Thursday, October 25, 2007

cerita raya

puasa sudah, raya pun sudah. so, nak gak citer kat sini pasal raya hari tu. saya balik kg hari khamis, dalam pukul 6 petang sampai kedah...aduiiiii...rindu gilos kat kg. balik ramai2, konvoi 2 buah keter, chaq dan family, cik ah dan kakak balik sekali. on the way nak balik pun, dah terasa kemeriahan nak raya. bila sampai kg, kak chik, izzah(anak kak chik) dan dan yg paling kecik nur aqilah zahidah (anak kak chik yg no.2) memang dah ada kat rumah sebab kak chik masih dalam tempoh berpantang. terasa havoc rumah kat kedah tu. mak pun nampak heppi sesangat. ye la, jarang2 dapat kumpul ramai2 camni. 2 thn sekali baru merasa. cucu pun dah 5 orang. tambah2 plak bapa sedara semua jenis suka bergurau dan menyakat, memang riuh rendah dibuatnya. sebelum berbuka, chaq dan hb g bazar ramadhan kat kepala batas. diorang beli pasembor. mak masak bubur lambuk dan kuih lompang. sedapnya berbuka ramai2 camni.


malam tu, saya, hb, chaq, kak chaq n cik ah g pekan jitra. nak cari baju raya...punya la ramai orang kat situ. kat situ semua ada, kedai sakan, pasaraya, bazar n kedai2 deret yg jual semua kelengkapan yg kita nak. so, saya n hb berjalan dari satu kedai ke satu kedai, nak cari baju raya saya, nak sama warna atau seakan2 dengan baju raya hb n syafiq. jenuh mencari...lenguh kaki berjalan...at last dapat gak...kak chaq pun cari baju raya dia....dia beli warna hijau..saya plak warna biru. dah selesai shopping, terus balik rumah...syafiq dah tido kat mak tok dia...sian dia..mesti penat jalan jauh...


malam raya, yg perempuan semua sibuk kat dapur. siapkan juadah raya. macam biasa, mak buat serunding daging, rendang ayam, ketupat palas dan ketupat nasi. kuih raya pun banyak. kat 10 jenis rasanya...hahaha..jenuh nak makan kuih raya. saya tido lewat malam tu. w/pun penat, tapi best....


pagi raya, semua orang siap2 nak ke masjid utk sembahyang raya. suasana pagi raya sentiasa ditunggu2 oleh semua orang. dengan laungan takbir, suasana yg sibuk, terasa kesyahduan....teringat saya kat arwah ayah....selesai sembahyang raya, kami ambik gambar sekeluarga. lepas tu, g rumah tok dan wan kat tokai...pagi raya ke-2 baru g kubur arwah ayah sebab nak elak panas. raya ke-2, mak masak macam2. kuew tiaw sup, laksa dan nasi daging (makanan kegemaran arwah ayah). mak sedara satu keluarga datang petang tu, n terus makan malam.

Gambar keluarga (tiada dalam gambar, adik yg bongsu, jd cameraman)


raya ke-3 petang, saya dah bertolak ke perak. rumah mertua...huhuhu...sedeyyyy sebab saya jd org pertama yang pulang. hari khamis, lepas zohor, bertolak balik semula ke KL. tak sempat g rumah terbuka pak ngah kat bedong, kedah. sorry yer pak ngah, saya memang nak sangat pegi...tp nak wat camne kan...dah jadi isteri orang.....
lupa nak cakap: kengkawan, doakan saya dapat dpli. saya interview hari isnin, pkl 9 pg. bang t, good luck...zakiah, good luck. ko pun dapat gak kan interview tu...

Monday, October 8, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....

Kepada semua pembaca blog, saya ucapkan selamat menyambut aidilfitri. maaf zahir dan batin. tahun ni puasa rasa sekejap jer. pejam celik dah hampir sebln kita berpuasa. hari sabtu ni dah raya....


Balik kg


tahun ni raya kedah. Allah saja yang tahu betapa heppi hati ni nak sambut raya dgn keluarga tersayang di Kedah. Tambah pulak ada syafiq baihaqi, buah hati pengarang jantung. Dah lama tak balik...rindu nak ziarah kubur arwah ayah...tahun ni dah kali ke-3 saya beraya tanpa arwah. Saya nak bawa syafiq ke kubur arwah...sedih..pilu...bila teringatkan arwah....kalau arwah ayah masih ada, mesti dia heppi dikelilingi cucu2. Arwah ayah pulak jenis yg sukakan budak2, suka bergurau dan berjenaka. Dia sangat kasihkan anak2. Sanggup bersusah payah untuk besarkan kami.... tapi Allah lebih sayangkan dia. umur arwah ayah pendek, 58 tahun arwah pergi menghadap Ilahi....dua-tiga malam sebelum ni saya mimpikan arwah. dia pandang saya, tapi tak bercakap walau sepatah...waktu tu saya kat masjid, dengar ceramah. arwah ada kat majlis ilmu tu...mimpi tu kejap jer...saya terjaga bila syafiq menangis...cukuplah untuk saya melepaskan rindu walau pun dapat menatap wajah ayah sekejap je....nanti lah, bila ada masa saya tulis kan kisah arwah ayah kat sini...sampai sekarang saya masih boleh menangis sendiri bila teringatkan arwah ayah....pergi yang tidak akan ada pengganti....dalam hati saya sentiasa ada satu ruang yang masih kosong...ruang untuk kenangan saya dan keluarga di Kedah bersama arwah ayah ....AL-FATIHAH.....


hehehe...sorry la...teremosional plak pagi2 ni. bukan apa, rindu sesangat kat ayah...balik kepada citer raya. saya beli 2 jenis kuih dan 2 jenis kerepek untuk bawa balik ke kedah. nak beli banyak2 pun cik ah dah buat kuih...chaq pun beli kerepek gak bawak balik....ingat nak buat choc moist cake sebiji utk bawa balik...hari rabu lagi saya dah bercuti, nak kemas rumah. hari khamis lps subuh terus bertolak balik kg....yuhuuuuu.....tak sabar2 nak balik kg...berkumpul ramai2 semua adik beradik....dah lama tak rasa suasana macam ni. 2 thn sekali jer berpeluang kumpul camni. meriahhhhh nyaaaa......baju raya saya tak beli lagi....nak cari kat kg la nanti...baju syafiq dan ayah syafiq dah beli. tahun ni tema warna baju ialah biru...baju syafiq dan ayah syafiq sama sebiji...2 beranak kan..mama syafiq jer lain skit...but warna still sama la...saya beli gak 2 pasang lagi baju syafiq, baju casual...ye la, budak2 kan mana nak pakai baju melayu lama2...


Bisnes raya...


Tahun ni cuba2 nasib, jual kek choc moist untuk raya. rabu minggu lepas baru promote. ramai yg tanya nape lewat sangat promote. ye la, orang dah order kuih dan kek dah, saya baru nak promote. tp, memang saja nak wat camtu. 1st time nak try jual kek, tak berani nak ambik order banyak2. karang tak terbuat, naya....kek bukan cam kuih raya, awal2 dah boleh buat. kek last2 minit baru boleh buat, kalau tak, cepat berkulat...maklum la, kek ni lembap dan sedap....so, dapat gak la order dari member2 kat opis ni. lepas untuk beli baju raya....nak2 plak saya jual kek ni murah banget. 1kg=RM25 jer. kalau kat kedai2 kek, biasanya reger dalam RM35-RM40. kek ni memang tinggi kos modal sebab guna banyak coklat. pendek kata, saya cuma ambik untung beberapa ringgit jer... kalau nak kira kos masa dan penat cam tak berbaloi...tapi, sebab teringin nak menjual, buat gak la..hehehe....

Tuesday, October 2, 2007

hari sabtu lepas 29/9/07, saya g ujian Medsi DPLI kat Bangunan Peperiksaan UM. Ujian mula pkl 9.30 pg sampai 10.30 pg. hb yg hantar. ujian tu ada 300 soalan, terdiri drpd 4 bahagian, kena jawab dlm masa 1 jam. soalan2 pulak lebih kurang ujian sahsiah. nasib baik tak de soalan2 math ke, soklan IQ ke. kalo tak memang konpem tak leh jawab. otak ni dah berkarat, lama sangat dah tak buat math. kalau tanya sudut pun, rasanya fail nak jawab.. result utk interview dijangka pada 12 Oktober 2007. Sehari sblm raya. dup..dap..gak hati nih. kalo dapat Al-hamdulillah. saya memang sangat berharap utk dapat kerja ni. at least terjamin masa depan. ye la, dah berkeluarga kan. bang t pun ambik gak xm ni. dia mengajar kat sekolah rendah islam swasta sekarang ni. dah setahun lebih dah. harap2 bang t pun dapat gak interview. tempat dia ngajar sekarang gaji rendah jer. tak sampai rm1k pun sebulan. kerja nya kusssss semangat... boleh kata hari2 dari pg sampai petang kat sekolah. tapi, gaji tak berbaloi. cuma orang kata, dapat pahala jer la, ngajar agama kat budak2.

hari ahad plak, pagi2 buta dalam pkl 9 pg camtu, saya dah tercongak kat opis. diminta oleh bos untuk siapkan presentation KP. dah la inform last minit. jumaat petang baru bagi tau. sabor jer laaa....so, stay kat opis sampai pkl 3 ptg. dlm pkl 2 ptg, jumpa boss, tunjuk presentation tu kat dia. mesti dia nak komen dan tambah itu ini. syukur....dia tak komen banyak sangat. cuma minor things. ok la tu.... balik rumah, membuta la. apa lagi, badan dah penat. org lain boleh rileks2 hujung minggu kat rumah, saya lak kena stay opis sampai petang. huhuhuhu.......apa nak wat. dah nasib badan...terima jer la...

petang ahad, chaq datang rumah ambik cik ah dan kakak balik pj. dah seminggu diorang stay kat rumah saya. ringan skit kejer dah ada cik ah. hehehehe.....bila dia masak, saya just tolong2 jer la mana yang patut. tapi, kengkadang wat dono jer bila datang penyakit 'M'. syafiq pun cik ah yang uruskan. dah 2-2 hari tu jadual penuh, tak melekat kat rumah. cuma sempat gak la petang sabtu saya mandikan si baihaqi....mesti oooo....nak si baihaqi tu rasa belaian tangan ibu....sian dia....asik kena tinggal jer...nasib baik cik ah jenis yang tak berkira bila wat kejer...sblm balik pj, diorang g kedai bakery untuk beli perkakas kuih raya. cik ah nak wat kuih raya bawa balik ke kedah.

walau pun lambat lagi nak raya dan balik kg, mood raya dah mula terasa. semangat nak bekerja pun a bit down. dasat...dasat....penangan raya. kalah budak2. tahun ni memang teruja gila nak balik kg beraya. dah la turn raya tahun ni kat kg saya-kedah, pastu 1st time plak beraya dengan syafiq baihaqi, si jantung hati....memang tunggu masa jer nak bertolak balik...dah angau skit2 pun ada gak...kalah orang bercinta....hikhikhik....kelakar kan...dah besar2 camni pun, sentiasa rindu dan teringat kat kg. tambah2 jarang dapat jumpa mak.....tp tahun ni, anak mak ni akan balik berbuka, bersahur dan beraya dengan mak...tunggu tau mak!!!