Wednesday, March 25, 2009

Suara hati seorang guru

Coretan ini aku ambil dari Harakahdaily:

PPSMI: Rintihan seorang guru..
Guru Ditindas PPSMI Mon Mar 16, 09 12:57:13 am MYT

Begitu tersentuh apabila Dinsman mengutarakan artikelnya yang bertajuk "Menunggu guru bersama budayawan bantah PPSMI". Aku bukanlah seorang guru bahasa yang boleh mengetik susunan dan laras bahasa yang sesuai.

Aku hanya guru biasa yang berada jauh di ceruk mata masyarakat. Memang aku, mewakili sebahagian guru yang hanya mampu menahan amarah, bila mana kelihatan "bacul" menunggu orang lain melontarkan masalah kami untuk diselesaikan. Mengapa "bacul" lebih sesuai untuk kami. Secara praktikalnya, kami guru-guru Malaysia telah lama dan mungkin akan selama-lamanya dimomokkan oleh penguasa yang sedia ada. Macam-macam ancaman dan pekeliling telah membelenggu kami.

Tidak cukup dibelenggu dengan segala macam momokan, bebanan tugas dari masa kesemasa disuap sehingga tersengkak tak terkuasa untuk digalas. Bagaikan guru ini adalah "super power" yang boleh menyelesaikan kesemua permasalan dunia ini. Masyarakat tidak mempunyai nilai, lalu matapelajaran Sivik dan Kenegaraan diperkenalkan. Bila kuantiti moral masyarakat merudum maka ada ura-ura untuk mewajibkan semua pelajar mempelajari Pendidikan Moral. Apabila berlaku kes penculikan kanak-kanak maka akan diperkenalkan pula sistem pembelajaran sehingga jam empat petang.

Guru-guru terseksa. Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini membawa buku-buku anak murid untuk diperiksa di rumah. Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini balik ke rumah pada jam dua petang dan kembali semula ke sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum, tuisyen dalaman yang tidak berbayar, menceriakan sekolah, membuat laporan itu dan ini untuk pentadbiran dan jabatan, menjaga pelajar selama 24 jam sebagai warden yang melayan kerenah 300 ke 500 pelajar (ibu bapa sendiri pun tak bersama 24 jam), dan macam-macam kerja lagi yang kalau diperincikan maka akan terpacul masyarakat berkata kami ini terlalu berkira.

Sudah menjadi satu macam sumpahan kepada kami, bahawa penguasa bila-bila masa boleh mencabut rezeki kami. Takut benar kami bila mendengar Ulu Tembeling, Lembah Danum dan segala macam tempat yang tidak pernah terlintas dalam pendengaran kami. Kami telah begitu lama diancam sebegini. Pantang mendengar sedikit sahaja berita bahawa kami tidak sesekutu dengan pentadbiran maka macam-macamlah di buatnya. Pentadbir yang dilantik untuk menjilat ludah penguasa, menjadi mata dan telinga walau penjilat-penjilat ini pekak dan buta, dengan rakus menunggu masa untuk menghukum sesiapa sahaja.

Surat tunjuk sebab, dipindahkan 24 jam, diburu seperti pesalah, sehinggakan sudah mengandung lapan bulan pun gambar diambil kerana duduk semasa mengajar dan dipaparkan dalam mesyuarat atau perkembangan staf. Bertambah teruk lagi kesalahan tersebut diulang tayang walaupun anak yang dikandung telah berusia dua tahun. Hendak bersuara secara lantang pun kami terpaksa berfikir-fikir.

Hubungan masyarakat pun kian meruncing! Sudahlah di sekolah begitu, berada dalam masyarakat pun apa kurangnya, pantang kita duduk bermuzakarah isu semasa yang menjentik batang hidung penguasa, maka berdedailah maklumat sampai ke sekolah, jabatan dan malahan ke kementerian. Mengatakan diri kami ini tidak sedar diuntung. Sudah diberi gaji mahu memberontak pula. Mengharapkan kesatuan-kesatuan guru, mereka samalah seperti kami, terpaksa berteluku lutut di bawah telunjuk penguasa, cakap lebih-lebih nanti tindakan akan menjelma.

Kami bukan macam doktor, yang boleh meletak jawatan kerana diarahkan ke kawasan pendalaman, lalu dipujuk semula dengan macam-macam insentif. Itu belum dikira para doktor yang membuat locum (bayaran puluhan hingga ratusan ringgit sejam) dan memiliki klinik persendirian. "Kalau Makcik nak sihat lagi bolehlah datang ke klinik nie ye makcik". Lalu menghulurkan sekeping kad nama. Terpukul betul bila mendengar kata-kata tersebut. Kami guru-guru, nak buat tuisyen kat rumah dengan untung RM20 untuk satu sesi pun dihalang bagai nak rak. Yang dengki sangat pada kami ni apasal?

Akhirnya kami memencilkan diri sehingga kami boleh diinjak-injak tanpa rasa hormat. Menjadi "bacul" bertaraf profesional. Bagi kami, yang seperti sudah putus harap ini, biarlah orang lain melaungkan perasaan kami ini. Laungkanlah supaya si Dr tua itu dengar akan keperitan masyarakat. Kalaulah penguasa itu hendak meneruskan PPSMI biarkan dia, kami tetap akan mengajar dalam Bahasa Melayu. Kami berlapang dada menjemput penguasa itu datang mencemar duli untuk datang ke sekolah pinggir bandar dan lihat sendiri kebanggaan yang diwar-warkan peratusan Lulus Peperiksaan Awam bagi matematik dan sains meningkat.

Guru-guru dah lama lawan PPSMI. Sebenarnya kami sudah lama menentang PPSMI semenjak awal lagi, tapi dengan cara kami. Terima kasih kepada GMP dan seluruh rakyat yang masih mengasihani nasib anak-anak bangsa kita.

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia, Berikrar & berjanji, Membimbing & mendidik, Putera puteri negara kita,
Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia, Rukun Negara kita, Panduan hidup kami semua,
Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama, Membantu, membina, Negara yang tercinta,
Amanah yang diberi, Kami tak persiakan, Apa yang kami janji, Tunai tetap kami tunaikan.

Kepada Duli Tuanku, Kami dari dulu lama lagi, telah berjanji akan sentiasa setia kepada Tuanku. Dengarlah rintihan kami. _

Monday, March 23, 2009

Majlis pertunangan Bang T

Alhamdulillah...cuti sekolah hari tu, aku berkesempatan ke Pasir Gudang, Johor menghadiri majlis pertunangan abang ku. Mujur majlis diadakan pada hari Khamis. So, boleh la aku n baihaqi ikut. Satu je yang kurang best, hb tak boleh ikut sama sebab hari bekerja kan. Aku n family bertolak ke sana hari Rabu, petang. Sampai kat rumah keluarga angkat Chaq di Ayer Hitam dah pukul 2 pagi. Kami sekeluarga tumpang tido kat sana. Cuma 2 buah keter je yang pegi. Chaq dan 2 anak sedara aku yang kecik lagi, mak aku, Bang T, kakak dan aku serta Baihaqi. Hari pertunangan tu, keluarga angkat Chaq ikut serta sebuah keter.

Ni gambar waktu bertunang:


On the way balik KL, sempat singgah Putrajaya.

Berposing kat Putrajaya

Baihaqi n Pak Teh

Saturday, March 14, 2009

PD dan hadiah adik

weken lepas merupakan weken yang paling best dlm hidup aku sejak bergelar guru. apa taknya, cuti 3 hari beb...hari isnin, cuti umum sempena Maulidur-Rasul. Rasa best gilerrr... apa aktiviti aku buat? hehehe...jalan sakan la. hari sabtu, kuar rumah pukul 11.30 pagi, balik semula ke rumah pukul 11 malam. tambah 2 tetamu iaitu kakak aku n sepupu aku. diorang saja datang bertandang. aku n hb jemput diorang kat stesen komuter rawang.

Pagi ahad tu plak, aku bangun awal masak agar2 cocktail. bekal untuk pegi family day ofis hb kat tiara bay resort, PD. saja pilih tempat tu sebab masing-masing nak bawa anak main air kat sana. dan oleh sebab suite yang dibooking tu untuk family nyer ada 2 bilik , so hb bermurah hati ajak cik ah n adila join kami kat sana. dalam pukul 10 kami sumer bertolak ke frim dan terus ke PD. sampai terus check in. petang, hb bawa baihaqi main air kat kolam. siap beli pelampung untuk pasang kat tangan dia. huhuhu...cumil gitewww anak mama... malam sumer family g makan, balik terus tido. hari Isnin tu, sempat lagi bawa Baihaqi mandi, then terus siap2 barang dan check-out pukul 12 thari.

On the way ke KL, cik ah ajak aku, hb n adila g makan satay kajang kat samuri. dia volunteer nak belanjaaaa.... huhuhu...bestnyaaaa... syok woooo ada orang belanja makan. tapi yang tak best kat situ, pekerja dia punya la malas. masing-masing nampak liat jerrrr.. nak amik order pun jenuh kena panggil baru datang. pastu, bila kita order air lain, yang sampai air lain. bila suruh bawa semula langsung tak sampai-sampai dah air tu. tak sure sesat kat mana. dahla muka mencuka jer. macam mana rezeki nak masuk. patut pun kat gerai lama samuri tak ramai orang pegi. macam kami dah kena camtu, memang takkan pegi lagi la situ. mayb tokei kedai sate tu, hj samuri kena buat spot check pekerja2 dia yang malas.


Usai makan sate, sempat lagi singgah shopping kat jusco kajang. aku sambar sepasang kasut n handbag untuk konvo DPLI 28 Mac nanti. murah jer sebab jusco tengah sale. both baru RM50. dalam pukul 5.30 camtu, hb hantar adila naik komuter kat stesen serdang. dia balik ke Uitm shah alam. pastu, g presint 11 hantar cik ah balik rumah sewa. dahtu, kami terus balik Rawang. tapi sebelum tu, singgah selayang mall untuk solat maghrib. singgah plak KFC beli makanan, sampai rumah dekat pukul 12 tmalam. ahaksss.... letih siottt... esok masing2 keje. letissss.....letiss.... mujur la sekolah tengah buat ujian mac untuk bebudak. jadi save skit energy sebab tak yah ngajar.
Basikal sebagai hadiah


Aku beli basikal untuk hadiah besday adik. walau dah lepas, aku peduli apa. maklum la, sebelum ni bz manjang. so tak sempat nak beli hadiah. hb plak bagi keter racing remote control. tapi, dah lama dah dia bagi kat baihaqi. seminggu sebelum besday baihaqi lagi. nanti aku letak pic kedua2 hadiah tu ek. tapi hari ni malas jek. mula2 dapat basikal tu, dia nampak cuak jer nak naik. tapi lama2, dia dah mula seronok. kaki dia pun dah sampai untuk kayuh. tenaga plak tak cukup utk push pedals tu. hahaha.....harga basikal tu pun reasonable, siap ada 1 year warranty lagi.

Baihaqi dah makin sakan bercakap. dah bunyi butir tu. dah pandai mintak kalau nak makan itu ini yang dia nampak. dah pandai puji sedap kalau dia suka makan sesuatu. keletah dia makin best. hehehe.... kadang-kadang dia nyanyi sorang2. fav. nasyid dia, "satu..satu.. saya sayang Allah. Dua.. dua... sayang Rasulullah. Tiga..tiga...sayang mama ayah. 1,2, 3...sayang semuanya...". kalau dia nak nonton kartun ipin upin, dia akan cakap, "nak butu..butu.." (betul..betul.. la tu maksudnya). kiut sangat. i like, occay!!!! kalau mood baihaqi baik, aku suruh dia kutip sumer toys dia masuk dalam basket, dia paham n buat. pastu, aku suruh dia simpan buku yang dia baca kat rak buku, pun dia buat. ohhh.... sejuk hati mama baihaqi ni.

ada masanya plak, dia suka ambil handphone aku atau ayahnya, then dia pura2 mendail. pastu, apa lagi, sakan dia dok borak sorang2 sambil jalan sana sini, seolah sedang bercakap dengan somebody. terhibur hati aku bila tengok macam-macam gelagat dia. hilang stress... yang aku geram, dia tak nak makan ubat. dah la selsema n batuk. langsung tak nak buka mulut. kalau kami pegang baihaqi, paksa dia buka mulut n masukkan ubat, dia akan ludah balik. hiiii...risau aku. macam mana lagi ek yang patut aku buat?? mati akal aku dibuat dek budak sorang nih. campur dengan susu pun, dia bole tau. siap sebut lagi, susu tu sebagai ubat... uihhh..saborrrr je laa...

Cuti sekolah

Minggu ni dah mula cuti sekolah pertengahan penggal pertama. Hari sabtu dan isnin, aku kena pegi sekolah sebab ada kelas tambahan math untuk bebudak PMR dan SPM. Awal pagi dah pegi coz kelas mula pukul 7.30 pg sampai 4 petang. Honestly, bila balik rumah, aku flat habis. penat sungguh. hari sabtu hari tu kelas untuk PMR, esok untuk SPM plak. aku tengok bebudak pun tension. mana taknya, dari pagi sampai petang belajar math jer. mau muntah diorang. aku pun kering tekak n lenguh kaki sebab bercakap dan berdiri lama. hadoiiii.... untuk sabarkan dan meningkatkan semangat dalam diri, aku cuma niat apa yang aku buat ni kerana Allah. semoga aku dapat ganjaran di Sana. Cuma kadang-kadang, sbagai manusia biasa aku kalah gak la melawan perasaan untuk ikhlas 100%. Tapi tu normal kan?








Monday, March 2, 2009

apa pendapat korang??

sejak aku mula posting kat sekolah ni (12 jan. 09), setiap hari sabtu ada je aktiviti yang sekolah buat. hairan gak aku. PPD gombak, JPN selangor tak penah monitor ke aktiviti-aktiviti yang sekolah buat. is it possible for the principal utk arahkan guru2 dtg sekolah every saturday. korang bayangkan ek, SETIAP SABTU!! occayyy..... yang terbaru ni mesyuarat agung unit beruniform dan program perkembangan staf. pkl 1 lebih baru habis program. minggu sebelum tu ada acara merentas desa. aku rasa, cam tak rehat langsung. cuti sehari jer tiap minggu. aku pun ada family gak, ada anak n hb yang aku nak luangkan masa bersama. nak gak g jalan sana sini bersama2 family.

takkan laaaaa takde peraturan yang JPN or PPD keluarkan untuk halang benda2 camni. at least, sebulan 2 kali sabtu kena pegi sekolah tu, reasonable la... orang lain pun keje gak. tapi tak ler teruk camni. dah jadi 6 hari bekerja plak. yang tok ketua plak, suka hati mak bapak dia jer. kengkadang hari sabtu datang, kengkadang tak. dia pun xsanggup nak korbankan weken dia. sedangkan dia tu tok ketua, gaji besauuu... hhhhhiiiiii...tak paham aku.... suka suki dia jer arahkan orang bawah dia wat aktiviti during the weken. aku minta sangat2 pihak2 yang berkenaan tolong la pantau tok ketua2 yang 3 suku camni. melepek sumer cikgu sebab penat sangat. please laaaa...

kalau tak sebab cikgu2 dah riuh berbunyi, this coming saturday pun ada aktiviti (7/3/09), sukan tahunan sekolah. next coming saturday, kelas tambahan untuk bebudak spm dan pmr. can u imagine guysss.... gila arrr tok ketua nih. dengki kot kat cikgu2 sebab boleh cuti. memang tak boleh tengok cikgu2 heppi skit, mula la darjah kedengkian ittew meningkat. huk alohhh....

pesanan utk tok ketua... hang p ngaji agama lagi baik. belajar bab hukum hakam... at least hang tau gak la apa hukumnya menjadi seorang pemimpin yang zalim dan bongkak. kalau hang baca kisah para anbiya dan khulafak, pemimpin yang baik tu sedia ditegur. depa siap offer, kalau aku ikut hukum Allah, kamu kena/wajib bantu aku, tapi kalau aku salah, betulkan aku. hang tak penah belajar agama ke tok ketua oiii... suka sangat menyakiti orang.

so, apa pandangan korang tentang isu nih??

habis citer sekolah.

Perkembangan baihaqi..

anak aku sekarang makin rancak bercakap. tapi, bahasa dia, aku n hb sama-sama tak faham. haksss.... mulut tak berenti berbunyi... tot tet tot tet... jenuh melayan. tapi bila dia tido, aku rasa sunyi. selera makan dia pun makin bertambah. balik dari nursery jer, mula la dia sibuk ulang alik ke dapur. kejap nak itu, kejap nak ini. hukkk...sabo je la... so, sekarang ni aku bagi bekal biskut untuk dia bawa ke nursery sebab owner nursery tu kata, dia pow biskut orang. adehhh.. anak mama. u know that is not good dear. don't do that again haaa.... nanti orang kata mama tak penah bagi adik makan...

pepagi lagi, seawal 6.30 pagi, aku dah hantar dia ke nursery. tapi baihaqi memang anak yang baik. setakat ni tak penah dia buat hal lagi. tapi aku sedih occayyy... sebab terpaksa biar orang lain jaga dia. hopefully you understand the situation my dear son. mama tak sengaja tau. tapi mama boleh rasa that u are not heppi enuff to stay with someone else instead of mama or ayah. but, we have no choice dear. please forgive mama n ayah, ok. kalau ada pilihan, mama will never let somebody else to take care of u. mama n ayah love u so much. huhuhu...tiba2 aku teremosional plak...