Tuesday, May 24, 2011

Jalan-jalan Kuala Selangor

Sempena cuti umum hari wesak 17 mei lepas, aku n family g jenjalan kat Kuala Selangor. Makan seafood sebenarnya... hehehe...bertolak ke sana pun dah lewat. Sampai kuala selangor lebih kurang jam 4.30 petang. lepas solat asar baru kami g makan kat Restoran Ikan Bakar di Pantai Jeram. 

Kami pilih ikan siakap, retak seribu dan sotong. Ikan siakap masak sweet sour, retak seribu goreng cili, sotong dibakar cicah dengan air asam. Seafood dia memang nampak fresh. sotong berkilat lagi...syoknya. Cuma yang tak best, masakan dia kurengg skit. Goreng cili patut kalau kita buat selalunya kering, tapi diorgnyer style berkuah n tak berapa terasa pedasnya. then air asam n sambal kicap untuk cicah sotong pun kurang umppp. Lagi satu, lalat punya la banyak time kami dok makan tu. Mungkin sebab waktu tu hujan lebat. Patutnya, owner dia letak la lilin serai wangi ke atas meja untuk kurangkan lalat tu. Memang xselesa nak makan bila lalat banyak sangat.

Sotong bakar. Fresh!!

Retak seribu goreng cili... 

Siakap 3 rasa



Lokasi tempat not bad la. Tempat makan selesa dan luas. Next time aku nak try restoran seafood lain plak. Keseluruhannya aku bagi 2.5/5 markah... kena upgrade skit style memasak dan masalah lalat. Harga pun ok la, RM45 untuk semua lauk, 3 nasi putih, dan 3 gelas air...


Gambar kat bawah ni semuanya aku snap dari tempat makan tu..best kan? Waktu ni blm hujan. Mula nak makan, hujan turun lebat...huhuhu.. terpaksa cancel plan nak g jalan2 kat pantai...






Sunday, May 22, 2011

Selamat Hari Guru

Lambat update entry kali. Sempena hari guru tahun ni, aku nak wish kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia, SELAMAT HARI GURU... semoga kita semua dapat menjadi guru yang berdedikasi, sabar dan tabah menjalankan tugas. Sambutan hari guru tahun ni di buat kat sekolah aku 16 Mei yang lalu. Cuma aku tak tahu, kenapa pihak atasan tidak membenarkan sambutan ini di lakukan 1 sesi sahaja. apa lah salahnya setahun sekali sambutan dibuat dimana guru2 sesi pagi dan petang dapat meraikan bersama2. pelik aku dengan pihak atas sana yang cuma tahu buat keputusn, tetapi xpernah menjengah ke bawah untuk memahami permasalahan guru. sangat pelik. Guru ada PPD, Jabatan Pelajaran dan Kementerian, tetapi xde yg sudi nak ambik tahu masalah guru bawahan...hmmm.. nasib la kan...

Untuk pelajar aku, terima kasih sebab bagi aku hadiah...hehehe....tahun depan bagi lah lagi... ;-p



Terharu aku. Pelajar buat kek sendiri sebab nak bagi aku.... huhuhu

Peminat tegar drama korea agaknya

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Mak n syafiq. Gambar lama...
Untuk ibu yang tercinta, Aishah bt Mohd Rejab "Selamat Hari Ibu". I love you sooo much. Terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup bersusah payah mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan aku. Terima kasih mak sebab sanggup jaga aku dalam tempoh berpantang walau along meragam sesangat, sanggup jaga along waktu aku sambung belajar... terima kasih untuk semuanya... jasa mak memang tak mampu ku balas. Sayang mak, semoga Allah sentiasa pelihara kesejahteraan mak di mana saja mak berada, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan usia. 

Kalau mak ada kat sini, mesti aku dah buat sebiji kek khusus untuk mak....

Saturday, May 7, 2011

William - Kate

Walau dah seminggu berlalu, tapi belum terlambat kot nak say "Congratulations to both William Kate" atas perkahwinan mereka. Kate nampak cantik sangat. Hopefully, dia boleh jadi sebaik ibu mertuanya Puteri Diana. Sebut pasal puteri diana, aku memang admire la dia nyer beauty. soooo sweet. tak tahu kenapa charles masih boleh beralih arah. ye la, cinta kan xde mata. 

kalau puteri diana masih hidup, pastinya dia gembira dengan perkahwinan william. Aku rasa William pun masih merindui ibu dia sebab konsep perkahwinan yg hampir serupa. Bahkan cincin yg William beri pada Kate juga adalah cincin ibunya. Juga carriage yg dinaiki oleh mereka semasa berkahwin sama dengan yg penah dinaiki diana-charles. Apa pun nak komen lelebih, aku bukannya tahu sgt...hehehe... jd, layan je gambar William-Kate, Diana-Charles.... 

Credit to en. google utk gambar2 yang cantik ni...





 
 
 




Tuesday, May 3, 2011

Taman Permainan untuk Dewasa

Pelik bunyi tajuk kan? sejak bila pulak wujud taman permainan dewasa? hehehe...pelik lagi bila aku tenguk perangai manusia yang nama je dah tua, tapi akal masih kanak-kanak. Gambar ni aku snap waktu bawa along g jln2 kat taman permainan kanak-kanak. Manalah tak rosak mainan tu kalau yg dah tua bangka pun naik sama. Bukan setakat yang perempuan, yang lelaki yg berat mencecah puluhan kg pun tumpang semangkuk. hmmm...itu lah perangai bangsa Malaysia. agak-agak kalau ditegur, apa reaksi mereka-mereka ni gamaknya. Itu belum lagi aku snap gambar org2 tua yang perasan kanak2 ni naik buaian. ayoooo...sedar la kalau dah tua tu, buat la cara tua. pikir dengan lebih matang. ni sampai takde rasa segan kat pengunjung lain. buat malu sajooo...


Betapa riangnya "kanak-kanak tua" ini bermain