz dgn mcm2 program sekolah, ditambah pulak dengan kerja kursus pelajar2 ICT yang perlu disiapkan sebelum 15 julai lepas. Allah saja yang tahu betapa azabnya mengejar pelajar yg xnak buat kerja kursus. Walau pun markah tu untuk di bawa bersama semasa SPM, 30 MARKAH, sedihnya pelajar2 ni tak heran, xde rasa rugi kalau tak dapat markah pun. Yang letih nya guru2. Bagai nak gila aku mengejar, menyemak kerja diorang, suruh buat pembetulan.
Bila sentuh bab ni, rasa macam nak give-up. diorang tak endah langsung bila dipanggil berkali-kali meminta supaya kerja mereka disiapkan. Aku boleh bayangkan, betapa guru2 akan merana bila PBS diwajibkan untuk semua subjek. Sangat menyeksakan. Pelajar dahulu dan sekarang amat jauh bezanya, dari segi sikap, perangai, akhlak dan juga peribadi mereka. Langsung tak endah walau mereka asyik gagal dalam exam, buku xbawa, latihan tak siap. Yang mereka tahu cuma nak berseronok, nak melawa, cari makwe pakwe. itu saja tujuan mereka datang ke sekolah.
Parents juga patut mainkan peranan dalam hal ni. Mereka patut pantau kerja2 sekolah anak2 mereka. Buat spotcheck, buka beg anak2. Jangan lepas tangan w/pun anak2 dah remaja. Sebab mereka cuma tahu untuk berseronok sahaja. Tak lebih dari itu. Berapa ramai pelajar yg begnya kempis sahaja datang ke sekolah. Takdekah ibu bapa nak tegur, jenguk anak2, setiap pagi apa yg di bawa ke sekolah...Kalau sayangkan anak2, lakukanlah sesuatu untuk mereka. Guru2 tak mampu nak control semuanya... pelajar ramai, terlalu ramaii...apa agaknya nak jadi dengan pelajar2 zaman sekarang ni. Semua tunggu disuap. Xde usaha dari diri sendiri langsung.
Semoga Allah sentiasa beri aku kekuatan dan ketabahan menjalankan tugas dengan penuh amanah, ikhlas dan dedikasi. Semoga ibu bapa di luar sana sedar akan kelemahan mereka dengan mengambil sikap tidak peduli terhadap perkembangan anak2 mereka di sekolah.
Semoga Allah sentiasa beri aku kekuatan dan ketabahan menjalankan tugas dengan penuh amanah, ikhlas dan dedikasi. Semoga ibu bapa di luar sana sedar akan kelemahan mereka dengan mengambil sikap tidak peduli terhadap perkembangan anak2 mereka di sekolah.
No comments:
Post a Comment