Sunday, June 19, 2011

Pusat Sains Cawangan Utara

Seperti yang dijanjikan, hari tu aku mention nak cerita sikit pasal aktiviti jalan2 kat kedah. Muzium Padi next n3 aku buat. angin 'M' kuat betul bertiup. Pusat Sains ni kami pegi sebab ada pameran dinasour. tp simple sgt plak. patut la diorg charge RM1 je.. pelik gak aku mulanya. Untuk masuk bahagian2 lain, FOC je. jadi, ibu2 dan bapak2 di luar sana, kalau ada kelapangan sila bawak anak2 anda g Pusat Sains ni yek. Bukan apa, bagus sebagai tempat pembelajaran mereka. Disamping boleh enjoy, diorang gak boleh belajar bayak perkara. Percuma je pun. trust me, tak rugi. Kami hari tu spend masa 3 jam lebih kat dalam tu. kihkihkih... jd layan je la gambar2 kat bawah ni yek. 

Mak long ngajar anak2 buah cemana nak pasang organ dalam badan


Tengok video 3D.. masing2 bergaya pakai spek mata hitam...



Golongan kanak2 yg kami heret...hahaha


Belajar momentum ke hapa tah... xingt la plak

Tarikkkkk....
Tu diaaa...rumah tsunami pun ada

Belajar pasal Gema bunyi


Bang Chik & Family... 2 kanak2 xde dlm gambar


Excited nak masuk tengok dinasour..macam keretapi..


Nampak rangka kat sebelah tu??

Monday, June 13, 2011

Back to school

Bila sekolah dibuka semula hari ni, aku lah makhluk paling liat nak bangun pagi dan bersiap nak g sekolah. hehehe...dasar pemalas. cuti hari tu aku balik kg sampai seminggu. konon bawak balik kertas soalan budak nak ditanda... tup..tup.. aku bawa balik ke kl semula seperti asalnya. hampehhh.... serius aku malas giler nak belek semua kertas2 tu.. enjoy je dok kampung. nak2 lagi bila semua abg2 aku pun balik sama. meriah sungguh rumah. 

Hari rabu lepas, kami sekeluarga g jalan kat Muzium Padi dan Pusat Sains di Kedah. lokasi dua2 tempat tu cuma sebelah menyebelah je. Kawasan tu bertentangan dengan Gunung Keriang. Huuuu...cantik view waktu ni sebab padi sedang menghijau. nampak cam hamparan permaidani yang sangat indah. Terasa rindu aku kat kampung. Dah lama tak balik sini, dah hampir setengah tahun pun. Bila aku tengok sawah yang terbentang luas, aku rasa cam sayuuuuu gitu. teringat kat arwah ayah. huhuhu....syahdu sungguh perasaan ni..

Hb balik KL awal, hari selasa dah balik sebab rabu dia keje. jadi aku balik dengan along naik bas Maraliner. Not bad, selesa jugak travel dengan bas. badan pun kurang letih. Nak tinggalkan kampung, cam biasa aku rasa berat hati sesangat. Kesian memikirkan mak, kakak kat kampung. Dengan mak kurang sihat, lagi nak jaga tok dan tok wan aku yang masing2 dah uzur. Kudrat mak aku pun tak la sekuat mana. Bila jaga orang2 tua ni, maklum saja la. makan kena punctual, menu pun kena pilih2. agak rumit. tapi dah tanggungjawab, nak buat macam mana kan?? lagi, dah xde view yang cantik di KL, yang ada cuma hutan batu. bosan ok!! 

Next n3, aku update skit pasal lawatan kami ke Pusat Sains dan Muzium Padi. Best bila g jenjalan ramai2 camni. Ye la, semua serba peramah dan kaki sembang. Dah tu masing2 tak berkira duit ringgit. Alhamdulillah..rasa sangat enjoyyy. 

Thursday, June 2, 2011

Stand to win a Canon Digital Ixus Camera!!

Aku hantar review untuk street food di Readers Digest. Jadi, guys you can vote for my Keropok Lekor. Sila click link ni http://www.rdasia.com/food-contest/?m=view&id=18. dun shy shy hoccay...tarikh tutup 10 julai 2011.


Wednesday, June 1, 2011

Cuti sekolah kembali...

Sememangnya bila bergelar pendidik, mmg inilah saat yang ditunggu2. nak lepaskan lelah, nak rehat, nak buat tu, nak buat ni...semua nak buat time ni... minggu pertama cam biasa, ada kelas tambahan. hari selasa baru ni, aku buat kelas utk bebudak aku, nak buat kerja kursus la kononnya. semangat bukan main g sekolah. tup...tup..yang hadir cuma 5 orang. adoiii...frust aku. 

Pagi tadi ada jugak kelas tambahan, tapi kelas lain pulak. kehadiran boleh tahan. ada la 20 org lebih yang hadir. sesi 2 jam saja. buat ulangkaji soalan format peperiksaan. ngeri aku membayangkan kerja yang menanti sebaik saja cuti sekolah tamat. semua kerja dok menunggu, termasuklah sukan tahunan sekolah. fenin...fenin....soalan exam tak bertanda lagi.erkkk...bila nak buat tu. jumaat dah nak chiow balik kg. rindunyaaa kg aku. 

jap tadi aku buka fb member ofis. dia letak gambar dia & 2 kawannya...konvo master di UiTM shah alam...cemburu aku...huhuhu...patutnya ada 4 org, aku lah lagi sorang tu. kami sama2 register master tu waktu aku keje opis dulu. konon bila posting kat sekolah, aku nak buat jugak la part time. but, too bad.. pengetua waktu tu very close minded, tak benarkan. sedih sgt.... bila tengok diorang dah dapat master, aku laaaaagi sedih.. jeles, cemburu...semua ada. anyway, tahniah untuk diorg. dah selesai  1 misi. 

aku pulak, ntah bila dpt genggam master nih. sekrg ni dok planning nak tambah baby plak. nak tunggu sah jawatan. nak buat master pun xde geng. kena survive lone ranger lah nmpk gayanya. last week tengok upsi ada kuar iklan master. gediks je rasa nak mohon. tp kena sabar dulu. tunggu sah jawatan sbb aku nak buat full time. moga dpermudahkan laluan. Aminnnn...