Tuesday, May 24, 2011

Jalan-jalan Kuala Selangor

Sempena cuti umum hari wesak 17 mei lepas, aku n family g jenjalan kat Kuala Selangor. Makan seafood sebenarnya... hehehe...bertolak ke sana pun dah lewat. Sampai kuala selangor lebih kurang jam 4.30 petang. lepas solat asar baru kami g makan kat Restoran Ikan Bakar di Pantai Jeram. 

Kami pilih ikan siakap, retak seribu dan sotong. Ikan siakap masak sweet sour, retak seribu goreng cili, sotong dibakar cicah dengan air asam. Seafood dia memang nampak fresh. sotong berkilat lagi...syoknya. Cuma yang tak best, masakan dia kurengg skit. Goreng cili patut kalau kita buat selalunya kering, tapi diorgnyer style berkuah n tak berapa terasa pedasnya. then air asam n sambal kicap untuk cicah sotong pun kurang umppp. Lagi satu, lalat punya la banyak time kami dok makan tu. Mungkin sebab waktu tu hujan lebat. Patutnya, owner dia letak la lilin serai wangi ke atas meja untuk kurangkan lalat tu. Memang xselesa nak makan bila lalat banyak sangat.

Sotong bakar. Fresh!!

Retak seribu goreng cili... 

Siakap 3 rasa



Lokasi tempat not bad la. Tempat makan selesa dan luas. Next time aku nak try restoran seafood lain plak. Keseluruhannya aku bagi 2.5/5 markah... kena upgrade skit style memasak dan masalah lalat. Harga pun ok la, RM45 untuk semua lauk, 3 nasi putih, dan 3 gelas air...


Gambar kat bawah ni semuanya aku snap dari tempat makan tu..best kan? Waktu ni blm hujan. Mula nak makan, hujan turun lebat...huhuhu.. terpaksa cancel plan nak g jalan2 kat pantai...






2 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

gdah said...

terima kasih sbb sudi singgah. will visit u back :-)